Chapter 42: The Infinite Light

9.6K 808 41
                                    

Suasana tenang di perpustakaan diraja Astland berubah bising apabila didatangi oleh tetamu yang tidak diundang malah tidak mahu menerima kedatangan mereka. Orang awam yang berada di perpustakaan panik apabila melihat merek. Pintu keluar untuk menyelamatkan diri sudah disekat oleh mereka. Tidak cukup dengan itu pintu tersebut berubah menjadi batu menyebabkan mereka terperangkap.

"Good evening, folks. Nice to meet you. Hiss...." sapa Stheno.

"Please don't mind the door. I just excited to see all of you and accidently turn that door into rock. Hiss..." balas Medusa sambil bermain dengan rambut ularnya.

"Get out from here!" tegas Isabelle yang keluar dari celah-celah orang awam.

"Oh? Greeting, your highness. I didn't know you're here too," kata Stheno yang berpura-pura terkejut.

"Don't pretend it! What are you doing here? Looking for your sister grave?"

Medusa mengetap gigi marah apabila mendengar sindiran Isabelle. Dia mahu menyerang Puteri Astland tersebut tetapi dihalang oleh kakaknya, Stheno.

"Absolutely, wrong. We're looking a book. A book how to revenge!!!"

Stheno menyerang Isabelle tanpa teragak-agak tetapi serangannya tersasar apabila Isabelle menghilangkan diri seketika dan muncul di belakangnya dengan serangan bebola api. Dia dapat mengelak serangan dari Isabelle tetapi kulitnya melecur kerana terkena sedikit bebola api. Kulit yang melecur kembali pulih serta-merta. Kukunya perlahan-lahan menjadi panjang malah tajam seperti mata pedang. Sekali lagi Stheno menyerang Isabelle.

Pedang Griffin yang tersisip dipinggang ditarik untuk menahan serangan kuku panjang milik Stheno. Mereka berbalas serangan tanpa henti. Pada masa yang sama, Medusa hanya duduk di atas meja memerhati pertarungan kakaknya dengan Isabelle sambil bermain dengan rambut ularnya. Tidak ada tanda-tanda dia mahu menolong kakaknya itu. Lama-kelamaan dia kebosanan kerana hanya menjadi pemerhati sejak tadi.

Matanya menangkap seseorang yang mencurigakan. Orang awam itu memakai kerudung berwarna putih dan sehelai mafela dililit untuk menutup sebahagian dari mukanya. Kakinya melangkah mendekati orang yang mencurigakan itu manakala pengunjung perpustakaan menjauhkan diri dari Medusa kerana takut menjadi batu apabila bertentangan mata dengan perempuan ular itu.

"Girl with white-hooded come out," arah Medusa tetapi tidak dihiraukan oleh orang yang dimaksudkannya. "Baiklah."

Medusa menarik seorang gadis dalam lingkungan belasan tahun yang ketakutan. Pipi gadis itu dicengkam memaksa gadis itu bertentang mata dengannya. Gadis itu sudah menangis teresak-esak kerana takut diapa-apakan oleh Medusa. Dia membuka mata apabila terasa ada sesuatu yang berbisik ditelinga menyuruhnya membuka mata. Hanya sekelip mata sahaja gadis itu bertukar menjadi batu. Medusa menolak gadis yang berubah jadi batu sehingga jatuh pecah berderai di atas lantai.

Boomm!!!

Serangan pusaran api dari Isabelle menyebabkan bangunan tersebut retak dan hanya menunggu masa untuk runtuh. Medusa yang terkejut dengan serangan tiba-tiba Isabelle sempat menyelamatkan diri dari terkena pusaran api itu. Dia lihat Isabelle diselubungi oleh aura yang berwarna merah bagaikan api yang marak membara. Renungan tajam dari Isabelle menandakan gadis itu sedang marah tetapi masih boleh dikawal kemarahan itu.

"You hurt my people. You'll feel my wrath!"

Isabelle menyerang Medusa dan Stheno serentak. Setiap serangan yang dihasilkan meninggalkan letupan yang kuat. Separuh dari perpustakaan yang retak tadi mulai runtuh menghempap lantai.

Dinding yang runtuh membuka jalan kepada orang awam melepaskan diri untuk keluar dari perpustakaan. Mereka keluar dari bangunan tersebut dengan tergesa-gesa menyebabkan keadaan semakin panik. Ada yang jatuh kerana adegan tolak-menolak untuk keluar dari situ malah ada yang tercedera kerana terkena runtuhan dinding bangunan itu.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now