Bebola hitam itu dilepaskan oleh Keres untuk menghancurkan Sylvania. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa melihat serangan hebat Keres menghapuskan Sylvania. Tiada guna mereka menyelamatkan diri sendiri kerana sudah tidak ada tempat yang selamat untu berlindung. Pasrah. Itu yang mereka rasa. Di kala mereka pasrah dengan hidup mereka akan tamat pada bila-bila masa, ada seseorang yang masih belum mengalah dengan mudah.
Letupan bola hitam kedengaran sehingga menggegarkan tanah yang dipijak. Bangunan yang masih elok juga roboh akibat gegaran itu. Namun, kesan daripada letupan itu tidak mencederakan sesiapa.
Mereka membuka mata masing-masing apabila serangan itu telah berakhir. Tubuh mereka tidak mengalami sebarang luka akibat letupan itu.Bukan itu sahaja, badan mereka diselaputi oleh debu emas. Bebola hitam yang meletup tadi berkecai menjadi debu emas yang berterbangan di udara.
Mereka mendongak ke atas langit. Seekor burung helang gergasi dan seorang lelaki sedang menyerang Keres dengan kuasa cahaya. Tahulah mereka bahawa serangan bola hitam itu telah dihalang oleh Aydan dan Rese. Mereka berdua kelihatan sangat bersemangat untuk mengalahkan Keres.
Chronos yang menyedari kehadiran Aydan masih hidup mengetap gigi geram. Bagaimana dia masih hidup sedangkan dia sudah membunuh bangsa kayangan itu? Sedangkan dia sudah menbunuh Aydan dengan kuasa kegelapannya. Bulan merah bukti kematian Aydan, keturunan bangsa kayangan itu. Dia perlu mengatur strategi baru. Strategi yang menjadi punca semangat keturunan Aydan Angele. Senyuman jahat mekar di wajahnya.
"Summon all your familiar!" jerit Aydan.
Heroic Knights dapat mendengar jeritan Aydan dengan jelas. Tanpa melengahkan masa, mereka menyeru familiar masing-masing untuk menentang Keres. Setelah itu, mereka bersama familiar masing-masing menyerang Keres dengan serentak bersama Aydan kecuali Exzer dan Corvan tidak mempunyai familiar. Ayahanda mereka turut sertainya.Sedikit sebanyak mereka agak kecewa kerana tidak dapat beraksi dengan mereka semua.
"Kita je yang ada kat sini," ujar Exzer sedih.
"Sabarlah... Belum tiba masanya lagi," balas Corvan.
Mereka hanya memandang pertarungan yang sedang berlangsung di udara dari atas tanah dengan hati yang kecewa. Semua Ancient Beast berkumpul menentang Keres termasuklah Pierce dengan bentuk keduanya dan Hydra yang membantu dari bawah kerana ia berasal dari air begitu juga dengan Cetea.
"You there!" panggil Hydra.
"Siapa?" tanya Corvan.
"Dainelan's descendant! You have to make contract with me as your familiar. Then, I can use my power," kata Hydra.
"Boleh!" balas Corvan dengan ceria. Tidak sangka dia boleh mengikat kontrak dengan Hydra seawal ini sedangkan Hydra mahu mengikatnya bila dia menginjak umur 17 tahun. Tanpa melengahkan masa, dia terus mengikat kontrak dengan Hydra. Dia kembali Hydra sebagai familiarnya.
Exzer pula berasa cemburu dengan Corvan telah berjaya mengikat kontrak dengan Hydra. Sekurang-kurangnya Corvan tahu yang familiarnya adalah Hydra. Dia? Masih tidak tahu familiar apa yang akan memilihnya.
Dia memandang ke arah langit. Dia lihat abang dan sepupu-sepupunya tidak mengalah bertarung dengan Keres. Takkan hanya kerana tiada familiar dia mengalah. Dia tidak akan berdiam diri di sini sahaja. Tanpa membuang masa, dia terus berlari memanjat menara yang masih teguh. Dari atas menara itu sudah cukup untuk dia melancarkan serangannya.
Kilat diiringi petir yang saling sambung-menyabung di langit memberi idea kepada Exzer melancarkan serangan. Petir yang sedang memancar ditangkap menggunakan tangan. Aliran elektrik bervoltan tinggi dapat dirasai tetapi dalam dikawal dengan baik.
YOU ARE READING
Book 2: Aydan the Angele [✓]
FantasiaBOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula...