Chapter 65: Enemy not Enemy

6.9K 638 47
                                    

Menjelang tengah malam, tentera Lvanians ramai yang rebah. Bilangan tentera yang terkorban sangat banyak begitu juga dengan tentera yang tercedera parah. Tentera cedera yang sempat diselamatkan akan dibawa ke kawasan yang selamat untuk diberikan rawatan oleh pasukan Healer yang ditugaskan membantu dalam peperangan.

Bilangan tentera yang cedera semakin lama semakin ramai, buat Anna risau tentang keadaan perang yang sedang berlaku. Dia hanya berada di kawasan pasukan Healer ditempatkan jauh dari medan peperangan di dalam kubu.

Kehadirannya di situ untuk membantu Healer yang tidak menang tangan merawat tentera yang tercedera. Kuasanya sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesakitan yang alami oleh tentera itu. Hatinya lebih risaukan keadaan keluarganya.

Keadaan di tembok sempadan makin genting kerana ramai Lvanians yang mati. Pertahanan mereka di pintu gerbang tembok semakin lama semakin goyah. Tentera yang mempunyai kuasa tanah berusaha bersungguh-sungguh memperkukuhkan pintu masuk tembok agar tidak roboh.

Sungguhpun begitu, Demons tidak berputus asa meruntuhkan pertahanan yang dibuat. Semakin lama, semakin banyak Demons berjaya memanjat tembok sempadan dengan alatan yang dibina.

"This demons is quit clever!" kata Lyon.

Satu penyangkut seakan-akan sauh melekat ditembok yang disambungkam dengan tali tebal. Beratus-ratus ekor Demons memanjat tali tersebut untuk ke atas tembok. Lyon melompat naik atas pagar tembok seperti balkoni lalu memotong tali sepantas yang mungkin dengan menggunakan pedangnya.

Tidak lama kemudian, tali tebal itu putus. Demons yang berada di atas tali itu jatuh sehingga mampus. Lyon kembali ke atas lantai tembok. Dia berpuas hati dengan tindakannya. Jika tidak putuskan tali mesti banyak lagi Demons yang sampai di atas tembok ini.

"Good job!" puji Hyrez yang berada berdekatan dengan ahlinya itu. Salah satu Demon yang mendekatinga ditendang kasar sebelum melemparkan bola api ke arah makhluk itu. Habis satu badan Demons itu terbakar.

"Mereka semakin bijak," balas Lyon.

"Lebih bijak dari..." ujar Hyrez sambil menjeling ke arah seseorang. Dia tidak menyambung kata-katanya. Lyon ketawa terbahak-bahak apabila faham maksud Hyrez bahkan Kyrell yang turut berada di situ juga kelihatan menahan ketawa.

"Aku dengarlah apa yang korang cakap!" jerit Aydan yang agak jauh dari mereka. Dia menarik pedang cahayanya yang terbenam dari tengkorak Demons.

"I agree with you too but kids... Be serious in this situation," sampuk Zen.
Wajah Aydan kian masam apabila Zen menyokong kata-kata dua orang Heroic Knights itu. Hyrez dan Lyon kembali memerangi musuh. Mereka kembali serius menewaskan Demons yang tidak putus-putus datang menyerang tembok sempadan.

Bilangan musuh bertambah ramai dari semasa ke semasa. Lantai tembok semakin banyak dipenuhi oleh Demons buat tentera yang ada tidak menang tangan menghapuskannya.

Pertahanan di pintu masuk tembok semakin lemah. Beberapa kali serangan, pintu masuk telah roboh dirodok oleh batang besi milik Demons. Ia membuka ruang kepada pihak musuh menceroboh masuk ke seberang melepasi tembok sempadan. Berpusu-pusu Demons masuk melepasi tembok apabila pintu masuk telah roboh. Keadaan ini todak memihak kepada tentera Lvanians.

"Zen! Guard your men to the Headquarters!" arah Hariel. Dia melompat naik ke atas kuda yang berada di situ. Kakinya menendang Demons yang cuba menghalang. Setelah berjaya lepas dari Demons, dia terus menunggang kuda menuju ke pertahanan utama.

Apabila mendengar arahan daripada Hariel, Zen telah memberi arahan kepada tentera yang tinggal berundur ke pertahanan utama iaitu headquarters terletak. Semua tentera berundur apabila mendengar arahan Zen. Mereka menggunakan medan teleportasi untuk ke pertahanan utama. Lagipun tiada guna mempertahan tembok sempadan kerana ia telah didominasi oleh Demons.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now