bab 33

925 34 0
                                    

   Malam itu humaira sengaja melelapkan matanya lebih awal. Walau pun dia sedaya upaya memaksa tapi tetap tak boleh. Terasa hentakan lembut diatas tilam saat itu. "Sayang..sayang dah tidur?"soal ustaz syukur dan perlahan2x dia merapati wajah isterinya dan direnung penuh kasih sayang. "Maaf ..abi mohon maaf..sebab hari ini abi buang masa dengan benda yang langsung tidak berfaedah sama sekali..abi mohon maaf..tiada sekelumit pun abi berniat nak sakiti hati sayang..abi terpaksa sayang..demi membahagiakan hati seorang ummi yang sudah bersusah payah membesarkan abi..abi sayang ummi..dan abi sayangkan sayang sepenuh hati..walaupun abi tahu sayang masih belum mampu membuka pintu hati untuk menerima abi..abi takkan putus asa untuk terus memikat sayang hingga akhir hayat abi..selagi diizinkan olehNya..abi sayang sayang.."sekucup ciuman singgah didahi humaira tetapi kenapa basah..lelaki itu menanggis ke?poyolah pak janggut ni hilang macho..dalam diam humaira membuka mata perlahan2x. Wajah lelaki dihadapannya kini ditatapi..kenapa aku masih belum boleh merasai niat ikhlas dia.  Wajah polos yang tidur lena itu terus direnung tetapi muncul pulak watak raksasa..isk kenapa perempuan tu kacau daun..aik stressss..😠😬
Aqilah cepat2x mendekati kak longnya "tak pe adik..akak ok no problem..."humaira dan aqilah menghampiri gadis itu dan ummi. "Maira..meh sini..jemput makan sekali..anak kesayangan ummi mana?"soal ummi. Syukri yang berada disitu pun tidak dijemput along yang belum nampak muka dah dicari isk terguris hati ni..keluh syukri. "Poyo jek..hilang macho tu..macamlah aku tak tahu..tersentap la tu.."dari jauh syukri dapat merasakan yang isteri along sedang mengata dia. Saat humaira sibuk menyediakan minuman untuk suaminya terasa pinggangnya dipeluk dari belakang kucupan singgah di pipi kiri dan kanan..eh ni dah lebih..mengatal eee baru jek tangan comel itu cuba untuk bertindak tangan itu sempat digenggam erat oleh pemilik hati. "Takkan sayang nak buli dihadapan abah dan ummi..tak elok tau..sepatutnya sayang berterima kasih sebab abi bagi sayang pahala sebentar tadi..""kalau sayang buka mulut abi tak teragak2x denda mulut comel ni.."usik ustaz😘 syukur dengan nada penuh menggoda. Cepat2x humaira mengelakkan diri dan terus duduk disebelah aqilah yang tengah seronok melihat adegan romantis sebentar tadi. Deeja dan syukri pula kelu tanpa bicara begitu juga ummi dan abah. Abah berdehem untuk memberi isyarat agar apa yang disaksikan tadi seolah2x iklan semata2x.
Fuh..along ni agak2xla nak buat romantik bagai..fuhhh..detak detup jantung aku macam tengah tengok cerita seram. "Angah kenapa makan sikit jek tadi..setahu along nasi pulut durian tu favourite angah.."soal ustaz syukur sambil tersenyum bahagia. Dia pasti adiknya masih terselap adegan tadi..dia pun sebenarnya macam tak percaya bagaimana dia boleh bertindak sebegitu sedangkan rasa malunya menebal. "Along..nasib baik along tak kena sekeh tadi..tengok muka kak long tadi merah semacam.."luah syukri. "Entah along rasa geram pulak tengok deeja yang tak reti bahasa..sepatutnya dia lebih tahu yang mana elok dan tak elok tapi masih jugak tambat hati ummi. Angah..angah rasa tak entah2x deeja dok ngorat angah sekarang ni. Haaaa pulut tu tadi sah...!!!!deeeja nak ngorat angah"jerit ustaz syukur gembira. "Awat pulak angah..mana ada...tak nak la along..nasib baik angah tak makan tau😷😷"beritahu syukri lagi.
