Akademi Seraglio merupakan tempat belajar bagi semua kanak-kanak yang berada di Sylvania tidak kira pangkat atau darjat sesebuah keluarga. Pelajaran diberikan percuma kepada semua kanak-kanak Sylvania. Sejak 18 tahun yang lalu, akademi ini telah mengalami perubahan besar dari segi peraturannya.
Jika dulu Lvanians yang berumur 14 ke atas dibenarkan mengikuti pelajaran di sini dan mengutamakan anak golongan bangsawan. Tetapi, kini tidak lagi. Mereka membuka peluang kepada kanak-kanak yang berumur 10 tahun belajar di akademi di peringkat Underlevel atau preschool selama dua tahun. Setelah itu, mereka akan mengikut pelajaran di grade 5 sehingga grade 1 mengikut level yang telah ditetapkan. Seawal umur 20 tahun, mereka akan tamat belajar di akademi.
"Aku ingatkan nak bersara la, Lordes," luah Pengetua Erald.
"Kenapa pula?"
"Aku ni dah tua."
"Kau seorang sahaja yang tua, bukan aku," pintas Prof. Lordes.
"Yelah... Aku sorang je yang tua. Kau tu masih gagah lagi. Aku dah tak larat nak uruskan akademi ni."
"Betul juga apa yang kau cakap. Aku pun nak bersara juga. Dah lama aku mengajar kat sini. Pelajar kat sini bukan suka sangat bila cikgu tua yang mengajar. Mereka lebih suka yang hensem, cantik..."
"Itulah pasal... Pengetua yang cantik dan hensem baru mereka dengar. Biarkan orang muda ambil alih. Bagi nafas baru dalam akademi ni. Bagaimana pendapat kau?"
"Bagus juga idea kau. Orang lama uruskan akademi, cara yang diguna lama guna. Kalau orang muda, caranya pun muda dan baru. Siapa calon yang nak ganti kau tu?" tanya Prof. Lordes.
"Ada tiga calon. Kyrell dan Hyrez.Mereka berdua masih belajar lagi. Lagi setahun baru tamat. Lama sangat nak menunggu mereka," beritahu Pengetua Erald.
"Seorang lagi siapa?"
"Emelle, anak Andrew tu."
Buk!
Bunyi sesuatu yang jatuh membantutkan perbualan antara Prof. Lorder dan Pengetua Erald. Berkerut dahi mereka apabila tiba-tiba ada bunyi jatuh sedangkan jendela dibiarkan tutup. Pasu kecil yang ada tepi tidak jatuh. Kekal di tempatnya.
"Benda apa yang jatuh tu?" tanya Prof. Lordes.
"Entahlah."
"Aku rasa bunyi ke arah sofa tu."
Pengetua Erald bangun dari kerusi. Kakinya melangkah mendekati sofa. Apabila sampai disofa, punca bunyi jatuh sudah dijumpai. Seorang remaja lelaki sedang duduk tercongok sambil menggosokkan kepalanya yang sakit terkena lantai akibat jatuh dari sofa. Nak marah tiada guna lagi. Remaja itu bukan ada telinga. Makin dilarang makin dibuat.
"Apa, Erald?" tanya Prof. Lordes.
"Budak ni, haa..." Pengetua Erald kembali duduk di kerusinya. Tangannya diletakkan di atas meja kerja.
"Hai, Prof! Lama tak jumpa."
"Memang lama pun tak jumpa. Dua bulan kamu tak masuk kelas, kamu pergi mana?"
"Tidur," kata Aydan sambil tersengih. Dia duduk di kerusi sebelah Prof. Lordes bagai tiada rasa bersalah. Pen di atas meja diambil dan dipusing di celah jari.
"Apalah nak jadi dengan kamu ni Aydan? Langsung tak menurun dari ayahanda kamu," keluh
Prof. Lordes. Berbanding dengan anak, ayahnya lebih rajin belajar."Memanglah tak sama, Prof. Tengok rambut pun lain warna," balas Aydan.
"Ye, tak sama. Tapi sama dengan bonda kamu."
Aydan buat tak tahu apabila menyebut tentang bondanya. Pengetua Erald dan Prof Lordes la bertanggungjawab yang menyembunyikan identitinya sebagai Aydan de la Ralynne.
YOU ARE READING
Book 2: Aydan the Angele [✓]
FantasyBOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula...