Ketukan pintu mengejutkan Darwin yang sedang termenung di tepi jendela biliknya. Dia bangun berdiri apabila melihat Permaisuri Kerajaan Astland melangkah masui ke dalam bilik yang sudah dua bulan dihuninya. Ini bermakna tiga bulan juga dia bebas dari hamba Demon. Badannya dibongkokkan sedikit sebagai tanda hormat pada Anna.
"Maaf mengganggu kamu," kata Anna memulakan bicara.
"Tuanku tidak mengganggu pun."
"Boleh saya tanya kamu?"
"Silakan, Tuanku."
"Bagaimana kamu boleh berada di dunia ni?" tanya Anna. Soalan yang sudah lama dia ingin bertanya akhirnya diluahkan juga.
Darwin menunduk. Dia tidak mampu memberi jawapan pada soalan yang diajukan kepadanya. Jika dia beritahu perkara yang sebenar, sesuatu akan terjadi yang boleh merubah dunia ini. Apa yang dia patut lakukan? Penipuannya sudah lama dikesan oleh Anna tetapi Anna hanya mendiamkan diri.
"Tuanku sudah tahu. Kenapa Tuanku tanya lagi?" soal Darwin kembali.
"Sebab saya nak tahu apa yang akan terjadi. Dari awal lagi kamu sudah tahu apa yang terjadi. Kenapa kamu mendiamkan diri?"
"It's will change everything that have set for Aryan."
"Siapa Aryan?"
"Seorang yang bakal mengubah Sylvania menjadi lebih baik dari sebelum ini. Satu-satunya pemerintah yang akan menjadi sebutan rakyatnya walaupun zamannya telah berakhir. Satu generasi yang membentuk generasi baru."
"Begitu rupanya... Jadi, kamu berpura-pura tidak tahu sebelum ini kerana tidak mahu masa depan berubah?"
"Patik hanya utusan dari dia."
"Bila kamu akan pergi?"
"Sehingga Aydan jadi dirinya yang sebenar. Tapi patik tidak mampu membantu anakanda Tuanku. Kehadiran patik di sini hanya sebagai pemerhati agar tidak berlaku sebarang perubahan demi masa depan."
"Maaf mengganggu, Tuanku," celah seorang pengawal istana.
"Kenapa?"
"Lord Zennith sudah kembali. Dia bersama Raja Eidan di bilik mesyuarat malah Putera Emelle juga ada bersama. Mereka sedang menanti Tuanku," lapor pengawal istana tersebut.
"Gembira dapat berbual dengan kamu," ujar Anna sebelum melangkah keluar dari bilik Darwin.
Anna melangkah keluar dari bilik Darwin dengan segera untuk mengetahui laporan yang akan disampaikan oleh Zen berdasarkan misi yang dijalankan. Dia menuju ke bilik mesyuarat di mana Eidan, Zen dan Emelle sedang menantinya. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Kerusi kosong yang berada di sebelah Eidan didudukinya.
"Apa yang terjadi?" tanya Anna."Sejak Aydan pergi ke Lotus Terania, hampir semua kawasan yang menjadi sempadan ke Wasteland berubah. Tumbuh-tumbuhan jadi layu dan mati. Tanah jadi merekah kerana air sungai semakin cetek. Penanaman untuk bekalan makanan di kawasan sempadan Wasteland yang dijalankan musnah," kata Zen.
"Kamu sudah siasat puncanya?" tanya Eidan.
"Sudah. Tapi tiada puncanya."
"Saya mendapat aduan dari penduduk kampung yang mereka tidak lagi diserang oleh Demon," ujar Emelle yang mendiamkan diri dari tadi.
"Anehnya, satu fenomena pelik berlaku di Wasteland," kata Zen.
"Apa?" tanya Anna yang ingin tahu.
"Awan hitam muncul di Wasteland malah mula meliputi ke kawasan kerajaan yang lain."
"Kamu siasat lagi tentang awan hitam itu. Laporan yang kamu dapat ini hantar ke Unit Pertahanan Bandar Diraja Sylvania pada hari inu. Raja Kflon perlu tahu perkara ini secepat yang mungkin," arah Eidan.
YOU ARE READING
Book 2: Aydan the Angele [✓]
FantasyBOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula...