Chapter 29: Crown Prince of Astland

13.3K 948 206
                                    

Emelle mengemaskan mejanya yang bersepah dengan kertas. Gumpalan kertas yang bertaburan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. Kertas yang penting disusun lalu diletakkan dalam laci. Buku yang terbuka ditutup dan susun kemas. Mejanya yang berselerak kembali kemas seperti sediakala.

Dia tak sedar waktu sudah menjelang petang kerana asyik menyemak rekod pelajar akademi. Bukan itu sahaja dia perlu memikirkan persiapan Stellar Knight Tournament yang akan berlangsung tidak lama lagi. Dia mendapat utusan daripada raja bahawa pertandingan tersebut akan diadakan di akademi kali ni. Mesti ramai pelajar yang ingin menyertainya. Dia teringatkan sesuatu.

Hari ni...

Tanpa melengahkan masa, dia terus membuka portal ke Castle of Flame. Dengan ragu-ragu, dia melangkah masuk ke dalam portal tersebut. Apabila sampi di pintu masuk istana Astland, pengawal istana menyambutnya.

"Tuanku!" sapa pengawal istana.

"Mereka di mana?" tanya Emelle.

"Di taman. Sedang menikmati minum petang..." beritahu pengawal istana yang mahu mengiringi Emelle.

"Tidak mengapa... Beta boleh pergi sendiri..."

Emelle mengatur langkah menuju ke arah taman diraja. Dari jauh dia dapat dengar suara tangisan sepupunya Violet yang diusik oleh sepupunya yang lain. Dia dapat dengar adiknya, Exzer dimarahi oleh bondanya yang mengusik Violet. Suara Lyon yang ketawakan adiknya. Kelebihannya sebagai Neliant membolehkan dia dengar dari jarak jauh.

Langkahnya terhenti apabila terasa ada seseorang mengikuti dari belakang. Dracaenae Sword yang tersisip dipinggangnya sudah dipegang dan bersedia untuk ditarik keluar apabila dirinya diserang pada bila-bila masa sahaja. Dia memfokuskan pendengaran sebagai langkah berjaga-jaga.

Sana!

Emelle menarik pedang lalu menhunuskan pedang di sisi kanannya. Aydan yang terkejut terus angkat kedua-dua tangannya. Dia menelan air liur dengan payah apabila mata pedang hanya seinci dari lehernya. Badannya kaku dan tak mampu berbuat apa-apa. Jika bergerak sedikit. Kulit lehernya pasti tercalar.

"Wo wo wo... Ni akulah... Takkan kau tak kenal sepupu sendiri kot..."

Emelle menyimpan kembali pedangnya. Dia fikirkan penceroboh mana tapi... Penceroboh istana sendiri.

"Mana aku tahu..." balasnya ringkas.

"Nasib baik kulit aku tak tercalar. Kalau ya, aku saman kau..." ujar Aydan.

"Kenapa kau ikut aku?"

"Ada benda aku nak bincang dengan kau..."

"Betul ke kau ni Aydan?" tanya Emelle untuk memastikan Aydan yang berada di hadapannya betul-betul Aydan, sepupunya.

"Kacak macam ni mestilah aku!"

"Buktinya?"

"Kau ni... Macam tak percaya kan aku pulak?"

"Manalah tahu penceroboh guna sihir penyamaran..."

"Dah kenapa aku nak buat macam tu?"

"Aydan yang aku kenal tak suka berbincang..."

"Itu pun nak jadi masalah ke?"

"Bukan masalah tapi pelik bagi aku. Mungkin kau kena rasuk dengan semangat orang mati..."

"Suka hati kaulah nak cakap apa! Aku nak cakap sikit dengan kau..."

"Apa?" tanya Emelle sepatah.

"Bila bonda tanya macam mana pembelajaran aku, kau jawab semuanya okay? Faham?"

"Ini perkara yang kau nak bincang?"

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now