Chapter 41: Ice Princess

10.9K 867 61
                                    

Aydan merenung tajam ke arah dua orang yang sedang berbual mesra di taman bunga dari jauh. Dia tak suka melihat kemesraan mereka berdua. Gelak tawa dua insan itu memanaskan telinga seolah-olah dirinya diejek. Giginya diketap geram. Jika ikutkan hatinya, salah seorang daripada mereka lunyai dibelasah olehnya. Tapi bila difikirkan kembali dia juga yang benarkan mereka berdua bersama. Bukan dirinya sahaja bahkan seluruh ahli keluarganya pun merestui hubungan itu.

"Kau cemburu melihat kemesraan mereka," ujar seseorang.

"Mana adalah!" marah Aydan.

"Kau masih lagi nak menipu? Kalau kau tak cemburu, kenapa kau perhatikan mereka berdua dari jauh?"

"Suka hati akulah! Isabelle adik aku! Kau tu! Kau buat apa kat sini? Menyemak je."

"Suka hati akulah. Permaisuri Annabella dan Raja Eidan sudah bagi keizinan pada aku untuk datang ke sini sebulan sekali," balas Nea.

"Kau datang sini mesti nak jumpa aku, kan?" usik Aydan.

"Tak payah nak perasan! Aku datang sini sebab nak kaji sejarah dunia kita. Perpustakaan kat sini je banyak maklumat tentang Sylvania," balas Nea.

"Kau tak perlu pergi perpustakaan belek buku satu-persatu. Orang yang berada di depan kau tahu segala-galanya tentang Sylvania," kata Aydan dengan bangga.

"Tch! Pemalas baca buku macam kau tahu segala-gala tentang Sylvania? Tak payah nak kelentong aku la."

"Nea, Nea, Nea... Nea my love."

"Aku bukan kekasih kaulah!" kata Nea dengan nada geram.

"Dan... Aku tak cakap pun kau kekasih aku. Mesti kau berangan nak jadi kekasih aku, kan? Aku tahu aku kacak."

"Kau cakap 'Nea my love' apa hal?"

"Itu memang cara aku cakap. Aku cakap dengan bonda, ayahanda, nenda, malah Isabelle pun aku cakap macam tu. Kau yang perasan sebenarnya." Aydan sengih.

"Kau diamlah!"

"Muka kau nampak comel bila marah. Buat aku geram nak cubit," kata Aydan dengan nada romantik.

Langkahnya diatur mendekati Nea yang tidak jauh berdiri di hadapannya manakala Nea mengatur langkah demi langkah ke belakang apabila menyedari Aydan mendekatinya dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Senyuman lelaki itu juga sukar ditafsirkan. Belakang badannya tersandar pada batang pokok redang yang terdapat di dalam taman itu. Nea sudah tidak mampu melangkah ke belakang kerana terhalang dengan pokok. Dia resah apabila Aydan semakin menghampirinya.

"Kau jangan dekat dengan aku!" ugut Nea.

"Kenapa?" Aydan meletakkan sebelah tangannya pada batang pokok menyukarkan pergerakan Nea. Dia dapat lihat wajah Nea sudah merah. Mungkin sebab marah atau malu direnung oleh mata birunya.

Wajah Nea sudah merah membahang apabila Aydan betul-betul berdiri dihadapannya. Hanya beberapa inci sahaja jarak antara mereka. Nafas hangat Aydan yang menampat wajah dapat dirasai membuatkan mukanya makin merah. Jantungnya sudah berdegup hebat seperti mahu keluar dari badannya. Irama degupan jantungnya sudah hilang rentak, tidak tentu arah. Ini kali kedua mereka berada di dalam keadaan sebegitu.

"Merah kayangan, pipi kau merah. Kenapa?"

"P-panas! Sebab tu p-pipi aku merah!" balas Nea dengan suara terketar-ketar.

"I see... Whats wrong with your heart? Are you sick? Your heart throbbing so loud," ujar Aydan dengan nada romantik.

"Jangan nak menggatal dengan Puteri Sylvania!" kata Isabelle sambil menarik kasar kolar jaket Aydan untuk menjauhi abang kembarnya dengan Nea.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now