Ustaz syukur keliru dengan apa yang berlaku...sebentar tadi dia berjumpa ustazah liza ditemani oleh ustazah noor.
Apa yang diluahkan oleh ustazah liza benar2x membuatkan otak dia berfikir apa yang harus dia lakukan apabila seorang yang bergelar kaum hawa melamar dia menjadi pasangan hidup sedangkan untuk waktu yang terdekat ini dia masih belum terfikir untuk ke arah itu.Ya Allah apa makna disebalik kejadian ini..haruskah dia memulakan kehidupan yang baru..tanpa menyelami hati seseorang.
Aduh penatnya dari tadi dia asyik tolong pak cik wan mengemas stor..menghapuskira stok2x yang sudah luput tarikhnya.
Ini semua salah dia jugak asyik nak buat odering tanpa menyemak stok yang sedia ada sebelum bertindak membeli bekalan yang baru.
"Aik..mengeluh maira?tak baik mengeluh tau...tak baik..kalau maira rasa penat sangat balik la..biar pak cik selesaikan..sikit saja lagi ni.."ujar pak cik wan dengan nada lembut."Tak apa la pak cik..kita rehat dulu lah..insyaallah esok kita sambung balik..lewat dah ni..nanti mak cik risau pulak kenapa pak cik wan lewat balik rumah"jawap humaira lagi seraya bangun dan menepuk2x perlahan bajunya.
"Baiklah..kejab lagi pak cik balik..masih.."belum sempat pak cik wan menyudahkan kata2xnya dengan perlahan humaira menarik lengan pak cik wan dan menolak manja dia keluar dari bilik itu.
Pak cik wan ketika itu hanya mampu mengelengkan kepala perangai gadis memang tak pernah nak berubah..kadang2x keletah dia itu membuatkan dia terhibur.
Dia dah menganggap humaira dan adawiyah seperti anaknya sendiri.Mereka tidak pernah membezakan status walaupun dia hanya pembantu operasi yang serba kekurangan.
"Hai maira..takkan dating kot?kenapa kamu berdua ada kat bilik ni"usik cikgu akmal.
" Jangan nak mengada2x membuat cerita yang tak betul..aku sekehkan jugak kau karang..ke tepi menyemak jek kat depan pintu ni..aku nak tutup bilik ni. Untuk makluman kau kat sini tak perlukan perkhidmatan guard..kecuali gate pintu gerbang.."dengan selamba humaira membalas usikan cikgu akmal membuatkan akmal geram."Hoi...susah2x aku belajar tinggi2x kau nak suruh aku jadi guard..tolong tepi sikit aku nak lalu..mulut tu memang nak kena cili ke?😡"jawab cikgu akmal penuh geram.
Humaira yang melihat wajah akmal saat itu tergelak..padan muka asyik nak menyibuk jek kerjanya mengalahkan kaum hawa jek.
"Maira..kenapa usik akmal macam tu tak elok..kecik hati dia😯 nanti maira..cepat pergi minta maaf kat akmal.."nasihat pak cik wan sebelum berlalu.
"Iye..boleh sangat tapi kena tunggu hari raya tahun depan maira mohon maaf ye pak cik wan raya tahun ni belum terfikir lagi.."seloroh humaira lagi.Kebetulan ke apa ..humaira pun tidak pasti dia terrrpandang ustaz syukur dan ustazah liza dekat taman berhampiran membuatkan dia serba salah nak lalu di kawasan tersebut nak tak nak dia terpaksa tukar haluan entah apa yang sedang mereka bincangkan saat itu..tapi dapat diramal yang perbincangan mereka mungkin rahsia..macam serius jek aku tengok..kata humaira didalam hati.
"Baru ingat nak balik rumah ke maira?kenapa tak bawak sekali bantal dan tilam kat opis je..tak pun kau pindah jek.."perli adawiyah sebab jam ketika itu sudah menunjukkan pukul 6 petang tapi humaira tetap bersikap tidak bersalah betapa risaunya dia.
"Ada..kau nak dengar story tak?aku ada cite best tau..tapi mereka berdua belum balikkan?"soal humaira berhati2x risau apa yang diperkatakan olehnya didengar si empunya diri.
YOU ARE READING
Ye Ke Ustaz
RomanceSiapa sangka dan siapa yang mampu menduga jodohnya tidak seperti yang difikirkan. Jdoh pertemuan itu sudah ditentukan maka tiada siapa yang mampu mengubahnya melainkan dariNya. Humaira dia seorang gadis yang sedikit nakal tapi hatinya baik suka meng...