Makanan yang terhidang di atas meja kayu betul-betul membuatkan Aydan kecur air liur. Perutnya yang lapar semakin lapar dan makin hebat berkeroncong dan menderam apabila melihat pelbagai jenis buah-buahan. Pelbagai bentuk saiz dan warna membuatkan buah-buahan itu nampak lazat.
Tanpa mempedulikan yang lain, dia terus ambil buah tembikai yang agak besar saiznya. Dia sudah menjilat bibir. Tak sabar nak menikmati buah tersebut. Pedang yang tersisip dipinggang ditarik keluar. Dalam sekelip mata saja, tembikai yang besar dan bulat itu terbelah dua menampakkan isinya yang merah. Aydan menyimpan pedangnya kembali.
"Patutlah ayahanda cakap pedang ni berguna! Memang berguna pun! Hahaha..." gelaknya.
Tembikai yang dibelah dua diambil sebelah. Dia pejam mata untuk menikmati kelazatan buah tersebut. Akhirnya... Aku dapat makan juga. Dia terus makan buah tembikai tanpa ada rasa mahu menjemput yang lain makan sekali. Lantaklah! Apa yang penting perut dia kencang.
"Are you serious?" tanya Isabelle.
"Apa benda kau ni?" tanya Aydan kembali. Mengacau dia nak makan je.
"Where's your manner?"
"Entah! Dah lari," balas Aydan dengan wajah tak bersalah. Dia terus menikmati buah tembikai tersebut.
Isabelle menggelengkan kepala melihat gelagat abang kembarnya. Rasa malu terbit dalam diri apabila melihat Aydan yang gelojoh. Orang belum jemput makan, dia dah makan. Bukan itu sahaja... Rumah orang dibuat seperti rumah sendiri. Macam mereka pula tetamu Aydan.
"Its look like you're starving for a year."
"Memang pun! Sejam tu ibarat sebulan bulan bagi aku. Darab dengan dua belas jam aku kena gantung terbalik. Jadi, setahun. Kau mana tahu perasaan aku! Sikit pun tak nak tolong aku!" balas Aydan. Ada nada merajuk pada ayat terakhirnya.
Sejam kemudian...
Aydan tersandar kekenyangan apabila menghabiskan satu biji tembikai sebesar budak dua tahun seorang diri. Dia tepuk perutnya yang sudah berhenti menderam. Puas hati apabila dapat menikmati buah tembikai yang lazat berbanding buah tembikai yang selalu dia makan. Manisnya sangat berlainan. Bila perutnya sudah kenyang, matanya pula kian layu dan kuyu.
Kuk!
Matanya yang hampir tertutup kembali terbuka luas apabila kepalanya diketuk oleh tongkat kayu milik Theorad. Aydan mendesis kesakitan. Ini dah kali ketiga dia kena ketuk pada hari ni. Kalau berterusan macam ni boleh biul kepalanya.
"Aduh... Apa salah saya?"
"You never learn your lesson, boy!" kata Theorad.
"Yelah, yelah... Teruskan. Apa sebenarnya yang berlaku beribu tahun yang dulu? Macam mana saya boleh hidup pada masa tu?" tanya Aydan.
"Show him, Ilyanne," arah Theorad.
"Alright."
Mutiara yang berwarna putih terapung diudara di tengah ruang tamu. Perlahan-lahan cahaya putih menyinari rumah pokok tersebut sehingga menyilaukan mata. Tidak lama kemudian, cahaya putih yang keluar dari mutiara tersebut perlahan-lahan membentuk imej yang bergerak-gerak. Seperti wayang. Latar belakang imej tersebut merupakan dunia Sylvania pada beribu tahun yang lampau tanpa sebarang kehidupan. Yang ada hanya haiwan dan makhluk mistik termasuklah Ancient Beast dan Celestial Beast.
"Tak menjawab soalan saya pun," kata Aydan apabila melihat imej yang terpantul dari mutiara itu.
"Be patient, my child. This is not the beginning."
"This is Sylvania. The Ancient Beast is the Protector of Sylvania. Celestial Beast is Guards of Sylvania while all the mythical creatures are Resident of Sylvania. And, Leader of Sylvania is The Unsleeping Dragon. We live in peace and harmony. No harm, no treat. Untill, one boy fallen from the sky..." cerita Theorad.
YOU ARE READING
Book 2: Aydan the Angele [✓]
FantasyBOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula...