Bab 11: Troublemaker

12.1K 926 141
                                    

Telinga yang merah dibiarkan sakit kerana ditarik oleh Zen dengan perasaan geram dengan sikapnya yang nakal. Tapi ianya takkan menjejaskan perangai si nakal yang memang susah nak insaf. Bagilah seguni nasihat, Aydan takkan dengar. Memang tak makan nasihat budak ni. Apalah yang dimakan masa kecil dulu?

"Baru seminggu uncle takde, kamu dah banyak timbulkan masalah. Kalau uncle takde setahun, masalah tu dah tinggi macam gunung!" bebel Zen yang geram dengan perangai Aydan yang suka buat masalah.

"Ala, uncle... Bukan masalah besar pun," kata Aydan menggosok telinga yang masih lagi merah. Tadi tak rasa sakit tapi lama-kelamaan jadi sakit.

Kuk!

Aydan mendecit kesakitan apabila kepalanya diketuk oleh senjata milik Zen. Apa salah aku? Aku hanya seorang Lvanian yang lemah dan tak mempunyai apa-apa kuasa untuk melindungi diri.

"Bukan masalah besar? Ceroboh masuk ke kawasan Heroic Knights dan bergaduh dengan HK2 tu bukan masalah besar?"

"Mana ada saya ceroboh. Dorang bagi masuk."

"Macam mana?"

"Pintu terbuka, jadi saya masuk jelah."

"Ceroboh la tu!"

"Saya tak bergaduh pun dengan Hyrez. Dia yang ajak saya berlawan, jadi saya on jelah."

"Atau kamu yang cari gaduh?"

"Ini Aydanlah... Pencinta keamanan dan kebebasan. Tak pernah terlibat dalam aktiviti keganasan dan pergaduhan," balas Aydan.

"Apa yang Emelle cakap kamu cederakan Hyrez."

Aydan mendengus geram. Pengadu betullah! Asyik-asyik nak mengadu pasal aku. Kalau sehari tak mengadu pasal aku, tak boleh ke? Aku tahulah aku ni kacak!

"Dah Hyrez cederakan saya dulu, saya balaslah balik."

Zen duduk bertentang dengan anak muda yang susah nak dengar cakap orang. Lebih baik jaga adik kembarnya daripada jaga Aydan yang banyak kerenah dan masalah. Such a troublemaker!

"Kalau uncle cederakan kamu, kamu balas balik?"

"Sort of..."

"Kalau ayahanda kamu cederakan kamu, kamu balas balik?"

"Based on situation."

"Kalau Isabelle cederakan kamu, kamu balas balik?"

"Probably."

"Kalau bonda kamu cederakan kamu, kamu balas balik?"

"I will," jawab Aydan tanpa ragu-ragu.

"Semua perkara yang berlaku. Kadang-kadang kita tak boleh nak balas balik. Apa yang kita boleh lakukan hanya memaafkan. Satu kemaafan boleh memberi satu impak yang besar. Dia jahat ke... Baik ke... Tak semestinya kita mesti lakukan apa yang dia pernah buat pada kita dulu."

"Kalau dia rampas kekasih kita, takkan nak tengok je?"

"Yang tu pandai-pandailah cari pengganti lain. Kata lelaki paling kacak di dunia. Takkan kekasih dikebas orang, terus menangis tak berlagu..."

"Orang kacak macam saya mesti ramai lagi gadis kat luar sana tergila-gilakan saya. Hahahaha..."

Zen menggeleng kepala melihat gelagat Aydan. Bila la budak ni nak berubah? Tapi siapa harus dipersalahkan yang menyebabkan perubahan Aydan? Mungkin atas kehendak diru sendiri yang mahu berubah. Bila ingat kembali masa kecil lagi Aydan nakal tapi akan mendengar nasihat bila ditegur bondanya sendiri. Tapi sekarang...

"Uncle?"

"Apa?"

"Ayahanda dah tahu?" tanya Aydan.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now