Chapter 68: Nymph, Guardian of Forest

6.7K 660 119
                                    

Aydan tiba di pinggir Hutan
Bernyawa dengan menggunakan portal. Dari luar sudah kelihatan menyeramkan apatah lagi di dalam. Dia menguatkan semangat melangkah masuk ke dalam hutan tersebut dengan harapan tidak rerserempak dengan mana-mana hantu.

Keadaan sangat sunyi, suram dan seram. Pokok yang tumbuh di dalam hutan itu sudah mati dan berubah menjadi warna hitam legam. Tiada tumbuhan hijau yang hidup segar. Daun-daun kering bertaburan dia atas tanah.

Krikk!!!

Prap!!!

Krak!!!

"Jangan kacau akulah hantu!!!" jerit Aydan yang sudah berlari jauh ke dalam hutan. Bunyi yang didengarinya tadi sebenarnya adalah bunyi ranting patah dan daun kering dipijak oleh kakinya sendiri.

Semakin lama, semakin jauh Aydan berlari masuk ke dalam hutan. Keadaan di sekeliling semakin gelap malah semakin menyeramkan. Bulu roma di belakang tengkungnya sudah lama berdiri tegak. Tangannya sudah seram sejuk. Angin pula bertiup lain macam membuatkan darjah ketakutan naik mendadak. Air liur di telan payah apabila melihat satu bayang-bayang hitam melintasinya. Dahinya sudah berpeluh.

Tidak berapa lama kemudian, bayang-bayang hitam semakin lama semakin banyak mengeliling Aydan. Perlahan-lahan bayang-bayang itu menjelmakan bentuk mereka sambil mengepung Aydan dengan jumlah mereka yang sangat ramai.

Ia mempunyai susuk yang tidak tetap ada yang berbentuk fizikal manusia. Badannya berwarna hitam sepenuhnya. Mata dan mulut seperti lubang kosong merenung Aydan bagaikan seekor harimau kelaparan.

"A man is enough for us!" kata lembaga itu tanpa membuka mulut.

"Can't be your lunch or dinner. Sorry for dissapoint you," balas Aydan.

"Only a fool enter in enemy den!"

"I'm not a fool!" kata Aydan geram.

"Aku malas nak bergaduh dengan kau sebab aku ada perang yang perlu ditamatkan. Kau Nymph? A guardian of forest?" tanyanya.

"A long time ago!"

"Aku datang ke sini untuk menuntut sumpah setia kau pada Fryswellendine!" kata Aydan berterus-terang.

"Never! Shadow Hunters never bow to a mere man!" tolak Pemburu Bayang itu.

"As his descendant! I come to redeem your oath! Fight with me in war! I shall release you from curses!" kata Aydan.

Pemburu Bayang itu mengeluarkan bunyi yang lalu. Perlahan-lahan mereka mula berundur dan menghilangkan diri.

"Fight with me in war! I will release you from curses! Fight with me! Fight with me!" kata Aydan. Namun, usahanya hampa apabila Pemburu Bayang mula hilang.

Keluhan berat dilepaskan. Pemburu Bayang enggan membantunya. Jika dia tidak pulang dengan bantuan dari penjaga hutan itu, pasti mereka akan kalah teruk malah Sylvania akan jatuh ke dalam tangan Chronos. Walaupun dia mempunyai kuasa cahaya, dia tidak mampu mengawal semua keadaan sekali gus. Hentikan Nemesis bangkitkan Keres dan menghalang kemaraan Demons masuk ke bandar diraja.

"Kalaulah aku boleh pecahkan badan aku kepada beratus ribu, dah lama aku buat musnahkan Demons!" keluh Aydan.

Dia meramas rambut emasnya yang kusut-masai. Apabila diserabutkan, jadi semakin kusut-masai. Dia melangkah keluar dari Hutan Bernyawa dengan rasa kecewa kerana tidak dapat memujuk Pemburu Bayang.

Tiba di pinggir hutan, dia membuka portal ke medan peperangan. Kenapa dia tidak buka di dalam hutan tadi? Portal merupakan pintu perantaraan untuk ke mana-mana saja. Jika dia buka di kawasan hutan bernyawa yang sudah ditelan kegelapan, dia takut ada makhluk gelap masuk ke dalam portal dan mengacau dunia lain. Walaupun dia telah tetapkan destinasi, jika tiada kebenarannya. makhluk yang masuk boleh saja tiba di tempat lain.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now