"Kak long..tahniah..."eh budak ni dah kenapa..ucap tahniah pulak.."adik tengah mengigau ke ni..ucap tahniah untuk apa..."soal humaira sambil tangannya sibuk mengemas baki sarapan tadi. "Tak sangka along tu romantik..adik nak dapat suami macam along la..romantik...penuh kasih sayang..gitu.."eee gedik pulak aku tengok adik pak janggut ni. Masih terasa lagi kucupan pak janggut..eee geli mungkin sebab janggut sejemput tu kot.
"Along..jadi ke nak balik esok..?"soal abah. "Ye abah..flight kami awal pagi esok..malam ni nak minta tolong angah hantar ke hotel yang dekat area airport tu. Sebab kalau nak berangkat dari sini lambat risau pulak"jelas ustaz syukur sambil matanya asyik mencuri pandang ke arah isterinya yang sibuk berbual dengan aqilah di hujung sana. Abah ustaz syukur yang perasan adegan itu hanya tersenyum..macam manalah isterinya tidak faham lagi rahsia hati anaknya sendiri..jauh beza dari deeja gadis kesayangan isterinya hatinya berbicara sendiri.
"Sayang sudah2x la kemas barang itu..meh sini duduk kat sebelah abi.."pelawa ustaz syukur. Namun humaira lebih senang duduk dimeja solek. "Aik...abi nak bagi pahala percuma pun tak nak ke?""eee pak janggut ni main paksa2x orang pulak..benci..tunggula bila sampai sana aku tarik2x janggut sejemput tu.."protes humaira didalam hati. Dengan perlahan humaira mendekati dan cepat2x menutupi mukanya. Aik aku belum terfikir nak buat apa2x lagi dah pasang perisai. Ustaz syukur tergelak di dalam hati.
Cuti pertengahan tahun pun dah tamat humaira dan suaminya kembali ke sekolah. Sekarang ni humaira sudah tidak serumah dengan adawiyah. Hari pertama..hari cukup meletihkan yelah letih nak layan usikan teman2x..usikan para pelajar..ada yang suka ada yang tidak..yelah humaira ni jauh bezanya untuk melayakkan dia menjadi pasangan hidup ustaz syukur. Biasalah lumrah dunia hati manusia memang tidak pernah puas.
"Sayang ..jom balik..dah lewat ni..petang ni abi pun ada kelas"wajah ustaz syukur muncul di hadapan pintu bilik isterinya yang masih ralat menghitung stok. "Awak boleh tak balik dahulu..saya nak siapkan stok ni.."namun tidak😣kesampaian bila tubuh itu dicempung. "Ehh..buat hal pulak pak janggut ni..iye...saya ikut awak balik...suka tau main paksa2x.."wajah cemberut itu dikucup kejap menyebabkan humaira berlari jauh dihadapan. Semenjak balik dari kampungnya ustaz syukur semakin murah menderma kucupan membuatkan humaira semakin stressss😭😭😭
"Sayang habis kelas nanti abi tolong ye..bagi tahu pak cik wan tak payah tolong..abi ada.."selesai memberitahu satu lagi ciuman singgah dipipinya. 😧😧 penatlah macam ni..
"Tak elok mengeluh maira..sejak tadi dah pakcik wan dengar maira mengeluh..ada masalah ke?"soal pakcik wan sambil terus mengikat fail2x yang sudah tamat tempoh dan perlu dihapuskira. "Tak ada apa pakcik wan..penat je..balik dari kampung dia terus masuk kerja mahunya tak penat..dahlah tu maklumat stok hendak dihantar segera..sakit pulak kepala maira. Dah minah senget tu tak pandai nak tolong kemaskini fail sedia ada kat pejabat..apatah lagi kerja yang berhabuk kat bilik ni.."keluh humaira untuk sekian kalinya. Derapan kaki semakin jelas kedengaran. "Assalamualaikum..pakcik wan pun ada?jemputlah minum pakcik hilangkan rasa haus tu..selepas ni pak cik rehatla ye..saya boleh tolong sayang saya ni"ujar ustaz syukur sambil duduk disisi humaira yang kelihatan kurang bermaya. Penat sangat agaknya.
"Bilik ni berhabuk la pak janggut..nanti awak selsema..tak apa dah hampir selesai..""amboi cantik nya bahasa kenapa masih panggil nama itu tak elok.."tegur pakcik wan menyebabkan humaira tersengih tanda tidak bersalah. "Alah pakcik wan...malulah nak bagitahu.. yang ini sekadar gelaran manja tau..hanya dia saja yang😂layak tau."usik humaira lagi membuatkan mereka tergelak lucu.
"Awak...saya nak minta izin boleh..saya nak jumpa ada esok..lama dah tak melepak dengan ada..rasanya nak pergi ke cafe.."humaira cuba untuk mendapat kebenaran untuk keluar. "Kenapa kalau keluar dengan abi saja tak boleh ke sayang hmm...mesti nak bersama ada juga ke?"soal ustaz syukur manja seraya jarinya ligat membelai anak rambut humaira menyebabkan humaira semakin menjauhkan diri sebab rasa semacam. "Isk..keluar dengan awak dah banyak kali tau..hampir 3 minggu..bolehlah..tapi kalau tak boleh tak apa lah..saya masuk bilik bacaan sekejab.."belum sempat pun humaira berlalu tangannya ditarik perlahan menyebabkan wajahnya tersebam didada bidang itu. Dengan perlahan rambut isterinya dibelai manja..dia sengaja ingin mengusik tidak sangka hati itu terasa. Wajah comel itu direnung manja dan dengan perlahan kucupan dilepaskan satu persatu membuatkan humaira diam tidak berkutik. "Abi izinkan tapi dengan syarat..kalau keluar dari kawasan sekolah abi kena😚 ada bersama boleh?"ustaz syukur cuba untuk bertolak ansur. Wajah yang tadi mendung kini ceria "ok no problem yeyey esok boleh jumpa ada...yahuuuu..🙆🙆🙆🙆"humaira melompat tanda dia meraikan kegembiraan.
"Ummi..kenapa ummi cakap macam tu..belum ada rezeki lagi ummi...semua itu ketentuan Nya..kita hanya mampu berdoa dan berserah...ummi maaf along kena letakkan telefon..along ada kerja perlu diselesaikan " keluhan berat dilepaskan oleh ustaz syukur. Baru 3 minggu dia melangsungkan perkahwinan ummi sudah mendesak untuk menimang cucu. Ummi masih tak tahu yang dia sedang belajar untuk memikat isterinya. Bukan semudah itu untuk memiliki hati itu yang pernah terluka. Deeja..pasti dia mendesak ummi..tabahkan hati ku ya Allah...kuatlah kesabaranku untuk menerima ujian ini.
Balik dari rumah adawiyah..tepat pukul 800 malam humaira tiba dirumah. Sunyinya..kelihatan ustaz syukur sedang terlena disofa. Rasa bersalah pulak balik lewat..makanan masih elok terhidang diatas meja. Dia masih belum makan lagi..selesai membersihkan diri humaira mengejutkan ustaz syukur. "Awak..bangunlah...tentu awak laparkan..marilah saya temankan awak makan.." ustaz syukur bangkit sambil melemparkan senyuman manis. Wajah comel dihadapannya dibelai. Cepat2x humaira terus mematikan suis romantik ustaz syukur..eee tak kuasa nak melayan.. "bangunla kita makan dahulu.."humaira menarik perlahan tangan ustaz syukur dan terus menyediakan makanannya.
Selesai makan malam humaira perasan pak janggutnya tidak banyak cakap. Penat sangat kot..dia menghulurkan air teh suam untuk suaminya. Ustaz syukur menyambut sambil melemparkan senyuman. Jika hati itu mengetahui hasrat ummi mesti hati itu terguris lagi. Bagaimana dia ingin menjelaskan apa yang terbuku dihatinya saat itu.

Ye Ke UstazWhere stories live. Discover now