Chapter 69: Red Moon Eclipse

7.3K 598 63
                                    

Cermin hitam yang menunjukkan keadaan medan perang hancur berkecai menjadi serpihan apabila melihat Demons berjaya dihapuslan dalam sekelip mata. Aura hitam milik Chronos semakin membara kerana marah apabila rancangannya menakluk bandar diraja sebelum tengah malam gagal. Giginya diketap geram kerana kegagalan itu. Jika berterusan begini impian mahu menakluk dunia akan musnah!

Tiba-tiba bilik singgahsana sana dipancari cahaya bulan. Sepasang sayap hitam di belakang melebar. Dia terbang ke luar balkoni bilik singgahsana tersebut. Cahaya bulan semakin terang apabila berada di balkoni. Malam ini merupakan malam bulan purnama penuh dengan sempurna. Ini bermakna malam ini juga berlaku gerhana bulan merah. Warna bulan akan bertukar menjadi warna merah darah.

Dia pernah saksikan bulan gerhana merah sekali ketika itu di Kayangan saat dia mahu menumpaskan Raja Dewa. Bulan dan bangsa kayangan sangat berkait rapat. Ia merupakan simbol kepada kewujudan bangsa kayangan. Bulan itu berubah merah kerana banyak bangsa kayangan yang mati ketika itu angkara dia. Sejak kejadian itu, bulan itu akan berubah merah jika bangsa kayangan mati. Kejadian gerhana ini tidak tetap mengikut kematian bangsa kayangan.

Pada malam ini, dia akan saksikan kejadian aneh itu berlaku. Senyuman semakin melebar diwajah. Perlahan-lahan berubah menjadi ketawa.

"Mungkin keturunan asal bangsa kayangan akan mati pada malam ini! Hahaha," ketawa Chronos.

Dia mungkin kehilangan tentera Demons tapi dia ada sesuatu yang lebih dahsyat dari itu. Keres! Bonekanya itu akan bangkit saat gerhana bulan merah apabila Sacred Blood dititiskan atas medan magik hitam. Medab magik yang boleh membangkitkan makluk yang mati kembali semula.

"Nemesis! Prepare for the ritual... To welcome Keres! Let him throw revenge on Lvanians. Destroy everything. Then, i will rule this world! Hahahaha!!!"

Nemesis hanya menurut kata-kata Chronos. Dia tidak mampu melawan kata-kata Dewa itu. Jika dia melawan, Chronos akan bunuh dia sekali lagi. Dia tidak boleh mati sehingga mengetahui sama ada anaknya telah mati atau tidak. Nalurinya sebagai seorang bapa mengatakan anaknya masih hidup malah sangat dekatnya.

TENTERA Lvanians yang terselamat beransur-ansur kembali ke kubu. Walaupun perang telah tamat dan Demons telah dihapuskan tidak bermakna mereka telah menang. Mereka perlu menjaga keselamatan kubu pertahanan pula. Kejahatan akan sentiasa mencari jalan menghancurkan Sylvania. Bila-bila masa Chronos akan melancarkan serangannya. Jika mereka lalai, nasib penduduk Sylvania akan berubah.

"Rese, jom kita pergi sekarang!" gesa Aydan. Dia sudah tidak mempunyai banyak masa untuk menghalang rancangan Chronos membangkitkan Keres.

"Kau mahu pergi ke mana?" tanya Isabelle risau.

"Aku perlu pergi ke istana Wasteland menghalang Nemesis bangkitkan Keres sebelum gerhana bulan merah berlaku," beritahu Aydan.

"Biar kami semua tolong kau," kata Kyrell.

"Kalau aku memang nak korang semua tolong aku, tolong pastikan semua penduduk Sylvania berlindung di tempat yang paling selamat," balas Aydan. Dia memandang ke arah Emelle yang masih berada bersama mereka.

"Emelle, kau jaga Isabelle baik-baik. Tapi... Kau jangan cuba ambil kesempatan pulak. Kalau aku tahu, siap kau!" ugut Aydan serius.

Dia melangkah mendekati Rese yang sudah bertukar menjadi burung helang gergasi. Aydan memanjat naik ke atas badan helang gergasi itu. Sang helang itu membuka sayapnya lalu terbang di udara menuju ke selatan di mana istana Wasteland terletak. Dari atas udara, Aydan dapat melihat dengan jelas yang bulan sudah separuh hitam. Setelah beberapa minit di udara, mereka semakin hampir ke istana Wasteland.

Dari atas udara mereka nampak seorang berpakaian jubah hitam dan berkerudung hitam di atas menara istana yang terbuka. Tanpa melengahkan masa, Rese terbang ke arah menara tersebut lalu mendarat di situ.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now