Special Episode: Aydan is Fasting

8.6K 602 60
                                    

Grokk!!! Grokk!!!

Lyon dan Exzer terus menarik pedang yang tersisip di pinggang. Mereka mula berada di dalam posisi menyerang jika musuh menyerang hendap.

"Aku ingat dalam istana selamat dari serangan Demon. Rupanya ada... Jaga-jaga Lyon nanti kau kena baham," kata Exzer.

"Dari segi bunyi ngaumannya, aku yakin ni makhluk setan yang kuat," kata Lyon.

"Kau ni dah kenapa?" tanya Aydan yang melihat perlakuan pelik sepupu-sepupunya.

"Aku rasa Istana Astland telah dicerobohi oleh Demon." balas Exzer.

Grokk!!! Grokk!!!

"Kau dengar tak tu? Bunyi raksasa! Gunakan kuasa kau untuk kesan kehadiran Demon. Nanti seluruh istana kena serang," kata Lyon.

Papp!!! Pap!!! Kelekuk!!!

Kepala dua orang sepupu ditepuk dan diluku dengan perasaan geram.

"Sakitlah bangang!" jerit Exzer.

"Kenapa kau pukul kami? Kitorang cakap benda betul! Bongok! Kecik-kecik tak mampus, dah besar menyusahkan orang," marah Lyon.

"Bunyi perut akulah!" marah Aydan.

Lyon dan Exzer berpandangan antara satu sama lain. Tak lama lepas tu mereka ketawa terbahak-bahak. Mereka ingat bunyi raksasa tapi bunyi perut Aydan yang kelaparan. Nasib baik pedang mereka tak beraksi kalau tak dah lama Aydan dah jalan.

"Woi, ketawa banyak-banyak kurus pahala puasa," kata Aydan.

Dua orang sepupu itu terus berhenti keawa takut pahala puasa kurus.

"Kau tak sahur ke?" tanya Lyon.

"Dah..." balas Aydan yang agak penat kerana berpuasa. Badannya letih. Nak bergerak pun tak nak. Mereka bertiga hanya bersantai di biliknya.

"Aku tahu... Mesti kau tak makan..." kata Exzer sambil memandang Lyon.

"Keenakan buah kurma dari Timur Tengah..." ujar Lyon sambil memegang kotak buah kurma yang diambil dari dapur.

"Yusuf Taiyoob..." sambung Exzer dengan nada perlahan sambil berbisik di tepi telinga Aydan.

"Apa kaitannya dengan makan buah kurma?"

"Buah kurma ada banyak gula. Gula bekal tenaga. Tenaga bekal untuk kita puasa sepanjang hari," balas Lyon.

"Aku tak makan buah kurma cap Yusuf Taiyoob tapi aku makan kurma yang diimport dari Mesir." balas Aydan.

"Kurma Yusuf Taiyoob pun dari Mesir lah..." balas Exzer.

"Tadi kau kata Timur Tengah," kata Aydan yang tak mahu mengalah.

"Mesir tu Timur Tengahlah..."

"Namanya tak sama. Mesir dan Timur Tengah beza."

"Sama."

"Dah la tu... Kau konfius sangat. Jom kita tanya Yusuf Taiyoob sendiri," celah Lyon.

"Kau kenal ke?" bidas Aydan.

Lyon sengih.

"Allahuakbar Allahuakbar!!!"

Laungan Azan bergema.

"Dah berbuka puasa," kata Aydan dengan ceria. Akhirnya tamat juga puasanya hari ni.

"Woi, tu bukan Azan Maghrib tapi Azan Zohor," tegur Lyon.

"Lambatnya nak berbuka!!!" jerit Aydan.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now