Chapter 3: Aydan vs Isabelle

14K 1K 59
                                    

Aydan terjaga dari tidur kerana mengalami mimpi yang pelik. Peluh sudah membasahi dahinya. Jantungnya juga berdegup kencang akibat mengalami mimpi tersebut. Dia bangun dari pembaringan. Baju sejuk dicapai lalu dipakaikan pada badan tegapnya.

Dia melangkah keluar dari biliknya untuk menghilangkan mimpi yang dialaminya sejak kecil lagi. Mimpi yang dialaminya seolah-olah masa depan yang akan berlaku. Tapi berbeza untuk kali ni. Mimpinya tentang masa silam. Dia tak pasti masa silam siapa dia mimpikan kerana wajah yang muncul dalam mimpinya selalunya samar-samar dan sukar untuk dilihat.

"Menyusahkan betul!" dengusnya perlahan.

Kakinya melangkah keluar dari istana untuk menghirup udara malam. Kalau bukan desakan ayahandanya dan tarikan telinga dari Zen, dia takkan tidur di sini. Dia lebih rela tidur di dorm akademi biarpun dorm tersebut penuh anak golongan bangsawan yang angkuh dan menjengkelkan.

Dirinya yang takde apa-apa ni tidak dipandang langsung. Kalau dia dedahkan siapa dirinya yang sebenar, sudah tentu ramai yang berlumba-lumba mahu berkawan dengannya. Berkawan dengan anak bangsawan merupakan satu kebanggaan bagi pelajar akademi yang hanya inginkan nama. Tidak ikhlas ingin berkawan. Penuh dengan kepura-puraan!

Dia menuju ke tempat latihan bagi tentera diraja. Sunyi. Hanya cahaya dari bola kristal sahaja yang ada. Apabila didongak ke atas, dia boleh lihat langit yang terbentang luas dengan gemerlapan bintang. Salah satu pedang yang tergantung dicapai dan dihayunkan ke kiri ke kanan.

"In battle, your sword is the only friend you have. Trust it, feel it and believe on it."

Nasihat ibunya menerjah mindanya. Walaupun dia benci, segala nasihat si ibu dia simpan kemas dimindanya tetapi tidak terdetik dihatinya mahu melakukan apa yang dinasihatkan oleh ibunya sebelum ibunya meninggalkan dirinya dan Isabelle.

"Why? Why you leave me? Why?"

"The only reason is she love you, she love us," sampuk seseorang yang membaca apa yang terdetik dihatinya.

"Boleh tak jangan baca fikiran orang sesuka hati?" kata Aydan geram apabila melihat adik kembarnya itu sedang menyandar pada tiang.

"Don't you remember? I can't read your mind. Its to hard. Full of barrier," balas Isabelle.

"And how did you know what I'm thinking?"

"Who am I to you? A stranger? We share same womb. I know what you feel, brother."

"Tak... Kau takkan faham apa yang aku rasa."

"Lonely... I feel that too when the only brother I have deny my existance. You never care about me."

"Tak payah nak berdrama! Bila kau balik?" tanya Aydan yang sengaja mengubah topik.

"Kau tak jawab lagi soalan aku."

"Kau kan dah besar! Buat apa aku jaga kau lagi. Lagipun, kau tu Heroic Knight Keempat! Boleh jaga diri sendiri. HK apa kalau diri nak kena aku jaga?"

"Thats only a title. The truth is... I miss my old brother. A very protective one."

"Kau ni... Nampak sahaja cool tanpa manja jugak ye?" usik Aydan.

Isabelle tidak mempedulikan kata-kata abang kembarnya. Dulu masa dia kecil, Aydan selalu melindungi bila ada yang mengacau dan mengusiknya. Ke mana sahaja dia nak pergi mesti dia ditemani oleh Aydan seperti pengawal peribadi. Tapi bila menginjak dewasa, masing-masing buat hal sendiri. Tidak rapat seperti dahulu. Dia indukan saat tu.

"Wanna fight with me?" cabarnya.

"Like a old day we used to be?"

"If you think so... Shall we?" Isabelle mencapai pedang yang tergantung. Dia melangkah ke ruang di tengah-tengah.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now