ISABELLE termenung di balkoni biliknya. Angin malam yang bertiup lembut menyebabkan rambutnya yang berwarna perak beralun lembut mengikut tiupan angin. Suasana malam yang dihiasi dengan kerlipan bintang pelbagai warna, kunang-kunang malam yang berwarna biru muda mengindahkan lagi suasana malam.
"I want to be like mother and father! Fighting with monsters and Demons! Can I?" tanya Isabelle yang baru berusia empat tahun.
"Yes, you can, my dear," balas bondanya bersama senyuman.
"Thats not cool... I want to be a hero like Silent Knight. Can I?" tanya Aydan pula.
"Yes, you are, my dear... You can be anyone, anything but don't forget one thing. Aydan and Isabelle have to take care of each other. Loving each other no matter what happened. Can you?"
"Of course we are. Aydan is a good brother," kata Aydan sambil menarik rambut adik kembarnya.
"Mother!!! Aydan pull my hair!!!" jerit Isabelle. Dia terus balas kelakuan abangnya. Mereka terus bergomol sambil menarik rambut masing-masing. Seorang pun tak nak mengaku kalah.
"Kids! I'm home!"
Si kembar berhenti bergaduh apabila mendengar suara yang mereka sangat kenali. Mereka terus berlari keluar dari bilik bermain dan meluru ke pintu masuk istana. Aydan yang ketinggalan ke belakang memuncung apabila melihat Isabelle dalam dukungan ayahandanya.
"Let me lift you up!" Badan Aydan diangkat oleh bondanya. Hidung mancungnya dicuit oleh bondanya untuk mengembalikan senyumannya.
"Aydan... If you want to be a hero, you no need to be a hero. Now, smile, my dear."
"What wrong with tight face, Aydan?" tanya ayahandanya yang mendukung Isabelle.
"Biasalah... Selalu kalah dengan adik kembarnya."
"Aydan, Ayahanda ada hadiah untuk Aydan. Suka?" pujuk ayahandanya sambil menggosok kepala Aydan.
"I want it too, father," sampuk Isabelle.
"Kamu berdua dapat hadiah, suka tak?"
"Yeah!!" jerit Aydan dan Isabelle dengan gembira.
Kenangan lama menerjah mindanya. Dari dulu sampai sekarang ayahanda dan bondanya selalu mendahulukan abang kembarnya. Mereka lebih sayangkan Aydan berbanding dirinya. Cemburu tetap ada. Lama-kelamaan dia faham. Dia tahu mereka lebih menumpukan pada Aydan kerana abang kembarnya selalu jatuh sakit pada waktu kecil kerana sukar untuk hidup tanpa kuasa.
Bunyi sesuatu yang jatuh di balkoni mematikan lamunannya. Satu batang kayu yang diikat dengan tali disangkut pada tiang balkoni. Dia menjengukkan kepala ke bawah. Seorang lelaki seusianya sedang memanjat naik ke balkoni menggunakan tali. Dia menarik tangan lelaki itu apabila sampai di balkoni.
"Phew... Susah gila nak panjat naik. Terima kasih sebab menolong abangmu ini," kata Aydan sambil mengusutkan rambut adik kembarnya.
"Kau buat apa kat sini? Kalau orang tahu, mati aku. Dah keluar," kata Isabelle sambil menolak badan Aydan.
"Hish, kau ni... Sampai hati kau halau kembar sendiri. Kau tak kesiankan aku ke?" Aydan tayang muka sedih.
"Buat apa aku kesiankan kau? Kau sedikit pun tak kesiankan ayahanda. Menyusahkan ayahanda dengan perangai kau yang entah apa-apa," bidas Isabelle.
"Mana ada... Aku anak yang baik tak pernah buat salah."
"Ye ke? Kalau kau anak ayahanda, kau mesti ikut cakap ayahanda."
"Habis tu kau nak cakap yang aku ni anak hantu?"
"Kau yang cakap bukan aku."
"Nak merajuklah aku dengan kau. Ingat datang sini boleh jumpa adik tapi adik sendiri halau. Sedih... Aku turun ni," kata Aydan dengan muka sedih. Dia berpura-pura mahu turun dari balkoni tapi sikit pun Isabelle tak kisah.
YOU ARE READING
Book 2: Aydan the Angele [✓]
FantasyBOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula...