Bab 12: A Great Offer

11.5K 872 57
                                    

Annabella fokus melukis pada sketch book di bawah pokok. Bunyi air sungai yang mengalir menghasilkan suasana tenang membuatkan fikirannya lapang dan senang untuk melukis apa yang berlaku dalam hidupnya. Dia ingin melakar segala perkara penting dalam hidupnya sebagai satu kenangan untuk bakal anak-anaknya suatu hari nanti.

Dalam sekelip mata sahaja, sketchbook hilang dari pandangan mata. Tak berkelip dia lihat tangan yang kosong. Yang ada hanya sebatang pensil untuk melukis.

"Ermmm... Lukisan kau ni tak cantik. Kosong dan tiada perasaan. Nak aku tambah rasa cinta tak?"

"Bagi balik sketch book aku Eidan," pinta Annabella.

"Aku tolong kau tambah rasa cinta nak?"

"Eidan... Bagi balik buku tu selagi aku masih boleh bersabar dengan kau."

"Kalau aku tak nak?"

"Kau nak buat apa dengan buku tu?"

"Aku nak..." Eidan memunculkan api pada tapak tangannya.

"Kau bakar buku tu, aku bakar kau."

"Disebabkan buku ni, kau tak pedulikan aku."

"Bila masa pulak?"

"Sejak dari minggu lepas lagi."

"Eidan... Please bagi balik buku tu."

"Make me!"

"Eidan!!!" jerit Annabella. Dia terus mengejar Eidan yang lari bersama sketch booknya. Annabella berjaya menyekat Eidan dari terus melarikan diri.

"Bagi balik buku aku."

"Kau ambillah sendiri."

Annabella menjengketkan kaki untuk mengambil buku ditangan Eidan. Tetapi tidak sampai. Ketinggiannya hanya paras dada lelaki itu sahaja. Eidan tak perlu jenketkan kaki hanya angkat buku setinggi yang boleh. Annabella pula berusaha melompat mahu dapat bukunya.

"Eidan... Bagilah balik," rayu Annabella.

"Hadiah dulu..."

"Hadiah apa?"

"You know..." Eidan kenyit mata.

Annabella pula mengeluh. Itu sahaja yang diminta setiap hari. Kakinya dijengketkan. Tangannya memaut leher Eidan. Satu ciuman melekap di pipi kanan Eidan dan satu lagi di pipi kiri. Eidan mengambil kesempatan merangkul pinggang Anna. Dahi Anna dicium.

"Nah buku," katanya sambil menyerahkan sketch book kepada Anna semula. Rangkulan dilepaskan. Dia duduk disebelah Anna yang kembali fokus untuk melukis. Dagunya diletakkan pada bahu Anna manakala tangannya kembali melingkar di pinggang Anna.

"Anna..."

"Hmmm..."

"Lukisan ni untuk apa?"

"Untuk anak-anak kitalah..."

"Are you pregnant?" tanya Eidan dengan wajah yang teruja

"Belum lagilah."

Keterujaannya merudum jatuh apabila mendengar kata-kata dari si isteri. "Habis tu?"

"I want they know what I've been through. To be a dragon heir is not easy."

"Kenapa perlu lukis apa yang jadi? Sedangkan kau boleh je bagitahu mereka sendiri..."

"Eidan... Kau masih ingat apa yang aku cakap minggu lepas?"

"Cakap apa?"

"See... Benda kecil yang aku bagitahu kau pun tak ingat. Kalau aku bagitahu mereka, lama-kelamaan mereka akan lupa. Bila dan meningkat dewasa, nak ke mereka dengar cerita aku?"

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now