Chapter 56: A silent Town

7.6K 636 16
                                    

Kuk! Kuk! Kelekuk!

"Aduh! Apa ni Uncle Zen? Orang balik bukan nak sambut tapi kena ketuk pulak," rungut Aydan sambil menggosok kepalanya yang diketuk oleh pedang bersarung milik Zen.

"Tak boleh ke kamu balik dengan cara yang aman dan sopan? Kamu tengok apa yang kamu dah buat? Habis istana jadi huru-hara disebabkan kamu!" marah Zen.

"Gempak, kan?" kata Aydan. Dia menolak sedikit rambutnya ke belakang.

"Mana Isabelle?" tanya Zen.

"Tu!" kata Aydan sambil menunjukkan ke arah helang gergasi.

Isabelle melompat turun dari badan sang helang dengan bantuan Darren. Dia sedar sebaik sahaja mereka sampai di Sylvania. Tenaganya yang hilang mula kembali perlahan-lahan. Dia perlu banyak berehat untuk mendapatkan kembali tenaganya semula. Emelle terus mendapatkan Isabelle yang masih lemah.

"Are you okay?" tanya Emelle dengan prihatin.

"Much better than before."

"Emelle hantar Isabelle ke bilik untuk berehat," kata Eidan.

Emelle menurut sahaja arahan dari bapa saudaranya dengan memapah Isabelle. Dua orang pengawal istana mengekorinya dari belakang.

Burung helang gergasi itu tiba-tiba sahaja berubah. Sayapnya perlahan-lahan menjadi sepasang tangan dan kaki sang helang berubah menjadi sepasang kaki manusia. Bentuk tubuh badan berubah menjadi seorang remaja lelaki. Di sisinya terdapat seorang lagi lelaki. Perubahan burung helang menjadi seorang manusia mengejut orang yang berada di situ.

"Hai, dah lama tak jumpa," sapa Rese apabila mendekati Anna. Dia terus memeluk wanita itu.

"Woi, woi, woi... Apahal kau peluk bonda aku ni?" kata Aydan yang cuba halang Rese dari terus memeluk bondanya.

"Anak manja rupanya kau ni," kata Rese.

"Manja tak manja tu letak tepi. Kenapa kau peluk bonda aku, hah?" tanya Aydan yang masih tak puas hati.

"Kamu semua perlu berehat dahulu. Setelah itu kita akan jumpa lagi," kata Anna. Dia menggosok kepala anakanda seketika sebelum melangkah pergi bersama Eidan.

Setelah puas berehat, Rese dan Darren dijemput oleh dayang istana ke ruang istirehat diraja untuk menikmati minum petang. Di situ Anna dan Eidan sudah menunggu mereka. Isabelle juga ada setelah dapat memulihkan kembali tenaganya. Senyuman di ukir kepada Anna dan Eidan.

"Kali terakhir melihat kamu, kamu masih kecil lagi," kata Anna.

Pertama mereka bertemu pada berbelas tahun dahulu. Ketika itu dia masih mentah dan tidak tahu apa-apa. Saat dia hampir diambang maut datang seorang wanita bagaikan penyelamat dirinya. Saat itu dia telah berjanji untuk membalas jasa wanita itu. Walaupun itu kali pertama dan kali terakhir mereka jumpa. Tidak sangka mereka akan bertemu kembali.

"Sekarang dah besar makin kacak, kan?" kata Rese sambil menggosok hidungnya.

"Perasan! Aku yang paling kacak kat dunia ni," celah Aydan. Dia duduk di sebelah kiri ayahandanya.

"Bonda gembira kamu dan Isabelle pulang dengan selamat," kata Anna. Dia mengusap rambut Isabelle yang berada di sisinya.

"Bagaimana bonda mengenali dia?" tanya Isabelle dengan rasa ingin tahu.

"Bonda dan ayahanda kenal Rese sudah lama. Ketika kami terserempak dengan Burn, dia pernah beritahu tentang masalah yang dihadapi di dunia Lotus Terania. Kami berdua mengambil keputusan untuk menolong penduduk di sana. Dalam misi tersebut, kami selamatkan Rese yang hampir dibunuh oleh Necromancer dulu," cerita Eidan.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now