Chapter 70: Keres

7.5K 628 87
                                    

Bunyi guruh berdentum kuat di langit diiringi dengan kilat sambung-menyambung. Namun, tidak ada tanda-tanda hujan turun membasahi tanah. Kepulan asap tebal berwarna hitam muncul di tengah-tengah bandar diraja. Perlahan-lahan ia berubah menjadi sesuatu yang sangat menggerunkan. Penduduk Sylvania yang masih belum berlindung di tempat yang selamat terkejut melihat kehadiran makhluk yang hampir dilupakan oleh mereka.

 Penduduk Sylvania yang masih belum berlindung di tempat yang selamat terkejut melihat kehadiran makhluk yang hampir dilupakan oleh mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Keres)

Makhluk itu membuka mulutnya seluas-luas yang mungkin. Muncul titik hitam kecil lama-lama membesar menjadi bola hitam bersaiz bola hitam. Setelah bebola hitam itu sempurna, makhluk itu melontar bebola hitam itu ke arah bangunan-bangunan yang ada.

Bunyi letupan dan dentuman kuat kedengaran sehingga menggegarkan tanah. Dengan sekelip mata bangunan-bangunan yang ada musnah. Rakyat Sylvania lari bertempiaran menyelamatkan diri. Namun, ada yang ditindih oleh sisa bangun, ada yang mati dalam letupan dan ada yang berjaya melarikan diri.

Makhluk itu melakukan perkara yang sama. Ia menghasilkan bola hitam dengan jumlah yang banyak lalu melontar sesuka hatinya. Negara yang berdekatan turut terkena tempias bebola hitam tersebut. Makhluk itu terus-menerus memusnahkan apa sahaja yang berada di hadapan matanya. Ada beberapa penduduk cuba menyerang tetapi menemui ajal hanya dihentam oleh makhluk itu.

Dari kubu pertahanan, sesiapa sahaja mampu melihat apa yang telah terjadi di bandar diraja begitu juga negara yang berdekatan. Dentuman dan letupan yang tidak putus-putus kedengaran akan menarik sesiapa sahaja. Apabila melihat serangab daripada makhluk itu, mereka bergegas ke bandar diraja untuk menyelamatkan Lvanians yang terperangkap di sana.

"Kids! This time you have to follow my order! This enemy is different!" kata Zen serius. Dia memandang satu-persatu wajah anak muda di hadapannya.

"Apa makhluk tu sebenarnya ?" tanya Exzer.

"Keres." Rohan bersuara sepatah.

Semua mata memandang ke arah Rohan bagai meminta kepastian. Rata-rata sangat terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Rohan. Ada yang buat muka tidak percaya tapi apabila melihat wajah Rohan yang sentiasa serius semakin serius buat mereka percaya. Tidak mungkin seorang Sellavian yang terkenal dengan kebijaksaannya menipu.

"Itu Keres. Nampaknya ia telah dibangkitkan. Dengar sini kamu semua, keutamaan kamu sekarang menyelamatkan Lvanians. Biarkan kami menguruskan Keres," kata Hariel tegas.

"Tapi ayah..." Hyrez mahu membantah tapi ditahan oleh Kyrell. Dia agak kecewa apabila tidak dapat membantu. Lagi pula dia sangat risaukan ayahnya. Bukan dia seorang saja yang risau, rakannya yang lain juga risau akan ibu bapa mereka.

"Kamu semua tidak perlu risau. Kami semua tidak akan apa-apa," balas Hariel. Dia memandang anak sulungnya memberitahu yang tidak apa-apa.

Zen mula memberitahu arahannya kepada Heroic Knights. Arahan itu tidak didengari oleh Isabelle. Dia lebih fokuskan kepada aayahanda dan bondanya di satu sudut yang agak jauh. Wajah bonda agak risau dan cemas. Kemudian, bondanya menangis tetapi ditenangkan oleh ayahandanya. Hatinya rasa tidak sedap hati apabila melihat situasi itu.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now