Chapter 40: Aydan's Wrath

10.3K 789 46
                                    

"Ibu awak mana? Kami tak pernah nampak ibu awak. Mesti awak takde ibu. Ibu dan ayah cakap bila orang takde ibu mesti anak yatim. Kesian kat awak. Blerkk!" ejek seorang budak lelaki berusia sepuluh tahun dan rakannya yang lain.

"Memanglah saya takde ibu. Saya ada bonda! Saya ada ayahanda! Saya ada kekanda!" jerit Isabelle yang juga berusia sepuluh tahun.

"Samalah tu. Bonda dan ibu sama. Bonda awak takde mesti bonda awak tak sayang awak. Ayahanda awak pun tak sayang awak!"

"Tak! Bonda sayang saya! Ayahanda sayang saya!" Air mata Isabelle mula bergenang ditubir mata.

"Mengaku jelah. Bonda dan ayahanda awak tak sayang awak. Kami tak pernah nampak bonda. Ayahanda awak datang sini pun masa pertama kali awak kat sini. Eee... Kesiannya dia... Takde orang sayang," ejek sekumpulan kanak-kanak.

"Tak!"

"Orang tak sayang dia."

"Takde orang sayang dia."

"Kesiannya dia."

Air mata Isabelle mula membasahi pipi. Semua orang sayang dia. Bonda, ayahanda, Nenda Alyana... Semua orang sayang dia. Dia mengetap gigi geram apabila sekumpulan kanak-kanak tersebut menipunya. Isabelle bertindak menolak badan salah seorang budak lelaki yang mengejeknya tadi sehingga terjatuh. Muka budak lelaki itu ditumbuh dengan menggunakan tangannya yang kecil. Dia takkan memaafkan mereka yang menuduh bonda dan ayahanda tak sayang dirinya. Bonda dan ayahandanya selalu cakap yang mereka sayangkan dirinya.

"Awak tolak dan pukul saya! Kawan-kawan! Kita tolak dan pukul dia jugak!"

Isabelle terjatuh di atas lantai apabila dirinya ditolak kasar oleh sekumpulan kanak-kanak yang seusianya. Dia tidak mampu melindungi dirinya apabila dipukul oleh kanak-kanak tersebut. Kebolehan berlawan yang dia belajar tidak digunakan kerana bondanya telah pesan tidak boleh gunakannya sehingga dia dewasa. Air mata mengalir membasahi wajahnya yang putih mulus. Aydan, selamatkan Belle. Belle takut... desis Isabelle. Air matanya setia mengalir di pipi.

"Apa yang kamu semua buat ni?" tegur satu suara.

Kumpulan kanak-kanak yang buli Isabelle berhenti daripada tindakan mereka. Air muka mereka kelihatan sangat takut akan kehadiran orang tersebut. Mereka kelihatan ketakutan dan mula menggigil.

"Heroic Knight pertama... Lari semua!!!" Kanak-kanak tersebut melarikan diri apabila melihat salah seorang ahli The Circle of Heroic Knight.

"Kamu tak apa-apa?" tanya Emelle yang berusia 14 tahun ketika itu. "Eh? Isabelle?"

Dia agak terkejut apabila menyedari sepupunya sendiri dibuli oleh kanak-kanak nakal yang belajar di akademi. Dia berada di kawasan Underlevel hanya kebetulan kerana ada perkara yang perlu dilakukan atas arahan Pengetua Erald. Kebetulan dia lalu di situ terlihat sekumpulan budak membuli seseorang. Tak menyangka orang yang dibuli sepupunya sendiri.

"Dah... Jangan nangis. Kamu selamat, Isabelle." Emelle cuba memenangkan Isabelle yang masih lagi menangis.

"Betul ke bonda tak sayangkan, Isabelle? Betul ke ayahanda tak sayang Isabelle?" tanya Isabelle dengan nada teresak-esak.

"Siapa cakap macam tu?"

"Mereka."

"Mereka hanya bergurau je. Bonda dan ayahanda Isabelle sangat sayangkan Isabelle. Ingat tak apa yang bonda cakap dulu?"

"Bonda sayang Isabelle dan Aydan."

"Ya... Dah! Jangan nangis lagi. Gadis yang menangis tak cantik. Nanti takde siapa yang nak," usik Emelle.

"Mana ada Isabelle menangis!" Isabelle menggelembungkan pipinya tanda merajuk.

"Why you are so cute?" Emelle mencubit pipi tembam Isabelle.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now