Chapter 24: The Precious Tears

11.4K 903 137
                                    

Satu suara yang lembut menegurnya. Mereka nampak seorang wanita memakai gaun berwarna putih melangkah ke arah mereka. Wajahnya tidak kelihatan kerana terlindung oleh bayang-bayang pokok yang berada di taman itu. Mereka cuba mengamati wajah wanita itu tetapi tidak boleh kerana bayang-bayang pokok.

"What bussiness you two have here?" kata wanita itu.

"First, we're sorry because enter without your permission," ujar Isabelle.

"Sebenarnya cik kami nak cari bonda kami. Kami nak jumpa dia," celah Aydan berterus-terang.

"Hish, kau ni..."

"Apa? Aku cakap benda betul, kan?" kata Aydan dengan wajah tak bersalah.

Isabelle hanya mendiamkan diri. Dia memerhati wanita yang sedang berdiri dihadapan mereka. Hatinya berbisik sesuatu dan menyuruhnya melangkah mendekati wanita tersebut. Langkah diatur. Aydan hanya memerhati gelagat adik kembarnya dengan wajah yang keliru.

Langkah demi langkah diatur buat hatinya makin berdebar-debar untuk melihat wajah wanita itu. Tiba-tiba langkahnya berhenti. Mata mereka bertentangan. Isabelle menyambung langkah kembali mendekati wanita itu yang sedang tersenyum manis kepadanya. Kini, dia betul-betul berada di hadapan wanita.

"I know it," gumamnya perlahan.

"You're so beautiful, young lady," puji wanita itu.

"Yes... I inherit your beauty."

"You're like your father."

"No... I'm not," nafi Isabelle. Dia terus memeluk erat wanita tersebut. Rambutnya terasa dibelai.

"Weh, Belle! Kau buat apa tu?" tanya Aydan.

"I miss you so much," ucap Isabelle bersama esakan halus.

"Belle, oi! Kenapa kau menangis?" tanya Aydan yang masih tak tahu apa-apa.

"I miss you... I miss you so much, mother," ucap Isabelle bersama esakan. Dia menangis dalam pelukan si ibu tanpa mempedulikan Aydan.

Manakala Aydan kaku sebentar apabila mendengar kata-kata Isabelle. Dia berjalan hanya beberapa langkah kemudian berhenti. Wajah wanita itu jelas kelihatan. Mereka hanya berjarak tiga langkah sahaja. Mata mereka bertentangan untuk seketika apabila Aydan mengalih pandangan ke arah lain. Dia hanya berdiri di situ dan memerhati.

Tiba-tiba rasa marah meluap-luap di dada. Peristiwa mereka ditinggalkan oleh bonda sendiri kembali mengasak mindanya. Dirinya dikuasai perasaan marah. Aydan melangkah menuju ke arah mereka. Tangan Isabelle ditarik tetapi adik kembarnya merentap tangannya supaya terlepas dari genggaman Aydan.

"Jom, kita balik!" kata Aydan dengan nada dingin.

"Kau kata nak jumpa bonda."

"Dah jumpa kan? Jom, kita balik!" tegas Aydan.

"Kenapa dengan kau ni? Tadi kau beria-ria nak jumpa bonda. Sekarang, bila bonda berada di hadapan mata kau tak nak jumpa pulak!"

"Kita balik sekarang!" Suara Aydan kian meninggi.

"No! Aku tak nak!" bantah Isabelle.

"Kenapa kau degil sangat?" marah Aydan.

"Aku atau kau yang degil sekarang ni?"

"Dah! Aku tak nak bergaduh dengan kau! Jom, kita balik sekarang!" Aydan mahu menarik tangan adik kembarnya itu tetapi dilarikan oleh Isabelle.

"Aku tak nak! Aku nak berada kat sini dengan bonda!" bantah Isabelle sekeras hati.

"Isabelle... Ay..."

"You don't deserve to say my name!" marah Aydan sebelum namanya disebut penuh.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now