Chapter 59: Rese's Decision

7.7K 645 60
                                    

Satu persidangan di antara raja-raja negara Sylvania akan diadakan bersama Majlis Perwakilan Sylvania. Persidangan diraja ini bertujuan untuk membincangkan tentang hal dunia Sylvania yang berada dalam bahaya termasuk tentang rancangan Chronos.

"Belle, kau masuk," arah Aydan sambil menunjuk pintu dewan persidangan yang akan berlangsung.

"Kenapa pulak aku? Ayahanda suruh kau yang masuk."

"Aku atau kau yang sertai persidangan tu sama je. Tak ada beza. Kitakan kembar. Lagipun, kau tahu banyak perkara dari aku."

"Aku tetap tak nak! Walaupun kita kembar, ini urusan kau bukan aku. Tanggungjawab kau," balas Isabelle.

"Aku kata kau yang masuk!"

"Aku tak nak!"

Aydan dan Isabelle mula bergaduh sehingga tolak-menolak antara mereka berdua. Orang yang lalu-lalang menoleh ke arah mereka setiap kali lalu berdekatan di situ. Kelakuan mereka diperhatikan oleh Eidan yang sedang bercakap dengan Karyle, Raja Serpland. Dia menggeleng perlahan melihat perangai anak-anaknya.

"They never change," kata Karyle yang melihat gelagat anak sahabatnya.

"I hope they change but sometimes I hope they remain same," balas Eidan

"Children grow up so fast."

Eidan dan Karyle mendekati si kembar itu. Sepasang adik beradik tersebut terus berhenti bergaduh apabila melihat ayahanda mereka melihat kelakuan mereka yang tidak sopan. Masing-masing mengukir sengihan lebar tanda mereka rasa bersalah apabila melihat wajah serius Eidan tapi hari-hari ayahanda mereka serius. Apa nak takut?

"Hai, Uncle Karyle!" sapa si kembar serentak.

"Hai," sapa Karyle bersama senyuman.

"Aydan, ikut ayahanda masuk ke dalam dewan. Isabelle boleh kembali ke akademi," kata Eidan.

"Kan aku dah cakap," kata Isabelle sebelum menghilangkan diri saat Aydan mahu menarik rambutnya.

Aydan dengan paksa rela masuk ke dalam dewan persidangan yang dihadiri oleh Majlis Perwakilan dan raja-raja negara Sylvania. Dia duduk di sebelah ayahandanya. Kalau dia duduk jauh dari orang, pasti senang nak larikan diri. Masalahnya disebelahnya Eidan sudah pasti dia sukar untuk melepaskan diri. Sepertinya ayahandanya tahu yang dia akan curi-curi keluar dari persidangan tanpa pengetahuan orang lain.

Majlis persidangan bermula. Isu yang berlaku di Sylvania dibincangkan dengan rancak untuk menyelesaikannya. Setiap raja bersuara mengatakan masalah yang dihadapi di negara masing-masing angkara fenomena aneh yang terjadi di Sylvania. Mereka perlu menjari jalan penyelesaian kerana setiap negara mengalami masalah yang sama.

Perbincangan yang berlangsung tidak dihiraukan oleh Aydan. Sudah banyak kali dia menguap kerana terlalu bosan. Masalah yang diutarakan oleh setiap raja telah diketahui olehnya terlebih dahulu malah dia sendiri ada bagitahu ayahandanya tentang isu itu. Apa yang boleh buat untuk menghilangkan bosannya adalah melipat kerja jadi origami. Macam-macam bentuk Demon dia buat dengan origami.

"Kreatif jugak aku sebenarnya," kata Aydan dengan perlahan. Origami yang berbentuk Demon pelbagai saiz dan jenis dibuat. Boleh buat koleksi!

Aydan khusyuk dengan origaminya. Dia sangat kagum dengan hasil tangannya yang kreatif. Baru sekarang dia tahu yang dia sangat berbakat. Ya! Berbakat dalam buat origami. Ini rupanya kebolehan aku.

"Masalah yang berlaku di Sylvania angkara Nemesis. Dia telah memulakan rancangan untuk menakluk Sylvania sekali lagi." Eidan bersuara.

"Apa buktinya?" tanya Lord Brandon, Ahli Majlis Perwakilan.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now