Chapter 22: Reconciliation

11.5K 868 62
                                    

Aydan melepaskan keluhan berat bersama langkah yang diatur tanpa hala tuju. Walaupun hari sudah malam, keadaan di dalam hutan Forgotten Island tidak jauh beza dengan siang. Semua tumbuhan dan tanah di sini bercahaya flourescent. Tidak ada masalah untuknya berjalan ke mana sahaja dia mahu pergi.

Dia berhenti melangkah apabila menjumpai sebatang sungai. Batu kecil diambil lalu dibaling ke dalam sungai.

Plup!

Plup!

Plup!

Batu terakhir yang berada di dalam genggamannya tidak jadi dibaling lalu dilemparkan ke dalam semak yang berdekatan. Badannya direbahkan pada tanah. Dia kembali teringat apa yang berlaku tadi. Keluhan berat yang dilepaskan untuk sekian kali.

Rasa bersalah menghimpit jiwanya kerana telah memarahi adik kembarnya sendiri. Tidak terlintas difikirannya mahu memarahi adik kembar sendiri tetapi dia dikaburi kemarahan yang membuak-buak terhadap bondanya. Kemarahan itu dilepaskan pada Isabelle. Dia tahu Isabelle akan terasa dengan kata-katanya. Apa yang Isabelle rasa, dia juga rasa. Mereka kembar. Berkongsi satu perasaan yang sama.

"Belle... Aku minta maaf " gumamnya perlahan.

Setelah apa yang berlaku, Isabella akan memaafkannya ke? Dia tidak patut dimaafkan. Tindakannya sudah melampau. Sepanjang mereka jadi kembar, mana pernah dia memarahi Isabelle. Pernah marah tapi marah biasa-biasa. Kali ini dia marah dengan meninggikan suara.

"Aku gagal jaga kau, Belle. Aku tak layak jadi abang kembar kau."

"Why you upset, young man?" tegur satu suara.

Aydan bangun dari pembaringan. Dia duduk bersila apabila mengenali suara yang menegusnya. "Its you. Sierra."

"Thats my name. Care to share with me?" Ikan duyung itu berenang ke tebing sungai. Dia menongkat dagu sambil memandang Aydan yang tak jauh darinya. Ekornya beralun mengikut aliran sungai.

"You know what happened."

"So, what the problem?"

"Saya tak pernah marah Isabelle macam tu sekali. This is the first time! I'm fail as his twin brother. I did not take a good care of her," luah Aydan.

Ikan duyung ketawa halus sehingga menimbulkan kerutan di dahi Aydan.

"Whats so funny?"

"The naughty and wild Aydan that I think. Actually has a soft heart. A good, protective and loving brother," beritahu Sierra.

"That the other side of me."

"We're misjudge you. Sorry..."

"Its okay. I never had offend about that."

"What make you upset?"

"Saya menyesal marah Isabelle."

"I can see that."

"You know... She the most coolest lil sister I ever had. Dialah orang yang paling memahami diri saya. She always there when I need her. She the best twin sister!"

"You love her?"

"Mestilah saya sayang dia. Dia adik kembar saya!"

Jawapan Aydan mengundang senyuman Sierra. "But, you didn't intend to scold her right?"

"Yeah."

"What make you mad?"

"Saya marah pada bonda."

"Why?"

"Look... She can open any portal that she want. Sepatutnya dia boleh balik bila-bila masa. Tapi... 13 tahun! 13 tahun dia tak pernah kembali!" marah Aydan kembali.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now