Bunyi ketukan pintu untuk kali kedua mematikan perbualan Aydan dan Rese. Pertanyaan Aydan dibiarkan tergantung. Rese bangun untuk membuka pintu. Sebaik sahaja dia membuka pintu, seekor serigala berbulu hitam lebat sedang berdiri di muka pintu. Taringnya yang panjang dan tajam kelihatan basah dengan darah yang berwarna merah.
Tidak lama kemudian, fizikal serigala itu perlahan-lahan berubah. Bulu hitam mula menghilang, taringnya yang tajam juga menghilang dan kakinya berubah menjadi kaki dan tangan manusia. Serigala tadi berubah menjadi seorang lelaki sepenuhnya. Baju yang dipakainya berlumuran dengan darah. Sebelah tangannya sedang menekan perut yang tercedera. Darah merah mengalir tanpa henti melalui kesan tembakan itu.
"Tolong aku, Rese..." katanya sebelum pengsan.
"Kenapa dengan dia?" tanya Aydan.
"Dia cedera parah kerana terkena tembakan dari askar Daro," balas Rese sambil memapah lelaki dan dibaringkan di atas lantai.
"Apa yang sedang berlaku? Kenapa dia berubah jadi manusia?" tanya Isabelle yang baru sahaja terjaga dari tidur. Sebaik sahaja dia membuka mata, dia nampak seekor serigala berubah menjadi manusia.
"He's a werewolf. A hybrid from human and lycans," balas Rese. Dia mengoyakkan baju di bahagian perut lelaki itu dan cuba menghentikan pengaliran darah.
"Can you help him?" tanya Isabelle sambil memandang ke arah abang kembar.
"I'm not a Healer, herbalist, or a doctor," balas Aydan.
"Apa salahnya kau tolong dia?"
Aydan mengeluh perlahan. Dia mendekati lelaki yang sedang tenat bertarung dengan nyawa. Sarung tangan yang dipakainya ditanggalkan. Tangannya diletakkan di atas perutnya yang tercedera. Matanya dipejamkan. Saat dia menutup mata, suasana serta-merta berubah menjadi putih. Semuanya kelihatan putih tanpa dicemari oleh warna lain. Aydan nampak seorang lelaki dan seekor serigala sedang berdiri tidak jauh darinya. Kakinya diatur untuk mendekati mereka.
"Kau pilih hidup atau mati?" tanya Aydan.
"Jika aku pilih hidup, aku mati kelak. Sebelum aku mati, aku mahu melakukan sesuatu."
"Jika begitu, kau perlu pilih untuk jadi manusia biasa atau seperti sebelumnya."
"Bagaimana hidup seperti manusia biasa tanpa sebarang kebolehan?"
"Aku pilih dia," balas Aydan sambil memandang lelaki itu.
Sebaik sahaja Aydan memilih lelaki itu, serigala itu mengatur langkah menuju ke arah satu cahaya. Lama-kelamaan serigala itu hilang di sebalik cahaya tersebut. Suasana kembali sediakala sebaik sahaja Aydan membuka mata. Luka pada perut lelaki itu sembuh seperti tidak pernah tercedera.
"Bagaimana kau sembuhkannya?" tanya Rese.
"Aku bukan sembuhkan dia tapi aku selamatkan salah satu jiwanya," balas Aydan.
"Maksud kau?"
"Setiap orang mempunyai dua jiwa yang berlainan. Sebagai contohnya adalah kawan kau ni. Dia merupakan manusia jadian. Dia mempunyai dua jiwa yang berlainan iaitu jiwa manusia dan jiwa serigala. Apabila tubuh asal tercedera, dua jiwa ini akan terpisah. Salah satu jiwanya akan hidup manakala jieanya satu lagi akan mati. Selalunya dua jiwa yang terpisah akan memilih untuk mati bersama-sama. Semasa aku bertemu dengan dua jiwanya, salah satunya telah membuat keputusan untuk hidup."
"Apa yang akan berlaku jika salah satu jiwa akan hidup?"
"Jiwa manusianya mahu hidup jadi jiwa serigala akan mati. Ini bermakna dia akan hidup seperti manusia biasa. Jika jiwa serigalanya pilih untuk hidup dan jiwa manusianya pilih untuk mati, dia akan kekal jadi serigala untuk selamanya."
YOU ARE READING
Book 2: Aydan the Angele [✓]
FantasyBOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula...