Aydan sudah ternganga apabila melihat bonda dan ayahanda sedang bertarung antara satu sama lain. Dia ingatkan ibu bapanya akan melepaskan rindu dengan berpelukan tapi lain pula yang disangka. Dah melebihi bayangannya. Bonda dan ayahanda dah tak cintakan antara satu sama lain ke sebab tu mereka bertarung? Mereka berdua saling membenci ke? Oh, tidaaaakkkk!!! Pelbagai andaian negatif bermain di fikirannya.
Buk!
"Aduh! Apasal aku pukul aku?" adu Aydan apabila bahunya terasa sengal dipukul oleh Isabelle. Tangan je kecik tapi penangannya boleh biru badan.
"Aku tahu apa yang kau fikirkan. Jadi, hentikan fikiran negatif kau tu."
"Salah ke? Sepatutnya tak jadi macam ni!"
"Kau tengok tu." Isabelle tolak kepala Aydan melihat perlawanan bonda dan ayahanda mereka.
Kali terakhir dia tengok ibu bapa mereka bertarung semasa umur 4 tahun. Mereka dapat melihatnya sekali lagi setelah 13 tahun berlalu pada hari pertama bersatu.
Pertarungan Annabella dan Eidan masih sengit seperti dulu. Tidak dapat meneka siapa akan menang. Kedua-duanya hebat bertarung dan pandai bermain helah. Bunyi lagaan pedang menggamit memori lama. Pedang yang sama mereka bertarung. Tempat yang sama mereka berlawan malah orang yang sama menyaksikannya.
Kedua-duanya nampak agak letih tapi tak menjejaskan rentak perlawanan mereka masih rancak seperti dulu. Mungkin disebabkan faktor usia mereka mudah penat tidak sekuat san segagah dulu.
Annabella mengetap gigi apabila Eidan menyerangnya tidak henti. Balas dendam ke? Oleh itu, dia klonkan pedang tersebut menjadi dua supaya dapat menangkis serangan Eidan. Tiba giliran dia pula menyerang. Pergerakannya agak pantas tapi Eidan tetap mampu bertahan dan mengelak.
"Always same trick."
"Just like you."
Pedang yang diklonkan hilang apabila tidak berjaya mengalahkan Eidan. Mereka kembali menyerang antara satu sama lain. Tapi ada senyuman terukir dibibir masing-masing walaupun sedang berlawan.
"Dah, dah... Masuk bilik tidur," tegur satu suara yang dari tadi turut berada di situ.
"Kejaplah Uncle Zen. Nak tengok bonda dan ayahanda bertarung. Bukan senang boleh tengok," ujar Aydan yang asyik melihat perlawanan tersebut.
"Dah tengok, kan? Boleh masuk bilik sekarang. Kamu berdua belum mandi lagi. Pergi bersihkan badan lepas tu tidur," arah Zen lagi.
"Kami bukan budak kecik lagi la, uncle," rungut Aydan.
"Sebab bukan budak lagi sampai sekarang uncle kena jaga kamu berdua. Dah habis!"
Zen paut lengan kanan Aydan manakala Isabelle paut lengan kiri Aydan. Mereka menarik Aydan supaya pergi dari situ. Aydan pula hanya pasrah apabila dia diheret seperti itu walaupun dia belum puas tengok pertarungan bonda dan ayahandanya.
Masing-masing penat bertarung. Peluh membasahi dahi. Nafas mereka pula kencang kerana terlalu letih. Pedang yang berada di dalam genggaman Anna terlepas. Pandangannya ditundukkan ke lantai. Tidak sanggup bertentang mata dengan Eidan atas apa yang dilakukan.
Klang!!
Pedang ditangan Eidan juga jatuh di atas lantai. Dia melangkah mendekati Annabella. Tubuh Annabella ditarik dalam pelukannya untuk melepaskan rindu yang menggunung di dalam jiwa. Annabella membalas pelukan. Wajahnya disembamkan pada dada Eidan. Air mata jatuh membasahi pipinya dan baju Eidan. Esakan halus Annabella kedengaran.
"I'm sorry," ujar Annabella bersama tangisan.
"I'm sorry, Eidan. I'm sorry..." Esakan Annabella makin kuat.
YOU ARE READING
Book 2: Aydan the Angele [✓]
FantasyBOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula...