"Kenalkan ni qalisya..bakal teman hidup aku nanti..insyaallah"akmal memperkenalkan seorang gadis yang begitu comel dipandangan mereka nampak macam budak2x.
"Sat...mal..betul ni bukan budak bawah umur yang kau goda yee?"usik humaira membuatkan cikgu fazlie mencuit kaki humaira di bawah meja. Isk aku tanya je pun..faz ni spoil jek.
Dengan perasaan geram humaira menendang kaki cikgu fazlie menyebabkan cikgu fazlie menjerit.
"Kau kenapa faz tiba2x jek menjerit?"soal akmal dan membantu teman wanitanya duduk.
"Isk tak ada apa2x mal..kaki aku terkena palang meja ni je..sengaja cari pasal.."jelas cikgu fazlie sambil menjeling humaira yang berlagak seperti tidak bersalah selepas mengenakan dia sebentar tadi.
Akmal yang tahu apa yang terjadi hanya mampu tersenyum tanpa menyedari ia membuatkan gadis disisinya merasakan sesuatu.
"Maira..temankan aku g ladies jab boleh tak?"bisik adawiyah sambil bangun. Humaira dan adawiyah mengambil masa ke tandas.
"Berapa lama dah qalisya kenal akmal?"soal cikgu fazlie untuk memecahkan kesunyian selepas ditinggalkan humaira dan adawiyah manakala akmal pula mohon keluar sebab ada panggilan telefon dari sekolah.
"Abang boleh panggil saya sya je. Erhm..kami kenal bulan lepas dan abang akmal lamar sya"jelas qalisya ringkas membuatkan cikgu fazlie terpinga.
Apa...bulan lepas baru kenal dah lamar jadi isteri amboi...interesting budak ni..ada kemajuan ujar cikgu fazlie di dalam hati.Tidak lama kemudian humaira dan adawiyah muncul.
"Laaa..takkan makan yang ni jek..menu lain tak da ke faz. Kami masih lapar kan ada?"soal humaira kembali duduk dan menarik kek coklat dihadapan cikgu fazlie serta menyuap masuk ke dalam mulutnya.Qalisya yang memandang saat itu terus berfikir..eee dia ni tak geli ke bukankah kek tu abang fazlie dah makan separuh dan saat itu jua sudu yang digunakan oleh humaira digunakan adawiyah pula.
Isk..pelik la perangai mereka ni. "Maira nak makan apa nanti faz tolong oder"jawab cikgu fazlie lagi. Setelah mengambil menu yang dikehendaki oleh humaira dan adawiyah hanya tinggal mereka bertiga disitu.
"Kak..kalau saya tanya soalan..akak marah tak?"soal qalisya berhati2x. "Soal la dik akak tak kisah.."jawab humaira mewakili adawiyah.
"Akak dah kenal abang akmal berapa lama?"soalan yang terkeluar dari mulut gadis itu menyebabkan humaira dan adawiyah tersedak terus mencari air kosong.
"Abang?adik panggil mal abang?fuiyoooo..sweetla adik..patutla akmal terus tangkap cintan kaw2x"usik humaira lagi.
Adawiyah pula masih menutup mukanya menyembunyi rasa lucunya."Kenapa?salah ke panggilan tu?kenapa akak berdua panggil suami akak dengan panggilan nama je begitu?"amboi...boleh tahan budak ni.
Bahasa melambangkan peribadi seseorang nampaknya pilihan akmal ni ada sesuatu.
"Adik...bukan begitu
maksud kami.."
"sayang...kalau dah diijab qabul tu lebih afdal panggilannya
untuk suami..itu salah satu menunjukkan rasa hormat seorang isteri kepada suami.Akak panggil suami dengan rasa kasih sayang...yelah dah halal..lebih dari tu pun boleh.
Kalau nak tahu..akak tak pernah bercinta sebelum kahwin. Akak lebih suka bercinta selepas berkahwin nak pergi dating
pun tak ada lampu merah...semuanya dah bertukar hijau.

YOU ARE READING
Ye Ke Ustaz
RomanceSiapa sangka dan siapa yang mampu menduga jodohnya tidak seperti yang difikirkan. Jdoh pertemuan itu sudah ditentukan maka tiada siapa yang mampu mengubahnya melainkan dariNya. Humaira dia seorang gadis yang sedikit nakal tapi hatinya baik suka meng...