bab 10

1.3K 36 0
                                    

  "Maaf yee..tumpang tanya..dekat mana saya boleh dapatkan maklumat ni.?."😄 soal lelaki comel itu lagi sambil menghulurkan sampul kepada humaira yang masih tercenggang.

Laa dia masih boleh termenung lagi sedangkan aku sekarang tengah penat menunggu jawapan dari gadis di hadapannya.

Sambil melambai2xkan tangannya diwajah gadis itu..

"awak..awak kat mana ?..hello..aik..masih tak dengar jugak ke?"dengan perlahan dia mendekati wajah gadis tersebut membuatkan mata humaira😓 berkelip2x.

Alamak..aku boleh pulak berkhayal..aduhai malunya...kenapa aku boleh bersikap macam ni..pelik ...
dengan wajah yang kemerah2xhan humaira mengambil sampul di tangan lelaki itu dan terus mencari permintaan lelaki tersebut tanpa berlengah lagi..

untuk menutupi rasa malu yang teramat sangat ketika itu tanpa dia sedari lelaki itu tersenyum melihat kelakuan humaira yang jelas menyembunyi perasaan malunya tadi.

"Ustaz..kenapa sejak balik dari pejabat tadi ustaz asyik tersenyum je..kenapa ye?"soal cikgu jali ingin tahu.

"Oh tak ada apa...cuma budak tu tadi buat saya rasa terhibur..."luah lelaki itu lagi.
"Aaa budak?mana ada budak dalam bilik tu ustaz...anak dara tu...single and available...lagi tuh.."usik ustaz zack dari sebelah membuatkan lelaki itu terkejut.

"Ohh ye ke ustaz?..saya masih tak kenal lagi..saya ingatkan pelajar sini jugak.."jelas lelaki itu naif. Yang lain yang ada disitu turut serta terhibur.

"Maira..petang ni lepak rumah akak ye..ustaz zack dah pergi berkursus petang tadi..rasa sunyi pulak.."pelawa cikgu maria.

"Alah..akak ni..malu la..tak nak la..dahla..cikgu baru tu nampak macam spoil jek maira tengok..sejak dari tadi dia tengok maira lain macam jek..seramm la akak ya.."adu humaira sambil membuat memek muka.

"Isk ke maira dah terpikat dekat dia..maklumlah dia kan baby face kesukaan maira..sekarang ni akak dah faham.
bila ustaz firdaus pikat maira dulu bukan main susah lagi kan...tapi bila yang ni seperti maira fall in love
jek.."teka cikgu maria sambil tergelak kecil.

"Janganlah akak cakap macam tu..tak nakla maira nak ambil risiko lagi..biarlah dia bahagia dengan pasangan hidup dia..tak payahla dok citer pasal ni lagi akak..
borink..
sekarang akak balik la dulu ye insyaallah petang nanti maira datang"ujar humaira sambil melihat cikgu maria yang berlalu balik rumah.

Sedang dia sibuk menyidai pakaian..dia terpandang gadis itu di rumah berhadapan dengan rumahnya.
Sibuknya dia melayan budak2x..siapa agaknya nama dia..
alamak kami belum berkenalan lagi rupanya.

😊 tak apa esok masih ada..seraya tersenyum dia masih terus setia menanti dan memerhati dari jauh.

"Isk..banyaknya kerja nak dibuat😭😭😭 ada cepatla balik..aku dah tak larat la nak buat kerja ni sorang2x..!!"jerit humaira kecil sambil membaling fail2x yang ada ke bawah meja..

geramnya kenapa orang tak pernah nak faham betapa banyaknya kerja dia bukannya nak tolong malah ditambah lagi beban yang ada.

"Maaf boleh saya masuk?"soal lelaki itu.
Laaa..dia lagi dia nak apa..aku memang tak ada mood nak layan sekarang.

😖 "awak nak apa?tak nampak ke saya tengah sibuk ni..dan satu lagi..jangan pernah fikir nak suruh saya selesaikan kerja awak dengan kadar segera saya
tetap perlukan masa..cuba awak tengok kat atas meja sana dan meja kat sini semuanya belum selesai termasuk fail dibawah meja ni..banyak tau..
😂😂saya penat..kalau semua nak segera hancusla.....
saya ni hanya ada 2 tangan jek.."ujar humaira dengan nada sedih sesekali dia mengesat pipinya.

Ye Ke UstazWhere stories live. Discover now