Chapter 2: Free-spirit

14.5K 1K 58
                                    

Potret yang dilukis semasa anak-anaknya ketika berusia empat tahun direnung. Ketika itu, isterinya tidak lagi meninggalkan dirinya. Potret terakhir bersama Annabella. Sudah 13 tahun Annabella pergi meninggalkan diri dan anak-anak mereka. Rasa sedih masih tidak berkurang dari hatinya.

"I miss you so much, Anna..."

Tok! Tok! Tok!

Ketukan pintu mematikan lamunan Eidan yang asyik menatap wajah Annabella. "Masuk!"

Seorang lelaki dewasa berpakaian pengawal diraja masuk. Badan dibongkokkan sedikit sebagai tanda hormat kepada Aydan. "Lord Zennith dan Putera Aydan sudah sampai, Tuanku," beritahunya.

"Suruh mereka masuk..."

Setelah itu, Zen dan Aydan masuk ke dalam bilik bacaannya. Wajah anaknya yang jelas menunjukkan tidak suka apabila berhadapan dengannya. Aydan tidak mempedulikan pandangan ayahandanya. Dia terus menghempaskan badan pada sofa. Kakinya disilangkan di atas meja. Buah anggur dimasukkan ke dalam mulutnya.

Zen ketap gigi melihat kelakuan Aydan. Tiada ciri-ciri seorang putera langsung. Telinga Aydan ditarik memaksa anak muda itu bangun.

"Aduh! Aduh! Sakitlah, Uncle Zen! Apasal tarik telinga Aydan pula?" jerit Aydan kesakitan.

"Bangun!" kata Zen dengan geram. Makin lama makin teruk perangai saudaranya itu. Ayahanda sendiri tak ditegur.

"Ye! Ye! Ye! Nak bangunlah ni!" kata Aydan. Disebabkan Zen tidak lepas menarik telinga, terpaksa dia bangun.

"Have respect to your father."

"Oh, hai!" tegur Aydan dengan acuh tak acuh. Cara teguran seperti menegur rakan di kedai makan.

"Buat betul-betul!" Zen tarik kuat lagi telinga remaja itu.

"Aduh! Sakitlah! Tercabut telinga Aydan siapa nak ganti rugi?"

"Biar tercabut. Ada telinga bukan nak dengar cakap orang!" marah Zen.

"Sudahlah, Zen. Biarkan dia." Eidan bersuara setelah melihat gelagat anaknya. Makin ditegah makin dibuat. Kalau dia yang bagi nasihat, Aydan takkan dengar. Anaknya itu hanya dengar cakap Zen sahaja. Mujur ada Zen yang tolong nasihatkan Aydan. Setidak-tidaknya Aydan mahu dengar cakap orang lain walaupun bukan dirinya.

Zen melepaskan telinga Aydan. Akur dengan arahan Eidan.

"Kenapa lambat, Zen?" tanya Eidan.

"Macam biasa dia larikan diri lagi. Tapi kali ni dia lari dengan Ethion susah nak kejar," balas Zen. Dia jeling Aydan yang kembali duduk di sofa sambil menyilangkan kaki di atas meja.

Setiap kali dijemput pulang ke istana, mesti Aydan akan melakukan apa sahaja untuk melarikan diri. Walaupun tiada kuasa magik, Aydan berjaya melepaskan diri darinya. Sungguh licik! Tapi dia sudah lali dengan taktik Aydan jadi senang dia nak perangkap. Tadi tu nasib baik dia bawa pengawal istana untuk perangkap Aydan.

"Ethion? Di mana anakanda menjumpainya?" tanya Eidan tetapi tidak dibalas oleh anaknya.

Kuk!

Zen ketuk kepala Aydan dengan senjatanya. Mengadu kesakitan remaja tersebut.

"Kat belakang akademi."

"Ponteng lagi?"

Aydan buat muka tak bersalah. Masalah ponteng kelas sudah tidak menjadi isu baginya. Hari-hari dia tak pergi kelas. Ayahandanya patut tahu yang dia sudah tak minat belajar.

"Takdelah! Selepas kelas, Aydan selalu luangkan masa di belakang akademi. Masa tu agaknya jumpa Ethion," dalih Zen.

"Tak payah nak pertahankan dia, Zen... Saya tahu dia tak pergi kelas hari ni. Ayahanda maafkan anakanda kali ni tapi..."

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now