Chapter 27: King vs Queen

12.7K 922 76
                                    

Eidan menghentak kasut yang dipakainya dengan perlahan tanda dia bosan bila menunggu. Mafela yang dipakai dibetulkan sedikit supaya menutupi sebahagian wajahnya untuk mengelakkan rakyat Astland mengenali dirinya. Medan magik masa dibuka. Dah setengah jam berlalu. Perempuan... Bila bersiap, dua hari belum tentu siap.

"Sini pun kau!" tegur seseorang.

Eidan agak terpukau dengan kecantikan Annabella. Gaun paras lutut berwarna biru lembut sangat sesuai dengan Annabella. Rambutnya yang sentiasa diikat satu dibiarkan terlepas. Angin mula meniup lembut rambut emas Annabella. Cekak rambut diperbuat dari kristal menghiasi kepalanya. Seutas rantai kristal bunga asmara digantung dileher jinjang Annabella.

"Hellooo... Anyone there?" kata Annabella. Tangannya digawangkan pada muka Eidan.

"Ehem!" Eidan berdehem untuk menghilangkan rasa malunya.

"Apasal kau lambat?" marah Eidan.

"Kau ni dah kenapa?"

"Aku tunggu kau setengah jam tahu tahu tak? Inilah orang perempuan bersiap kalau tak sampai dua hari tak sah!"

"Eh, hellooo... Nak marah aku pulak? Kau menyorok kat celah lubang mana? Puas aku cari! Nasib baik jumpa kau kat sini. Kalau tak jumpa lagi, aku dah blah!" marah Annabella kembali. Ingat dia je boleh marah!

"Kan aku dah cakap kat taman."

"Ye tak ye kan? Kat taman ni kecil, takde orang," sindir Annabella. Hujung minggu macam ni taman memang sesak dengan orang. Dah luas.

"Fesyen apa kau ikut ni?" Eidan sengaja ubah topik.

"Kau suka?"

"Macam perempuan gedik je," kutuk Eidan.

Annabella ketap gigi geram. Aku gigih bersiap-siap cantik macam ni untuk dia boleh dia kutuk aku perempuan gedik! Grrrr... Sikit pun tak puji. Kalau ikutkan hati aku nak pakai baju t-shirt seluar pendek je. Tanpa berfikir dia terus melangkah pergi.

Eidan garu kepala. Alamak! Dah merajuk! Ingatkan boleh dating dengan sweet-sweet hari ni tapi lain pula yang jadi. Dia mengejar langkah Annabella yang sudah jauh ke hadapan.

"Ala, Anna... Takkanlah kau tak biasa," pujuk Eidan.

"Lama-lama boleh sentap tahu tak? Ten months, we didn't see each other. Today, I want to be the most beautiful girl for you but you... Huh! Kecewa! Sikit pun tak hargai," luah Annabella dengan rasa terkilan.

Sejak tamat belajar sepuluh bulan lalu, dia selalu sibuk dengan hal pentadbiran negara. Dia terpaksa menguruskan hal pentadbiran Thrunland sebagai gabenor jadi dirinya agak sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa dengan Annabella. Tapi nasib baik Annabea faham. Bila dah ada peluang, dia pula merosakkannya.

"Sorry, Anna... Aku cuma tak suka lelaki lain tengok kau macam ni. Your beauty is just for me. Walaupun kau pakai pakaian penjara pun, kau tetap cantik di mata aku," pujuk Eidan.

Annabella baru nak melting dengan pujukan Eidan tapi bila dengar ayat terakhir terus keras semula hatinya. Dia mendiamkan diri. Tidak mahu melihat wajah Eidan yang hanya nampak mata sahaja.

"Anna, you know... We both waiting this day. Lets enjoy it okay?"

"You ruin it," gumam Annabella.

"Aku sebenarnya cemburu bila lelaki lain tengok kau cantik macam ni."

Pujukan yang memuaskan hati Annabella. Sebelum ni, Eidan mana pernah mengaku cemburu. Akhirnya... Eidan mengaku jugak. Kena rekod ni! Lupa! Mana ada alat nak rekod.

"Jom cari baju. Pakai baju labuh biar tutup betis cekeding kau tu," kata Eidan sambil menarik tangan Annabella. Manakala Annabella sudah sengih. Pengakuan Eidan tentang cemburu sudah mampu buat dia sengih.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now