Chapter 67: Kfalion's Words

6.8K 651 45
                                    

Tentera Lvanians yang sedang bertungkus-lumus menentang musuh dikejutkan dengan berita kematian Raja Kflon yang dibunuh oleh Necromancer. Seperti yang dijangkakan oleh Chronos, semangat tentera Lvanians mulai mengendur apabila mendapat tahu raja kesayangan mereka mangkat di medan perang sebelum mereka mengecapi kemenangan.

Berdiri sebuah rumah kerana tiangnya, berdirinya sebatang pokok kerana akarnya, tertubuh sesuatu kerajaan kerana rajanya dan teguhnya seorang raja kerana rakyatnya. Namun, seorang raja berjiwa rakyat yang diagungkan setiap rakyat sudah tiada lagi. Bagaimana rakyat mampu berdiri jika pemimpin telah pergi?

Tentera Lvanians kian pasrah nasib mereka mati di tangan Demons. Semangat juang yang berkobar-kobar mula menghilang seakan-akan meratapi pemergian Raja Kflon. Peperangan yang berlangsung tidak menunjukkan tanda-tanda kemenangan berada di pihak Lvanians. Demons lebih mendominasi keadaan, mengambil kesempatan di kala rakyat Lvanians sedang berduka.

"Tuanku! Keadaan semakin genting! Ramai tentera telah banyak terkorban. Demons semakin kuat mematahkan serangan kita. Apa yang perlu kita lakukan?" tanya salah seorang tentera yang berpangkat kesatria elit mendekati Kfalion.

Kfalion mula menyedari sesuatu. Apabila ayahandanya pergi, tanggungjawab tentang hal Sylvania berpindah pada bahunya sebagai Putera Mahkota. Jika dia berterusan begini, Sylvania akan terus diancam bahaya. Tambahan lagi, dia perlu kuat demi Nea dan kerajaannya. Dia tidak boleh terus tenggelam dalam kesedihan nasib rakyatnya terletak pada keputusannya. Kalau dia tidak bertindak, tentera Lvanians akan terus dibunuh oleh Demons.

"Arahkan tentera kita berundur ke kubu pertahanan. Di sana kita akan memikirkan strategi baru sebelum Demons datang menyerang kubu," arah Kfalion tegas.

"Titah dijunjung tuanku!" Setelah itu, kesatria elit itu menyampaikan arahan pada rakan seperjuangan yang masih bertarung dengan Lvanians.

"Nea, kita perlu kembali ke kubu."

"Tidak! Bagaimana dengan ayahanda?" Nea masih menangis.

"Father is already gone! You have to accept it."

"Tidakkah kekanda tidak bersedih?" soal Nea.

"Ya, kekanda juga sedih. Tapi ini bukan cara ayahanda mahukan kita lakukan apabila dia pergi! Jika kita terus meratapi pemergiannya, ayahanda yang berada di sana lagi sedih kerana kita telah mengabaikan amanahnya yang telah diberikan. You have to be strong, Nea..." nasihat Kfalion. Jika ikutkan hati, dia mahu hamburkan segala tangisan meratapi kehilangan ayahanda mereka. Tetapi dia perlu kuat.

Kfalion menyentuh bahu adiknya dan memusingkan badan Nea agar memandang ke arahnya. Wajah adiknya yang basah dengan air mata buat hatinya sedih. Belum pernah dia melihat Nea kerana adiknya ditatang bagai minyak yang penuh. Hal ini kerana bonda mereka telah pergi saat Nea dilahirkan. Segala kasih sayang dicurahkan pada Nea.

"Ayahanda telah pergi! Bonda juga pergi sebelum adinda mengenali suaranya!" Nea terus menangis meluahkan apa yang dia rasa. Dia tidak mempedulikan keadaan sekeliling. Demons ganas menyerang tapi mujur ada beberapa kesatria elit melindungi mereka berdua.

Kfalion mengesat air mata yang mengalir di pipi Nea. Dia tidak sanggup melihat adiknya terus menangis. Hati seorang abang tidak kuat melihat adiknya berada di dalam kesedihan mahupun kesakitan.

"Nea, listen to me. Open your eyes... Look around you. What did you see?"

Nea memanggung kepala. Matanya disajikan dengan pandangan yang mengerikan. Di mana-mana sahaja terdapat tubuh tentera Lvanians bergelimpangan di atas tanah dengan darah membasahi tanah. Tubuh mereka ada yang sempurna dan ada yang tidak.

"These soldiers have family. Like us... Their parents, their wife, their children... Are waiting for them to return home safe and sound... Their families still hope that this soldiers to come back even they know there is no chance to live in battle. Did you know how many of them lost their family in this war?"

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now