Chapter 23: Ancient Labyrinth

11.1K 902 52
                                    

Aydan garu kepalanya yang tak gatal. Macam mana boleh tersilap langkah pulak ni? Dia ingatkan sudah berjaya buka portal, mereka sampai ke Ancient Labyrinth terus. Tetapi lain pula jadinya sampai di Ancient Valcano pula. Nasib baik dia dan isabelle tak terjatuh dalam magma yang sedang menggelegak di bawah kaki mereka.

"C'mon, Belle... This is my first time guna portal. Kau kenalah faham," kata Aydan.

"Kalau aku jatuh macam mana?" marah Isabelle.

"La... Aku sempat selamatkan kau tadi, kan?" balas Aydan.

"Kali ni boleh diselamatkan, kali kedua belum tentu boleh!" marah Isabelle. Lain yang hendak dituju, tempat lain pula mereka sampai. Nasib baik Isabelle sempat berpaut pada rekahan gunung berapi itu dan diselamatkan oleh Aydan. Kalau tak, tinggal nama je.

"Sorry la, Belle... Ala... Kau ni... Itu pun nak marah."

"Siapa yang tak marah bila hampir diambang maut?"

"Yelah, yelah... Aku mengaku salah."

Aydan kembali fokus untuk membuka portal. Kali ini berjaya seperti kali pertama dia lakukan. Cuma belum tahu lagi portal tu menuju ke mana.

"Jom!" ajaknya.

"Kau yakin portal tu menuju ke tempat yang kita nak pergi?"

"Aku yakin!" balaa Aydan dengan bersungguh-sungguh.

Tanpa melengahkan masa, mereka berdua terus masuk ke dalam portal. Hanya beberapa saat saja mereka tiba di jurang gunung. Masing-masing menyandarkan badan pada gunung. Tempat mereka berdiri pula sempit. Isabelle sudah menjeling tajam ke arah abang kembarnya yang sedang tersengih.

Isabelle buka portal menuju ke rumah Theorad. Dengan kiraan 1, 2 dan 3, mereka terus melompat masuk ke dalam portal tersebut. Mereka tergolek-golek diatas tanah di depan Tree. Theorad yang memerhati pasangan kembar itu menggelengkan kepala perlahan.

"Thats great, Aydan! First, valcano and now cliff. Bravo! Bravo!" perli Isabelle sambil menepuk tangan.

"Terima kasih," balas Aydan dengan nada memerli juga.

"Benda yang simple pun kau tak boleh buat!"

"Eh, hello! This is my first time! Its make sense."

"Habis macam mana sekarang ni? Masa dah makin suntuk!"

"Kejaplah! Aku nak fokus ni!"

Aydan kembali fokus. Dia memejamkan matanya. Ruang sekelilingnya bukan lagi gelap dan hitam tetapi putih. Hanya dia seorang sahaja berada di situ. Di sekelilingnya tiada jalan keluar. Dia cuba mencari pintu putih yang dimaksudkan oleh Isabelle. Semakin lama semakin jauh dia berlari tetapi tetara bagai berlari di tempat yang sama.

Macam mana nak keluar dari sini. Aydan merungut kerana tidak jumpa jalan keluar. Semuanya sama baginya.

"Aydan..."

Sayup-sayup dia dengar suara yang memanggilnya. Seperti dia pernah dengar suara tersebut. Dia rasa dekat dengan suara tersebut.

"Aydan..."

"Siapa tu?"

Aydan mula mengatur langkah ke arah suara tersebut. Ia terus memanggilnya tanpa henti. Semakin lama dia melangkah, semakin kuat suara itu kedengaran. Dari jauh, dia ternampak sesuatu yang bersinar. Kakinya melangkah mendekati. Pintu.

"Aydan..."

Suara yang memanggilnya datang dari sebalik pintu tersebut. Tanpa ragu-ragu, dia terus memulas tombol pintu. Cahaya emas keluar daripada pintu tersebut.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now