Aydan bangun dari terjatuh. Baju dan seluar ditepuk untuk menghilangkan debu yang melekat pada pakaiannya. Persekitarannya bukan lagi Kelas AAA tapi lebih kepada suasana yang agak mengerikan baginya. Dia nampak lihat tubuh badan yang bergelimpangan di atas tanah. Warna merah darah pekat menjadi latar belakang. Bau yang tidak menyenangkan menusuk ke dalam rongga hidung.
"Busuknya!!!" dengusnya sambil menutup hidung. Bau hanyir darah menusuk dalam rongga hidungnya.
"Aku tersesat kat mana pula ni?" gumamnya sambil melangkah mencari arah jalan keluar.
Bunyi ngauman seakan-akan raksasa menarik perhatiannya. Langkah diatur ke arah bunyi tersebut. Darah kepahlawanan yang mengalir dalam tubuhnya tidak mampu berdiam diri tanpa menghunus pedang ditangan.
"This is a war," gumamnya apabila melihat tentera sedang melawan raksasa dalam pelbagai bentuk dan rupa.
"Naturligt lys der oplyser livet,
Der er en stråle af lykke,
livet skal falme tilbage,
for at bestråle leveren..."
Aydan mengalih pandangan apabila terdengar bunyi orang bersenandung. Walaupun perlahan, tapi lunak ditelinganya. Hatinya sedikit tenang apabila mendengarnya. Kakinya melangkah mendekati sesusuk tubuh seorang gadis yang sedang duduk menekur tanah. Dia teringin mahu melihat wajah gadis itu.
Sebaik sahaja dia mahu menyentuh bahu gadis itu, persekitaran berubah. Bukan lagi di medan perang tetapi satu tempat yang tidak asing baginya. Tempat dia membesar. Kehangatan tempat itu menyenangi hatinya. Ada rasa rindu yang menyelubungi hatinya.
Tangannya memulas tombol pintu. Apabila pintu terbuka, dia nampak seorang wanita dan seorang lelaki sedang tersenyum bahagia melihat anak-anak mereka yang sedang nyenyak tidur. Bunyi tangisan salah satu daripada anak mereka memecah kesunyian.
Lelaki tersebut mengambil anak lelakinya yang sedang menangis. Cuba memujuk tetapi tidak berjaya. Mereka bertiga melangkah ke balkoni kerana tidak mahu mengejutkan seorang lagi anak mereka dengan bunyi tangisan. Aydan juga melangkah ke balkoni mahu lihat apa yang terjadi.
"Tidurlah putera bonda,
Putera kesayangan bonda,
Mimpikan yang indah sahaja,
Kau akan lena,
Selagi bonda ada bersama,
anakanda takkan terluka,
Wahai putera kesayangan bonda,
Kau ditakdir bersamanya,
Jika kau bersamanya,
Kau takkan tercela,
Tabahkan hatimu putera bonda,
Kau mampu menghadapinya,
Bonda akan bersama anakanda sentiasa..."
Selepas mendengar dodoian tersebut, anak mereka terlentok tidur di dalam pelukan si ayah. Wanita tersebut mencium pipi tembam si anak dengan penuh kasih sayang.
Aydan ketap gigi kerana mahu mengusir sebak yang menjalar di hatinya. You're lying. If you're always be with me, why you leave me alone? Why you do that? You're lying.
YOU ARE READING
Book 2: Aydan the Angele [✓]
Viễn tưởngBOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula...