Masih terbayang lagi dimatanya saat itu wajah kegirangan gadis itu bergurau senda dengan temannya. Seronok betul lagaknya mereka saat itu tapi disebaliknya yang dia rasakan..sakit..kenapa hati dia rasa bagai dicucuk dengan sembilu bisa...parah.
wajah ustaz syukur kelihatan tidak bermaya..
Petang itu mereka sibuk dengan aktiviti sendiri termasukla budak nakal 2 sahabat itu.Cikgu maria dan cikgu yaya penat nak menegur perangai mereka berdua. Masaklah si akmal kena buli dari pagi hingga ke petang memang tak dapat melarikan diri.
Dari jauh kedengaran suara akmal menjerit minta dikembalikan tongkatnya yang sedang dilarikan oleh 2 orang budak nakal nauzubillah...sesak nyawa tengok perangai mereka yang memang tak pernah nak berubah.
"Hoiii..ada..maira..bagi balik tongkat aku tu..aku nak pergi toilet ni weiii....!!"humaira dan adawiyah hanya mendengar di angin lalu sahaja permintaan cikgu akmal.
Cikgu fazli yang baru balik dari pejabat pos mendekati sahabatnya dan membimbing dia ke toilet yang berdekatan.
Boleh tahan berat ..walaupun hanya bersandarkan bahunya sahaja."Apa macam tuan?..dah lega.."usik fazli membuatkan wajah akmal berubah.
"Nahasla mereka berdua selepas ni..azab betul rasanya menahan..eee..dia boleh buat main2x lagi..nasib baikla kau ada..kalau tak memang aku siram kat padang itu saja..jimat masa.."ujar cikgu akmal dengan perasaan geram.
"Dahla tu maira..aku penat la bawa benda ni..kau senangla asyik melarikan diri tanpa membawa apa2x.."luah adawiyah tidak berpuas hati."Eleh kata kuat..setakat nak bawa tongkat ni je dah kecoh...kerek la kau ni ada.."marah humaira lagi.
"Oooo..kau kata aku kerek ek..nah kau pulak yang bawa aku memang dah tak larat nak pikul benda alah ni.."adawiyah menghulurkan tongkat itu kepada humaira tanpa persediaan humaira menyebabkan tongkat itu terkena kaki seseorang yang kebetulan salah timing lalu di tempat itu.
Laaa..pasal apa la si ada ni main baling jek langsung tak bagi signal. Aduh...berbirat jugak ibu jari aku ni kena hempuk tongkat ni..sengalnya dah mula terasa.
Dengan wajah yang menyeringai menahan sakit ustaz syukur memandang ke arah 2 gadis di hadapannya.
"Amboi2x...sopannya...lemah lembut ...boleh pulak terkena aduhai...tengah main bola baling ye?pasai apa tak guna bola?awat?dah tukar ke bahan untuk main baling2x ni?"sindir ustaz syukur lembut tapi bisa sampai ke tangkai hati.
Adawiyah dengan cepat2x bangun dan memohon maaf diatas kesilapannya melempar tongkat itu tanpa mengetahui kawasan itu adalah kawasan lalu lalang.
"Ya ampun..ustaz maaf..ada minta maaf banyak2x..ada tak sengaja ingatkan tak ada lagi manusia lalu lalang kat kawasan ni ...tu yang terrrr..ingatkan nak kenakan budak maira..sorry ye ustaz..."pohon adawiyah bertubi2x.
Humaira pula berlagak selamba. Ustaz syukur yang perasan tentang itu turut menegur humaira."dah puas buli teman tadi?kenapa tongkat ni masih ada disini. Kenapa tak kembalikan kepada tuan empunya..." aik apasal pandang aku pulak...yang baling tongkat tu tadi ada bukannya aku..
apa nak cari gaduh ke😡
aku tarik kang janggut sejemput tu baru tahu..marah humaira didalam hati sambil menjeling tajam ke arah ustaz syukur."Amboi...jelingan tu..memang mengoda tau...jangan suka main mata...kang dok sangkut kat che...che tak tau no...😀😀"usik ustaz syukur kembali.
Humaira yang mendengar terus menjelirkan lidah dan menolak ustaz syukur ke tepi menggunakan hujung tongkat menyebabkan ustaz syukur beranjak ke tepi sedikit.
Malu la tu..main2x mata pulak...itu dah boleh mengoyahkan iman kaum adam..takkan tak tahu..eee budak maira ni suka menduga..keluh ustaz syukur sendiri.
"Itu pun faz...budak 2 orang itu..mesti dah penat main kejar2x sejak tadi. Aik monyok jek muka tu..mesti gaduh lagi..memang macam kucing dengan tikus.."keluh cikgu amirah lagi.
"Nah mal..lenguh tangan aku ni bawa tongkat ni berat mengalahkan sekampit beras jek.."adu humaira seraya menghulurkan tongkat itu kepada cikgu akmaĺ yang duduk sambil mengunyah buah2an.
"Kenapa pinjam sekejab sangat..kenapa tak simpan jek di dalam rumah..korang berdua memang nak merasa sendiri macam mana jalan bertongkatkan.."perli cikgu akmal sambil menjeling tajam ke arah humaira dan adawiyah.
"Eleh..kau memang nak kena tendang kat kaki yang sebelah lain ke?..meh sini.."jawap adawiyah seraya bangun dan segera lengannya ditarik lembut oleh cikgu fazli.
"Isk cukup2x la ada..kau ni..sepatutnya menegur ni tidak..kau turutkan jugak hati tu.."ujar cikgu fazli sambil menghulurkan air kepada humaira yang masih membisu.
"Terima kasih...faz.."ucap adawiyah bagi pihak humaira.
Malam tu cikgu fazli memberanikan diri untuk mengetahui perasaan sebenar sahabatnya. Dia secara tidak sengaja masuk ke bilik cikgu akmal minggu lepas. Perasaan ingin tahunya berkobar2x."Mal aku nak tanya kau sesuatu aku harap kau boleh jawab dengan jujur.."soal cikgu fazli membuatkan cikgu akmal menoleh ke arah sahabatnya dengan tanda tanya.
"Macam serius jek aku dengar soalan kau ni faz. Apa benda yang kau teringin sangat nak tahu ni..pelik.."jawab cikgu akmal.
"Kau menaruh perasaan dengan maira ke?"soalan yang keluar dari mulut sahabatnya itu mengundang senyum dibibir cikgu akmal. Dengan wajah yang penuh bercahaya dia menjawab
"ya...memang aku menaruh perasaan terhadap maira..kenapa kau tanya ni..tiba2x berminat pulak.."
"sorry mal..aku terbuka almari kau minggu lepas..banyak benda yang menguatkan perasaan ingin tahu aku bila melihat koleksi maira dalam simpanan kau. Kalau betul kau ada menyimpan perasaan terhadapnya kenapa kau tak berterus terang sahaja"soal cikgu fazli lagi.
"Kau tak faham..cuba kau fikir..selama ni..maira layan aku macam mana?dia cuma anggap aku sebagai kawan je faz...langsung tiada perasaan lain.
Puas aku bagi klu..sehingga saat ini aku asyik usik dia dengan perkataan keramat tu tapi...dia tetap menolak walau apa cara sekali pun..sakit hati aku ni belum terubat sepenuhnya kau tahu tak.Aku ingatkan bila ustaz firdaus dah pindah, dah kahwin hati dia akan menerima aku tapi..kau perasan tak ustaz syukur?"
"aik ni pa kes boleh terselit nama ustaz syukur pulak dalam cerita kau.."soal cikgu fazli..dengan wajah yang terukir senyuman perit cikgu akmal meluahkan apa yang dia tahu.
"Maksud kau..ustaz syukur simpan perasaan terhadap maira selama ni?" 😔 "iye...aku perasan sebab sikap dia selama ni..memang menunjukkan ke arah itu..walaupun kau sering tengok dia sengaja mencari kesalahan maira..
tapi disebaliknya dia cuba untuk mencari maksud sebenar akan tindakan dia terhadap maira selama ini..jika kau tak percaya mulai esok kau cuba prihatin sedikit..nescaya kau akan tahu apa yang aku maksudkan"luah cikgu akmal dan terus berlalu masuk ke biliknya.
Ummi ni memang terlalu ambil berat...asyik nak tanya bila nak mengakhiri zaman bujang. Nak cuba memikat pun belum boleh lagi. Liza..entahlah..sungguh pun gadis itu memiliki ciri2x yang mampu dijadikan sebagai seorang isteri tapi hatinya masih tidak mampu menerima sehingga saat ini hubungan mereka hanya sebagai teman seperjuangan.
Saat dia asyik mengelamun suara gelak ketawa dari luar menarik minatnya. Aik..malam2x macam ni masih berada diluar lagi.
Dia ni tak takut ke?.. nasib baik tidak seorang diri..mungkin itu menyebabkan dia sedikit berani keluar malam kot..isk..
kenapa pulak aku nak sibuk memikirkan benda ni..ustaz syukur terus masuk kedalam rumah selepas selesai membuang sampah.
YOU ARE READING
Ye Ke Ustaz
RomanceSiapa sangka dan siapa yang mampu menduga jodohnya tidak seperti yang difikirkan. Jdoh pertemuan itu sudah ditentukan maka tiada siapa yang mampu mengubahnya melainkan dariNya. Humaira dia seorang gadis yang sedikit nakal tapi hatinya baik suka meng...