ISABELLE tercungap-cungap kerana berlari terlalu laju untuk menyelamatkan diri dari ditangkap oleh askar-askar Leftenan Daro. Badannya sudah letih kerana terlalu lama berlari meredah hutan pada waktu malam. Sekarang ini, mereka masih berada di dalam hutan. Pokok besar sebesar dua pemeluk menjadi tempat berehat mereka.
"Belle, kau ok?"
"Aku penat."
"Badan kau tak dapat menyesuaikan lagi kuasa di sini sebab tu kau cepat letih," kata Aydan.
"Cepat betul mereka lari," kata Rese sambil memandang ke belakang di mana askar-askar Daro semakin menghampiri mereka.
"Kau boleh lari lagi?" tanya Aydan.
"I guess... I can't..." balas Isabelle. Tubuhnya terasa sakit apabila terlalu banyak menggunakan tenaga semasa berlari tadi. Badannya sudah terbiasa dengan tekanan kuasa di Sylvania. Apabila berada di dunia lain yang tidak sama tekanan kuasa, badannya akan cepat kehilangan tenaga.
"Kau dan Darwin pergi selamatkan diri dulu. Kau ikut aku," arah Aydan sambik menarik mafela yang melilit pada leher Rese.
"Woi! Lepaslah! Tercekik leher aku! Kau ingat aku ni kucing ke?" marah Rese apabila Aydan menarik mafelanya. Dia tidak dapat melepaskan diri dari Aydan dan terpaksa mengikuti langkah lelaki itu.
"Sebab kau kucing la aku buat macam ni."
Darwin dan Isabelle menyelamatkan diri terlebih dahulu dan meninggalkan Aydan dan Rese di belakang. Mereka agak risau keadaan dua Aydan dan Rese. Bukan kerana risau yang mereka tidak akan kembali dengan selamat tapi risau yang mereka berdua bertumbuk sesama sendiri kerana hubungan mereka tidak mesra sejak pertama kali bertentang mata. Darwin dan Isabelle berharap mereka tidak pulang dengan mata yang lebam angkara bertumbuk.
Sekelip mata sahaja, Aydan dan Rese sudah dikelilingi oleh askar-askar Leftenan Daro. Senjata api yang berada di dalam genggaman askar-askar tersebut sudah diacukan ke arah mereka. Walaupun situasi mereka sangat bahaya, tiada riak takut pada wajah dua orang anak muda itu bahkan senyuman menghiasi wajah mereka. Mata mereka menunjukkan yang mereka tidak sabar untuk berlawan dengan askar-askar tersebut.
"Lets the show begin now," kata Rese.
"Lets have some fun," ujar Aydab sambil menanggalkan sarung tangan yang dipakai pada kedua-dua belah tangan.
Bang!
Bunyi tembakan senjata api tanpa henti mengisi suasana malam di dalam hutan tersebut. Bukan itu sahaja, bunyi tembakan yang kuat kedengaran memeranjatkan Darwin dan Isabelle yang sedang bersembunyi di dalam sebuah gua. Kerisauan mereka semakin bertambah apabila mendengar bunyi tersebut.
Askar-askar Leftenan Daro berhenti menembak ke arah mangsa buruan mereka. Asap yang terhasil daripada tembakan senjata api mula menghilang perlahan-lahan dan menampakkan dua figura yang masih berdiri dengan senyuman yang tersunggging di bibir masing-masing. Askar-askar tersebut terkejut apabila sasaran mereka masih hidup padahal mereka telah menembak Aydan dan Rese.
"Siapa yang kau tembak?" tanya Aydan.
"Serang mereka!" kata salah seorang askar.
Askar-askar mula menyerang Aydan dan Rese tetapi dapat dikalahkan dengan mudah oleh mereka berdua. Seorang askar cuba mengacukan senjata untuk menembak Aydan dan Rese yang sedang berlawan dengan askar-askar yang lain. Tembakan dilepaskan apabila dapat menetapkan sasaran. Namun, peluru yang menuju ke arah Aydan dapat ditangkap oleh Aydan dengan tangan. Apabila dia membuka tangan, peluru tersebut sudah berubah menjadi debu emas lalu diterbangkan oleh angin malam.
Aydan mendekati askar yang cuba menembaknya. Senjata yang dipegang oleh askar tersebut disentuh dengan hujung jari. Tiba-tiba senjata tersebut berubah menjadi sekuntum bunga mawar. Askar tersebut terkejut melihat apa yang terjadi. Dia mengambil bunga mawar tersebut lalu dibawa ke hidung untuk menhidu bau wangi bunga tersebut
YOU ARE READING
Book 2: Aydan the Angele [✓]
FantasyBOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula...