bab 45

766 26 0
                                    

    Ummi ustaz syukur pagi itu bangun awal seperti biasa selepas solat subuh dia lebih senang untuk menghabiskan masanya menyiapkan sarapan untuk anak tersayang.

Selang beberapa minit kelihatan humaira muncul di dapur sambil tangannya ligat menyediakan sesuatu tak padan dengan berbadan dua mesti ada2x saja yang nak dilakukan.

Jemari halus itu dipegang erat dan digosok perlahan. Aik dah kenapa pulak ummi ni..takkan nak halang aku dari menyediakan sarapan untuk mereka.
Aku belum lagi ada phd..

"kak long..pergi rehat kat depan..ummi dah siapkan sarapan nanti kita boleh sarapan sama2x ye.."lembut nada itu menyatakan permintaannya.

Pelik bin ajaib kenapa ummi ni lain macam je.

"Tapi mie..maira nak tolong siapkan.."

"sayang ummi dak?kalau sayang cuba dengar cakap ummi..meh kita ke depan. Ummi ada benda nak bualkan"jemari tua itu memimpin jari halus itu ke ruang tamu.

Kini mata mereka bertentangan. Detak jantung humaira saat itu bagaikan larian pecut watson nyambek jek...laju gila.
Jauh di dasar hatinya berdoa agar tiada permintaan yang gila keluar dari mulut itu.

Wajah humaira diusap perlahan sesekali tangan tua itu mengusap lembut tangannya.

"Ummi nak minta maaf sebab selalu membuatkan hati kak long terguris maafkan ummi nak..
ummi sayang
kak long seperti anak
ummi sendiri.      
Namun ummi juga insan biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan.."dengan nada sedih ummi ustaz syukur berhenti seketika.

Sebak rasa dihati saat mengenangkan kekhilafan diri yang hampir memusnahkan rumahtangga anaknya sendiri gara2x terlalu mengikut kata hati yang mampu memusnahkan sesiapa saja yang lalai.

Humaira membelai wajah tua di hadapannya sambil berkata

"ummi..maafkan maira..sebab pernah salah sangka selama ini..maira lupa kasih sayang seorang yang bergelar ibu membawa ke syurgA.

tiada ibu pun yang ingin menghancurkan kebahagian darah dagingnya sendiri.
Maira faham ummi..mungkin dengan hadirnya permata yang maira kandungkan saat ini mampu memberi sinar kebahagian untuk kita nanti ummi..percayalah.."pujuk humaira seraya memeluk erat tubuh ummi ustaz😂syukur.

Tanpa mereka sedari dari jauh ustaz syukur menyeka air jernih yang mengalir dipipinya. Ucapan penuh kesyukuran terus meniti dibibirnya mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan saat itu.

Terima kasih Ya Allah kerana mampu memberi nikmatmu dan rahmatmu ke atas kami..

Deeja agak lewat bangun pada pagi itu tergesa2x ke dapur dan melihat hanya ada humaira disitu tanpa ditemani oleh sesiapa.

"Maira seorang je ke?ummi dan abang ke mana?tak nampak pun...suara pun tak da"soal deeja sambil turut membantu mengemas dapur.

Dia sedar dia sudah terlanjur tidur semalam dia lewat masuk bilik gara2x mencari idea untuk mendekati ustaz syukur.

"Ummi ada kat luar borak dengan mak akak ya..habibi dah pergi kerja sekejab lagi maira pun nak pergi kerja. Akak kalau nak makan makanla ye..maira minta diri dulu."

"Entahlah akak ya..maira tu dok layan jek minah tu...harapkan muka je lawa tapi perangai nauzubillah.."marah adawiyah sambil membuat muka yang meluat.

Ye Ke UstazWhere stories live. Discover now