Bunyi dentuman mengejutkan Isabelle dari tidur. Badannya terasa sakit tetapi tiada kesan luka didapati pada tubuhnya. Mungkin ada apa-apa terjadi pada abang kembarnya, Aydan. Dia turun dari katil. Baju sejuk disarungkan pada badan sebelum melangkah keluar dari bilik. Hatinya terdetik kerisauan pada Aydan. Marah sekalipun, Aydan tetap kembarnya. Mereka berkongsi rasa yang sama.
"Bonda?" tegur Isabelle apabila melihat Anna menuruni tangga dalam keadaan tergesa-gesa.
"Kamu dengar?"
"Ye... Isabelle rasa Aydan berada dalam bahaya," ujarnya.
Mereka bersama-sama menuju ke taman untuk melihat apa yang berlaku pada Aydan. Apabila sampai di taman, mereka nampak Aydan teruk dibelasah oleh seseorang. Pandangan mata Aydan sudah kelihatan samar-samar. Dia nampak adik kembar dan bondanya dari jauh. Isabelle hanya berdiri kaku melihat dia dipukul. Sebelum dia menutup mata, Aydan nampak bondanya berlari ke arahnya.
Bon...da...
"Pierce! Stop it, now!" arah Annabella. Air matanya sudah jatuh berjuraian apabila melihat anaknya teruk dibelasah oleh Pierce.
Dia menarik tangan Pierce dari memukul Aydan yang telah pengsan.
"Pierce! Stop! You hurt him!" jerit Annabell.
"Kenapa kau nak kesian dia? Dia dah sakitkan hati kau, kan?"
"No! He's not! Aydan tak pernah sakitkan hati aku! Jangan cederakan Aydan lagi! Dia dah cedera teruk!" jerit Annabella. Tangannya menolak badan Pierce dengan sekuat hati. Dia terus mendapatkan Aydan yang telah pengsan. Kepala Aydan dipangku. Luluh hatinya apabila melihat Aydan cedera teruk.
"Dia tak patut dikasihani."
"Dia anak aku!"
"Huh! Anak? Kau boleh anggap dia anak setelah apa yang dia lakukan?"
"Buruk, baik dia... Dia tetap anak aku sampai bila-bila!"
Pierce mendengus geram. Dia berubah kepada bentuk asalnya lalu terbang meninggalkan tempat itu. Dia perlu menenangkan diri. Masalah takkan selesai bila diri dikuasi kemarahan.
Annabella membaringkan anak lelakinya ditepi kolam. Hujung gaunnya dikoyakkan. Cebisan kain itu dibasahkan dengan air untuk membersihkan luka dan darah pada wajah dan badan Aydan yang penuh dengan lebam akibat pukulan dan tumbukan Pierce. Setelah membersihkan luka, Annabella cuba menggunakan kuasanya untuk mengurangkan kesakitan pada badan Aydan. Sekurang-kurangnya luka pada Aydan dapat sembuh dengan cepat.
Perlahan-lahan Aydan cuba membuka matanya setelah sedar dari pengsan. Luka dan sakit dialaminya tidak dirasainya. Pandangannya jadi kabur kerana matanya digenangi air mata apabila melihat wajah bondanya bersama senyuman. Wajah yang lama dia rindu siang dan malam. Setiap hari dia ketagih untuk merasai kasih sayang seorang ibu.
Tangannya teragak-agak mahu menyentuh wajah bondanya. Annabella meraih tangan anaknya dilekapkan pada pipinya. Dia mengukir senyuman. Air mata mereka mengalir dalam masa yang sama. Merindui antara satu sama lain.
"Aydan jahat, kan?
"No... You not."
"Yes, I am. Aydan lukakan hati bonda."
"Tak, sayang... Tak... Aydan tak lukakan hati bonda pun."
"But, I already did it."
"Listen here... You're not doing anything. Okay?"
"Aydan minta maaf... Aydan tahu... Aydan bukan anak yang baik. Maafkan Aydan, bonda," ucap Aydan bersama linangan air mata yang mengalir.
"Aydan seorang anak yang baik. Bonda tahu anak bonda. Aydan tak pernah buat silap. Aydan tak perlu minta maaf. Dapat jumpa Aydan dan Isabelle sudah mampu membahagiakan hati bonda."
YOU ARE READING
Book 2: Aydan the Angele [✓]
FantasyBOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula...