Bonus II: New Era of Sylvania

9.9K 743 150
                                    

"Tuanku!" Lantang suara tutor diraja itu. Tidak kira sama ada Putera Mahkota atau tidak dia akan marah.

Aydan terjaga dari tidurnya yang lena. Matanya dicelik seluas yang mungkin untuk beritahu yang dia tidak tidur. Apabila melihar wajah garang tutornya, nampaknya dia sudah kantoi telah tertidur tadi. Kepala yang tak gatal digaru. Lagak biasa orang yang bersalah apabila kehilangan kata. Sengihan yang mempamerkan gigi putih tersusun dengan kemas. Riak rasa bersalah tidak terlukis langsung di wajahnya.

"Rileks Xeron... Jangan marah nanti cepat tua..." kata Aydan.

"Sepatutnya Tuanku sudah tahu tentang selok-belok pemerintahan di Astland. Sekarang dah dua tahun, tuanku masih belum habis lagi belajar! Pada umur begini, seorang putera raja patut tahu perkara mengenai pemerintahan lebih-lebih tuanku adalah Putera Mahkota yang bakal mengambil alih pe...me...rin...ta...han... Tuanku!"

Sekali lagi Xeron mengungkapkan perkataan 'pemerintahan' dengab mata yang membulat. Sempat dia menjerit memanggil Aydan yang sudah terbang keluar melalui jendela. Silapnya juga kerana tidak bercakap di hadapan remaja itu.

"Bye, Xeron!" laung Aydan.

Suaranya kedengaran agak sayup-sayup. Dia sudah terbang jauh di udara. Dari atas sana dia dapat melihat dengan jelas pemandangan Istana Astland yang indah, pusat bandar dan perkampungan kecil. Penduduk Astland melakukan aktiviti harian seperti biasa. Melalui terbang di udara, dia dapat memerhati keadaan Astland dari atas sana.

Aydan terbang rendah apabila melalui sebuah perkampungan. Dark atas sana dia nampak orang kampung sedang berkumpul beramai-ramai. Terdapat beberapa pengawal Astland dan Darren ditugaskan untuk menyelesaikan kampung tersebut. Aydan mendarat di kampung tersebut.

Sebaik sahaja kakinya mencecah tanah, sayapnya serta-merta hilang. Dia mampu menghilangkan sayap itu dan mengembalikannya apabila mahu. Jika dia biarkan sayap itu ada, pun boleh tapi dia lebih memilih untuk hilangkannya.

"Apa yang jadi?" tanya Aydan. Dia mendekati Darren.

"Tanaman mereka musnah," balas Darren.

"Angkara apa?"

"Binatang buas?"

"Binatang apa?"

"Lembu hutan!"

Dahi Aydan berkerut apabila mendengar kata-kata Darren. Belum pernah dia tahu lembu hutan wujud di dalam hutan. Ini adalah kali pertama. Walaupun bunyi macam kelakar dan dia sedaya upaya menahan gelak, cuba buat muka serius. Dalam hatinya tiada siapa yang tahu dia mahu ketawa guling-guling pada saat itu juga.

"Mana tanaman mereka?" tanya Aydan.

"Mari aku tunjukkan," kata Darren sambil melangkah menuju ke arah kawasan seluar satu per empat daripada padang bola sepak.

Kawasan itu dijadikan kawasan pertanian oleh penduduk kampung. Seperti di beritahu oleh Darren, tanaman mereka habis musnah. Sayur-sayuran yang ditanam hanya tinggal batang sahaja. Daun-daun hijau kelihatan seperti gigit oleh sesuatu. Sejenis tanam seperti daun bawang diragut oleh haiwan. Memang betul kot ada lembu hutan.

"Lembu hutan betul buat semua ni," kata Aydan.

"Ada solusi?" tanya Darren.

"Solusi tu apa?" Aydan garu kepala tak gatal. Jangan ingat dia ada kutu pula!

"Orang suruh belajar kau tidur! Penyelesaian!" bidas Darren. Bukan dia tak tahu perangai Aydan yang malas belajar. Dua tahun mengenali Aydan sudah cukup dia hafal perangai lelaki itu.

"Kecik-kecik tak nak mengurat anak orang, tengok sekarang jadi bujang terlajak!" Aydan tak mengalah.

"Aku sekeh jugak kepala kau ni. Dah buat kerja kau! Aku dah buntu nak selesaikan. Orang kampung asyik paksa aku bagi balik sayuran mereka. Kalau aku penjaul sayur, dah lama aku bagi."

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now