Perang Lvanians-Demons ketiga bermula pada malam itu. Ianya menjadi sejarah yang tidak akan dilupakan oleh seluruh penduduk Sylvania. Tentera Lvanians menguatkan semangat untuk menentang Demons demi keluarga mereka yang tertunggu-tunggu kepulangan mereka.
Heroic Knights menyerang pihak musuh dengan seluruh tenaga yang ada tanpa menghiraukan takdir mereka hidup lama atau sementara. Semuanya bersatu demi mempertahankan keamanan Sylvania kembali.
Peperangan yang berlangsung tidak menunjukkan tanda-tanda kemenangan di pihak Lvanians. Musuh mereka semakin mengganas menyerang menyebabkan ramai Lvanians terkorban di medan perang. Sungguhpun hal itu berlaku, iannya tidak sedikit pun mematahkan jiwa remaja Heroic Knights untuk mempertahankan Sylvania. Mereka terus bertarung memerangi musuh tanpa gentar biarpun menghadapi bahaya di saat itu.
"Aku ada satu cadangan!" kata Corvan. Dia melibas pedangnya ke arah kepala Demons sehingga terputus dari badan.
"Pastikan cadangan kau tu menarik," kata Lyon.
"Siapa yang paling banyak bunuh Demons, dia tu paling kuat," kata Corvan. Dia sengih dengan ideanya yang bijak.
"Kalau begitu, aku sudah mendahului korang. Tak gitu Hyrez, Kyrell?" ujar Lyon. Dia sedar yang Heroic Knight pertama dan kedua ada berdekatan dengab mereka.
"Aku berada di tempat teratas," kata Kyrell sambil tersenyum.
"Tak aci! Kita mula dari sekarang! Rohan, kau kira dari sekarang!" jerit Corvan kepada Rohan yang agak jauh dari mereka.
Rohan berhenti menyerang Demons yang ada. Dia mengeluarkan Ipad dari poket baju. Ipad itu dibawa ke mana-mana sahaja. Sedang dia asyik menyusun data, seekor Demons mahu menyerangnya dari belakang. Scythe yang berada di tangannya di angkat lalu dipusing ke belakang. Sekelip mata sahaja Demon itu terbelah dua.
Rohan menyambung melakukan kerjanya yang tergendala. Medan magik pengesan diaktifkan bersambung dengan Heroic Knights. Data di dalam Ipad menunjukkan bilangan Demons dibunuh Isabelle lebih banyak dan meningkat dari semasa ke semasa.
Data baru masuk dengan tiba-tiba. Data itu adalah milik Kfalion. Nampaknya Kfalion juga sedang berusaha mengalahkan musuh mereka. Buktinya adalah bilangan Demons yang dibunuh melepasi Kyrell dan Hyrez. Ipad disimpan. Dia juga mahu sertai pertandingan itu. Tidak mahu mengalah pada Heroic Knights yang lain. Dia mahu buktikan yang dia bukan sahaja bijak tapi hebat dalam bertarung.
"47, 48, 49, 50!" jerit Exzer. Demon yang terakhir dibunuh dengan kuasanya kerana Demon itu agak besar berbanding Demons lain.
"Too bad, dude! I already 70!" kata Lyon bangga. Demons yang datang tidak putus menyerangnya membuatkan bilangannya semakin bertambah.
"Aku takkan kalah dengan korang!" kata Corvan. Angin yang sepoi-sepoi berubah menjadi bilah pisau angin. Ia bergerak laju menikam dada Demons dengan tepat. Bilangan serta-merta naik dengan mendadak.
Begitulah persaingan antara Heroic Knights berlaku. Mereka berlumba-lumba mahu menjadi orang yang paling banyak membunuh Demons kecuali Isabelle dan Kfalion. Kyrell dan Hyrez mengikut rentak ahli mereka sahaja. Boleh mereka jadikan satu semangat untuk menumpaskan musuh-musuh mereka. Di samping itu, mereka juga dapat mengurangkan tekanan.
"CUTE little mices in battle. So, cute... Don't you think so, Nemesis?" kata Chronos.
Dia seronok memandang suasana perang yang kucar-kacir sekarang itu. Dia rasa terhibur melihat perang yang berlaku melalui cermin hitam yang berada di bilik istana. Acap kali dia ketawa melihat perang itu berlangsung terutama sekali situasi Aydan yang berjaya kembalikan Kfalion.
Nemesis hanya berdiam diri. Dia memandang cermin yang mempamerkan situasi di medan perang. Dia tidak kisah apa yang berlaku pada Sylvania. Apa yang penting dia mahu tahu tentang anaknya.
YOU ARE READING
Book 2: Aydan the Angele [✓]
FantasyBOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula...