Aydan menggeliat perlahan apabila tubuhnya terasa sengal kerana tidur di atas tempat yang tak rata. Walaupun sengal, matanya tetap tertutup rapat. Sayang mahu meninggalkan tidurnya. Lagipun, dia tidur lewat semalam. Mahu tidur dua tiga jam lagi. Baru dia boleh buat apa sahaja pada hari ini.
Pap!
Pap!
Kuk!
Aydan bangun serta-merta apabila kepalanya diketuk dengan benda keras. Mukanya menyeringai kesakitan. Tangan menggosok kepalanya yang sakit diketuk oleh insan yang tak bertanggungjawab kerana mengganggu tidurnya. Dia tidak boleh memaafkannya. Tidak sama sekali!
"Apasal kau ketuk kepala aku?" marah Aydan.
"Aku cuba gerak kau dengan cara paling berhemah tapi kau buat tak endah. Siap boleh mengigau," balas Isabelle dengan muka tak bersalah. Pedang bersarung yang diguna untuk mengejutkan Aydan dari tidur kembali disisipkan pada pinggang.
"Ganggu aku nak ti..." Aydan tidak jadi meneruskan kata-katanya sebaik sahaja melihat pemandangan yang terpampang diruang matanya. Mulutnya ternganga disebabkan tidak dapat mengawal kekaguman apa yang dia lihat sekarang ini.
Hutan di Forgotten Island yang nampak kelam dan menakutkan pada waktu malam berubah serta-merta. Tidak seperti apa yang mereka nampak pada waktu malam. Suasana hutan tersebut sangat indah. Tanah yang dipijak, pelbagai jenis tumbuhan yang belum pernah dilihatnya, kelip-kelip yang berterbangan.... Semuanya mengeluarkan cahaya flourescent dalam pelbagai warna.
Terdapat sebuah tasik yang bersambung dengan sebatang sungai berada tidak jauh dari tempat dia berdiri. Airnya sangat jernih seperti kristal. Ikan kecil dari pelbagai bentuk dan warna jelas kelihatan sedang berenang-renang di dalam air. Ini buat dia rasa nak terjun.
Dia tak pernah melihat hutan seperti ini di negara-negara lain. Gaeth Lenora iaitu jantung hutan di Eatherland tidak seperti ini. Dia dapat rasa ada kuasa lain yang berada di hutan tersebut. Sangkanya hutan di pulau ini adalah hutan biasa yang selalu di terokai di Astland tetapi tersasar dari tekaannya.
"Where are we?" tanya Aydan. Matanya tak lepas dari memandang kawasan sekelilingnya. Bagai berada di alam mimpi.
"I don't know either," balas Isabelle. Dia melihat ekspresi Aydan lebih kurang sama dengannya. Tapi tak keterlaluan sampai ternganga macam Aydan sekarang ni. Dia kejutkan abang kembarnya tadi pun disebabkan ini.
"Aku rasa macam nak tinggal kat sini," ujar Aydan.
"Kau jangan buat hal. Kita datang sini nak jumpa Ethereal Guardian."
"Aku cakap je. Bukan nak tinggal pun kat sini. Lagipun, pengembara mana boleh tinggal pada satu tempat. Mestilah kena berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain," kata Aydan panjang lebar.
"Just dream on it. Father never allow you to do that."
"Kau ni... Selalu patahkan semangatkan aku!" dengus Aydan.
"Memang pun."
"Aku rasa... Aku nak mandi." kata Aydan. Dia mahu melangkah ke arah tasik tersebut tetapi ada sesuatu yang menghalangnya. Apabila disentuh dengan jari, dia dapat rasa seperti ada dinding halimunan yang menghalang jalannya. Dia cuba dari arah lain pula. Ia juga sia-sia. Aydan cuba sekali lagi.
"Stop doing that. You're like an idiot," kata Isabelle dengan selamba mengutuk abang kembarnya.
"Kau cakap aku apa?" marah Aydan.
"Shhhhh..."
"Apa shhhh, shhhh? Kau ingat aku ayam ke?" marah Aydan sekali lagi.
"Just shut up! I heard some voice!"
YOU ARE READING
Book 2: Aydan the Angele [✓]
FantasyBOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula...