Suasana hingar-bingar dengan bunyi letupan senjata, runtuhan bangunan dan jeritan orang ramai angkara diserang musuh. Darah merah membasahi tanah yang menjadi medan perang. Tubuh yang tidak bernyawa terdiri daripada kanak-kanak, orang tua, dewasa malah askar yang mati berjuang demi mempertahankan negara bergelimpangan di merata-rata tempat. Ada yang cukup sifatnya, ada hilang anggota badan, dan ada yang hilang kepala malah ada tubuhnya hancur angkara di makan oleh raksasa.
Suara sang ibu meraung dan menangis hiba atas kematian anaknya menyapa gegendang telinga. Pandangannya dialihkan ke arah lain. Tangisan kanak-kanak yang berusia empat tahun pula menjadi santapan halwa telinganya. Suara tangisan, jeritan dan raungan berselang-seli dengan bunyi tembakan senjata. Dia menutup telinga dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya kerana tidak tahan mendengar penderitaan itu. Kakinya berlari selaju yang mampu kerana mahu keluar dari suasana tersebut.
Nafasnya tercungap-cungap kerana berlari dengan laju. Peluh membasahi dahinya. Apabila dapat mengatur nafas dengan baik, dia kembali melangkah. Suasana tadi sudah berubah. Kini dia berada di medan perang yang jauh lebih dahsyat dari sebelum ini. Tembakan dan letupan berbunyi bagaikan tiada penghujung. Teknologi yang diguna tidak mampu mengalahkan raksasa yang menyerang mereka. Segala usaha mereka hanya sia-sia kerana setiap serangan dapat dihalang dengan mudah oleh pihak musuh.
Sedang dia berjalan tanpa arah tujuan, sehelai bulu pelepah berwarna putih berterbangan di udara sebelum jatuh di atas tanah yang dipenuhi dengan lopak darah. Bulu pelepah itu berubah menjadi warna merah. Kepalanya di dongak ke atas langit. Peperangan di udara dan peperangan di darat berlaku dengan serentak. Saat itu dia nampak bulu pelepah warna putih berterbangan diudara. Kakinya melangkah menuju ke arah punca bulu pelepah tersebut.
"Ayahanda! Ayahanda! Tolong bertahan! Bantuan keselamatan akan tiba! Bertahan ayahanda!"
Jeritan seseorang menarik minatnya. Pandangannya dikalihkan ke arah tersebut. Dia lihat seorang budak lelaki dalam lingkungan belasan tahun sedang memangku seorang lelaki dewasa yang tercedera parah dengan berlumuran darah. Tiba-tiba dadanya terasa sakit yang mencucuk-cucuk. Tangannya sudah mencengkam dada untuk menghilangkan rasa sakit itu. Kenapa dia boleh rasa kesakitan ini?
"Ayahanda!!!" jerit seseorang dari jauh.
Aydan menoleh ke belakang. Seorang lelaki dalam linkungan usia 20 tahun berdiri tidak jauh darinya sambil memegang pedang yang berlumuran darah. Namun, pedang itu berubah bentuk dalam sekelip mata. Anak muda tersebut berlari sehingga menembusi badannya. Dia menjadi pemerhati melihat keadaan itu. Dia dapat merasai kesedihan yang dialami oleh dua beradik tersebut.
"Kekanda... Ayahanda..." ucap si adik dengan linangan air mata.
"Ayahanda, tolong bertahan! Anakanda akan selamatkan ayahanda!" ujar si abang sambil mengoyakkan bajunya lalu ditekan pada kecederaan ayahandanya.
"Anakanda sekalian..." ujar lelaki dewasa itu dengan nada lemah.
"Ayahanda jangan banyak bergerak! Ian, kau pergi dapatkan bantuan sekarang!" arah si abang.
Namun, langkah si adik terhenti apabila tangannya dipaut oleh ayahandanya. Lelaki itu memberitahu sesuatu kepada anak-anaknya menyebabkan wajah dua anak lelakinya berubah. Kedua-dua enggan melaksanakan apa yang dihajati oleh ayahanda mereka. Air mata yang menjadi peneman semakin membasahi pipi. Si adik memahami hasrat ayahanda lalu menarik abangnya untuk pergi meninggalkan ayahandanya dalam keadaan yang nazak. Dengan langkah yang berat, dua beradik itu pergi meninggalkan ayahandanya yang tercedera parah.
Mata birunya bersambung dengan lelaki yang sudah tidak dapat selamatkan lagi. Mereka bertentang mata seketika. Lelaki itu mengukir senyuman lemah ke arah Aydan sebelum menutup mata buat selama-lamanya. Sakit pada dadanya hilang serta-merta. Dia lihat dua beradik itu sedang berlari ke arah satu cahaya yang memancar terang.
YOU ARE READING
Book 2: Aydan the Angele [✓]
FantasyBOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula...