Chapter 31: The Gorgons

13.5K 842 116
                                    

"Master, how long we have to wait? I can't wait to taste Lvanians blood and flesh especially from nobility. I already smell their scent. We can't wait to hear their sweet begging, their beautiful face of fear, and the scream of fright. How lovely."

"One thing you must remember. Don't make a chaos. Just make a little surprise to her."

"As you wish... Come sisters... We have to dress up beautifully to attend a party."

"I can't wait to meet a prince."

"Don't touch The Prince. He's mine."

Kemudian, mereka hilang. Tinggal seseorang yang memakai jubah berwarna hitam. Wajahnya tidak kelihatan kerana kerudung hitam yang dipakainya menutupi separuh dari wajahnya. Terbit senyuman nipis dibibirnya.

Akhirnya, Kau muncul jua...

MEREKA bertukar cerita antara satu sama lain kerana sudah lama tidak berjumpa. Di samping itu, mereka mengingati kembali kenangan pahit manis semasa zaman remaja dulu. Dalam banyak-banyak kenangan, bertarung di medan perang semasa Perang Lvanians-Demons II adalah kenangan yang mereka tidak dapat lupakan. Saat itu, tika itu, dan detik itu, tali persahabatan mereka terbina kukuh.

"Aku harap aku dapat kembali ke masa lalu. Rindu pula saat itu," luah Hariel.

"Dan awak boleh la menggatal dengan perempuan lain," balas Serena.

"Mana adalah. Dulu tu saya main-main je. Awak, saya serius. Banyak hint saya bagi tapi awak buat tak tahu."

"Bagitahu macam bergurau," balas Serena.

"Kalau aku jadi Serena, aku pun pening dengan kau. Kejap nak, kejap tak nak," sampuk Haziel.

"Kau lagi aku tak percaya. Alih-alih dah bercinta dengan Clara. Macam mana kau boleh jatuh cinta dengan si Haziel."

"Entah... Tak tahu," balas Clara.

"Apa? Sampai hati sayang cakap macam tu." Haziel bersuara sedih.

"Tak payah nak buat muka. Malu kat anak tengah tengok," ujar Lenhil.

Annabella hanya senyum dan ketawa apabila mereka bercerita tentang waktu dulu. Sedikit sebanyak dia tahu yang kawan-kawannya tidak pernah berubah walaupun dia hilang sepanjang 13 tahun. Tiba-tiba saja jantungnya berdegup perlahan. Tangan kanannya mengusap dada. Dia fikir itu hanya perkara biasa sahaja tetapi jantung terus berdegup dengan rentak perlahan. Tubuhnya terasa lemah dan kakinya juga dapat menampung tubuhnya tetapi sempat Eidan menyambutnya.

"Anna... Kenapa ni?" tanya Eidan dengan riak kerisaun. Wajah isterinya sangat pucat.

"Eidan, lebih baik kau bawa Anna berehat," ujar Frielan.

"No..." balas Annabella dengan lemah. Dia dapat rasakan aura kegelapan di kawasan istana. Sepatutnya dia dapat mengesannya dari awal lagi tapi disebabkan kuasanya makin lemah dia tidak dapat merasainya lagi. Tubuh badannya sahaja yang akan memberi reaksi apabila aura kegelapan berharapan.

"Take a rest, Anna."

"No, Eidan... Save... Save... People..."

"Anna, kenapa ni?"

"Save... People... Now..."

Sejurus itu, satu jeritan nyaring yang sangat kuat kedengaran disetiap ruang istana sehingga membuatkan semua orang menutup telinga dengan kedua-dua belah telinga. Namun, tidak mampu untuk mengusir kenyaringan jeritan tersebut. Jeritan itu beransur-ansur hilang. Tetapi kesannya masih terasa.

Di muka pintu muncul tiga orang gadis yang memakai gaun berwarna hitam. Rambut mereka bertiga tidak seperti Lvanians biasa tetapi berambut ular yang berbisa. Ular-ular itu bergerak-gerak seperti rambut yang beralun apabila ditiup angin. Ia dibelai oleh ketiga-tiga gadis itu bagai membelai rambut sebenar. Senyuman mereka terukir sehingga menampakkan siung ular.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now