BUNYI hingar-bingar suara penjual dan pembeli yang sedang tawar-menawar memecah suasana sunyi di kawasan tersebut yang berdekatan dengan pelabuhan. Kapal dan feri dari pelayan, pedagang dan pelajar yang berlabuh menyebabkan suasana semakin bising dengan suara mereka. Namun, terdapat juga lanun yang berlabuh di situ sebagai tempat persingggahan sementara mereka.
"Berapa harga rantai berlian tu?" tanya seorang lelaki gemuk kepada peniaga barang perhiasan tersebut. Dia sudah berangan-angan mahu hadiahkan rantai tersebut kepada isteri nombor empatnya.
"Murah saja. Hanya 150k emas je," kata peniaga tersebut.
"Mahalnya. 100k..."
"149k."
"120k."
"145k."
"Baiklah saya beli!" kata lelaki gemuk itu apabila harga ditawar menurun. Dia menyerahkan lima uncang yang berisi 140k emas kepada peniaga tersebut.
Setelah selesai tawar-menawar dan berjual-beli, lelaki gemuk itu berlalu pergi. Peniaga itu sengih menampakkan gigi sebatang gigi yang berwarna emas. Harga rantai berlian itu sebenarnya hanya 80k emas. Tak sangka lelaki gemuk itu mudah tertipu dengannya.
Tanpa disedarinya, dari jauh di dia diperhatikan oleh seseorang yang mencari mangsa yang seterusnya. Epal yang tak habis dimakan dibuang. Kejap lagi dia tak perlu makan epal yang dicuri dari kedai buah-buahan lagi. Doa menyelinap dicelah-celah orang ramai. Sampai di kedai barang perhiasan, dia berpura-pura menjatuhkan syiling gangsa. Syiling itu bergolek masuk ke dalam kedai barang perhiasan tersebut.
Pemilik kedai itu tidak perasaan kehadirannya. Perlahan-lahan dia mengambil tiga uncang emas yang diletakkan di dalam laci. Uncang 140k emas berada di dalam genggamannya. Nasib tidak menyebelahinya peniaga barang hiasan itu nampak dirinya yang memegang uncang tersebut. Mata mereka bertentangan. Dia menguntunkan senyuman manis kepada peniaga tersebut. Uncang emas itu dilambung-lambung.
"Hai!" sapanya sebelum lari menyelamatkan diri.
"Pencuri tak guna! Budak celaka! Bodoh! Bagi balik emas aku!" jerit peniaga tersebut bersama sumpah seranah.
Orang ramai hanya menjadi pemerhati dan buat hal sendiri. Pencuri itu menyelit dicelah-celah keramaian supaya sukar untuk ditangkap. Peniaga tersebut sudah keletihan untuk mengejar pencuri itu. Lari macam lipas kudung. Susap, susap dah lesap. Hatinya ralat kerana emasnya hilang dalam sekelip mata. Baru sahaja mahu merasai keuntungan berlipat ganda, sudah dikebas pencuri.
Begitulah resam hidup di situ. Menipu, ditipu, mengkhianati, dikhianati, mencuri, dan dicuri adalah satu kebiasaan bagi mereka. Undang-undang yang ada dihiraukan. Mereka fikir buat apa patuhi undang-undang sedangkan pemerintah sendiri tidak mahu mengambil tahu tentang rakyat sendiri. Tiada perbezaan hidup bagi mereka. Semuanya sama.
"Aku kaya... Aku kaya... Aku kaya... Aku kaya..." Dia menyanyi-nyanyi kecil sambil memutarkan uncang dijarinya.
"Kenapa dengan kau, hah?" tegur seorang pak cik yang mengenalinya.
"Saya kaya, pak cik!" beritahunya dengam sengihan lebar.
"Apa yang kamu dapat jadi pencuri? Kaya? Sampai ke mati tak kaya-kaya pun..." bidas pak cik tu.
"Sekarang saya dah kaya pak cik! 140k gold. Pak cik ada?" katanya sambil melambung-lambung uncang emas di dalam tangannya.
"Pffftt... Tak payah buat lawaklah. Satu perak pun kamu tak pernah ada."
"Nah! Pak cik sambut!" Dia melemparkan sekeping syiling emas kepada pak cik itu.
Pak cik tersebut sudah ternganga melihat syiling emas di dalam tangannya.
YOU ARE READING
Book 2: Aydan the Angele [✓]
FantasyBOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula...