Pada permulaan citer ni ada prolog. Sudah tentu ada epilog.
♥♥♥
"Aydan... Isabelle... Jangan bergaduh di depan rezeki," nasihat Anna. Dia menggeleng perlahan apabila kedua-dua anaknya merebut sekeping sandwich. Walaupun sudah besar, si kembar tetap bergaduh seperti budak-budak.
"Aydan yang mulakan dulu. Dia dah makan sandwich tiga keping. Bagilah Anakanda makan pula," kata Isabelle. Garfu masih tidak dilepaskan dari mengambil sandwich itu.
"Kau makan jelah salad tu..." Aydan juga masih tidak mahu lepaskan sandwich kepada adik kembarnya.
"Aku tak kira... Aku nak juga sandwich tu..." Isabelle tetap bertegas.
"Alihkan garfu masing-masing," kata Eidan. Si kembar menurut sahaja kata ayahanda mereka. Sandwich yang hampir hancur itu diambil lalu diletakkan di atas pinggannya.
"Ini bahagian Isabelle..." Eidan menyuap separuh sandwich kepada Anna. "Ini bahagian Aydan..." Separuh lagi dimakan olehnya.
"Ayahanda!!!" marah si kembar tersebut serentak.
Anna dan Eidan hanya ketawa serentak apabila putera dan puteri mereka marah gara-gara hanya sekeping sandwich.
Suasana itu di meja makan berubah menjadi ruang tempat latihan si kembar berlatih senjata dan teknik mempertahankan diri. Di gelanggang itu bukan si kembar yang sedang berlatih tapi ayahanda dan bonda mereka. Si kembar menjadi penonton yang setia menjadi penyokong. Aydan di sebelah ayahandanya manakala Isabelle sebelah bondanya.
"Ayahanda! Elak! Jangan kalah ayahanda! Masaklah kita kalau kalah! Nanti kena denda masak!" kata Aydan risau.
Kerisauan Aydan akhirnya terjadi. Ayahandanya kalah sebaik sahaja pedang kayu itu patah dua. Terpaksalah mereka memasak selama seminggu untuk bonda dan Isabelle. Mesti tukang masak diraja mereka terkejut melihat putera dan raja Astland turun dapur, pakai apron.
"Yeah, bonda! The best!" Isabelle lari memeluk erat tubuh Anna.
Eidan dan Aydan termenung seketika apabila mengenangkan mereka terpaksa memasak. Sudip dan kuali pun mereka tak kenal macam mana nak memasak.
Suasana berubah sekali lagi. Kali ini bukan kenangan mereka bersama sewaktu ketika dulu tapi masa depan yang tidak mungkin berlaku. Masa depan yang memusnahkan segala harapan kerana masa lalu.
Mereka semua kelihatan sangat bahagia bersama keluarga besar. Tidak ketinggalan Rese dan Darren seperti sebahagian daripada keluarga mereka termasuklah Zen. Kebahagian mereka bertambah dengan kehadiran ahli baru yang menceriakan lagi keluarga besar mereka. Kecomelannya, keletahnya, dan tingkah laku sangat menciut hati. Kasih sayang yang tidak terhingga ditumpahkan pada ahli baru keluarga itu.
Tiba-tiba suasana jadi gelap gelita dengan angin yang kencang. Satu persatu ahli keluarganya hilang dari pandangan. Dia cuba mengejar untuk menghalang mereka pergi tetapi sudah terlambat. Kakinya tersadung sesuatu membuatkan dia jatuh terlentang ke bawah. Seseorang mendekatinya sambil memegang pedang yang berlumuran dengan darah. Amarahnya kian memuncak apabila melihat wajah yang membunuh keluarganya.
Dia bangun mahu menerkam seseorang itu tetapi perutnya terlebih dahulu ditikam oleh seseorang itu. Tubuhnya rebah ke tanah bersama darah yang mengalir keluar. Dunianya sudah gelap. Dia menutup kedua-dua kelopak mata. Air matanya mengalir keluar perlahan mengalir di pipi lalu jatuh ke tanah. Saat air matanya menitis ke tanah ia menghasilkan dentingan halus seperti air menitik pada permukaan air. Gelombang kecil terhasil apabila air menitis.
"Open your eyes, O Descendant of Light..."
Bisikan yang halus menerpa gegendang telinganya memaksa dia membuka mata. Pancaran cahaya matahari menyilaukan matanya tetapi perlahan-lahan pudar apabila sesuatu yang menghalang sinaran matahari itu. Kibasan sayap dengan bulu pelepah yang jatuh menarik perhatian untuk terus menumpukan pada sesuatu tersebut. Imejnya semakin jelas apabila ia semakin dekat. Bulu pelepah yang bersinar seperti cahaya dihiasi dengan sulaman cahaya emas jatuh ke dalam tapak tangan.
YOU ARE READING
Book 2: Aydan the Angele [✓]
FantasíaBOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula...