"Macam mana aku nak keluar? Berkawal macam aku ni penjenayah antarabangsa," rungut Aydan apabila melihat pengawal istana berkawal ketat di pintu masuk ke istana.
Dia kembali masuk ke dalam biliknga di mana dua orang pengawal istana turur berkawal di depan pintu biliknya. Nampaknya ayahanda buat persediaan awal untuk mengawal pergerakannya takut dia lari pada majlis dia nanti. Kertas kosong yang terdampar di atas meja kecil diambil. Pen yang berada di situ berada di dalam genggamannya.
Hujung pen diketuk pada dagu untuk memikirkan strategi untuk keluar dari istana. Bukan nak larikan diri tapi untuk bersiar-siar di bandar Astland yang sudah lama tidak dikunjungi. Mesti meriah kerana majlis pelantikan Putera Mahkota akan diadakan tak lama lagi.
"Apa aku nak buat? Nak keluar ikut jalan mana?" gumam Eidan bersendirian.
Hampir sejam dia memikirkan cara untuk keluar dari istana tetapi tidak ada. Otaknya sekarang malas nak berfikir. Kertas kosong hanya dilukis orang lidi mewakili dirinya.
"Aku memang takde bakat melukis," kata Aydan apabila memerhati lukisan orang lidinya.
Kalau dia mahu keluar, pengawal istana wajib akan mengekorinya macam anak ayam. Itu buat dia rasa tak selesa dan tak bebas. Dia lebih selesa bergerak bebas tanpa diawasi oleh mana-mana pengawal istana. Dia tak kisah bersiar-siar di bandar Astland kerana penduduk di sana tidak pernah melihat wajah sebenarnya.
"Ehem... Beta mahu bersiar-siar di taman. Tak perlu ikut beta," kata Aydan kepada dua orang pengawalnya sebaik sahaja dia keluar dari bilik. Mukanya sengaja diseriuskan.
"Tapi tuanku..."
"Kamu siapa ingin menindak kehendak beta?"
"Errr... Baik, tuanku!"
Aydan terus melangkah pergi tanpa diiringi oleh dua orang pengawal istana. Muka yang serius tadi sudah bertukar riak. Senang sangat menipu orang. Dia terus menuju ke kawasan taman istana. Tidak apa yang menarik selain bunga yang terdiri dari perlbagai jenis dan pelbagai warna.
"Aku datang sini bukan nak tilik bunga!"
Mesti ada jalan keluar kat taman ni. Tapi... Satu perkara yang dia baru perasan bahawa tiada seorang pengawal istana pun yang berjaga di sini. Satu idea timbul di benak fikirannya. Panjat tembok! Kemahirannya dari dulu sampai sekarang.
Tembok dipanjat perlahan-lahan tanpa mengeluarkan bunyi. Dia juga berhati-hati memandang sekeliling takut tertangkap oleh pengawal istana yang bertugas. Dia sampai di atas tembok dan bersiap-sedia mahu melompat turun ke bawah tetapi diganggu oleh seseorang.
"Where are you going?" tanya Isabelle.
"Takde pergi mana-mana lah!"
"So, what are you doing up there?"
"Tengah baiki tembok ni ha," balas Aydan sambil menilik tembok tersebut.
"Yeah... Crown Prince to be baiki tembok," perli Isabelle.
"Aku nak keluar ke bandar puas hati?" bagitahu Aydan.
"Bukan nak larikan diri?"
"Taklah! Aku nak menikmati kebebasan aku sepuas-puasnya sepanjang dua bulan sebelum pikul beban sebagai Putera Mahkota."
"Its cannot convince me."
"Aku janjilah. Takkanlah abang kau sendiri kau tak percaya?"
"Okay... Sebelum senja kau kena ada di istana. Kalau aku tak nampak batang hidung kau, siap kau aku cari sampai lubang ular!"
"Thank you my little sweet sister. Aku beli kau macaroon pelbagai perisa banyak-banyak khas untuk kau."
"I eager to see that. Jangan kau lupa sudah. Kalau tak, aku bagitahu ayahanda tentang ni."
YOU ARE READING
Book 2: Aydan the Angele [✓]
FantasyBOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula...