Chapter 50: Trouble in Lotus Terania

9.7K 716 91
                                    

Gambar di atas adalah pakaian yg dipakai oleh Aydan. I think its suit him. Whaddaya think?

♥♥♥

ISABELLE menarik kerudungnya agar melitupi mukanya kerana malu dengan gelagat Aydan sejak mereka sampai di dunia Locus Terania. Setiap kali jumpa benda yang belum pernah dilihat pasti Aydan akan menunjukkan reaksi yang melampau sehingga benda yang remeh jadi luar biasa. Sudah banyak kali dia menegah Audan supaya menjaga tingkah lakunya sepanjang mereka berada di sini. Mereka tidak tahu bagaimana penerimaan penduduk dunia ini menerima mereka.

"Aydan, boleh tak kau jangan tunjuk perangai pelik kau tu?" tegur Satu Isabelle.

"Pelik celah mana?" soal Aydan sambil menjilat ais-krim yang berada di kedua-dua belah tangannya. "Sedap betul benda ni! Sejuk macam salji dan rasa macam buah! Kau nak rasa?"

"Terima kasih sajalah. Maksud aku tadi... Kau janganlah tunjuk yang kau bukan penduduk di sini. Kita tak tahu reaksi orang di sini macam mana bila berdepan dengan orang luar. Oleh itu,kau sembunyikan sikit muka kau tu!" kata Isabelle sambil menarik kerudung Aydan supaya menutupi sebahagian wajah kembarnya.

"Rimaslah! Lagipun, aku tak suka tutup wajah aku yang kacak ni! Ini bukan diri aku tahu tak!"

"Satu lagi aku nak pesan."

"Apa lagi kau ni?"

"Jangan guna kuasa kau kat sini! Faham tak?"

"Yelah, yelah... Itu tak boleh, ini tak boleh... Apa yang boleh?" rungut Aydan kerana setiap tindakannya disekat oleh adik kembarnya sendiri.

"Diam dan jangan buat apa-apa!" balas Isabelle.

"Huh!" dengus Aydan.

"Argh!!!" jeritan seorang gadis yang dikacau oleh beberapa orang askar menjadi tarikan perhatian Aydan.

Pada mulanya, Aydan tidak mempedulikan jeritan tersebut kerana dia fikir gadis itu dalam kesakitan dan askar-askar tersebut mahu menolongnya. Namun, gadis itu menjerit meminta pertolongan dan merayu agar dirinya tidak diapa-apakan membuatkan Aydan berhenti melangkah. Dia tidak boleh meninggalkan gadis itu dalam keadaan begitu. Orang ramai yang lalu-lalang hanya membiarkan askar-askar tersebut mengambil kesempatan terhadap gadis malang itu.

"Hei, Aydan! Jangan nak buat hal!" nasihat Isabelle dengan tegas apabila menyedari Aydan tidak mengikutinya dari belakang.

Aydan tidak menghiraukan nasihat adik kembarnya. Langkahnya diatur mendekati si gadis yang dikacau oleh askar yang tidak bertanggungjawab itu. "Hey, pal! You shouldn't do that to the pretty damsel."

"Who are you?" tanya salah seorang askar itu.

"I'm just a passerby."

"So, mind you on bussines!"

"I can't before you let her go."

"Budak ni tak takut dengan kita. Hapuskan saja budak tak guna ni," kawannya.

Askar tersebut mengeluarkan sebilah pedang. Permata merah yang berada di pemegang pedang tersebut bersinar. Tidak lama kemudian, pedang tersebut diselubungi api yang marak. Seorang lagi askar mengeluarkan sesuatu. Batu permata yang berwarna biru gelap mengeluarkan cahaya dan membentuk tali cemeti yang diperbuat daripada kilat.

"You're so serious..." ujar Aydan tanpa rasa gentar.

Dua orang askar tersebut menyerang Aydan dengan serentak. Namun, pergerakan pantas Aydan menyebabkan serangan mereka tersasar. Aydan sudah berada di belakang mereka tanpa mereka sedari. Askar tersebut semakin berang apabila serangan mereka tidak menjadi. Mereka terus menyerang Aydan tanpa henti tetapi serangan tersebut dielak mudah oleh Aydan. Tangannya diseluk ke dalam poket tanpa mahu membalas kembali serangan tersebut. Baginya, berlawan dengan askar-askar tersebut tidak membawa peluh kepadanya.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now