Selesai memandikan anak2x humaira mendekati ruang tamu sebab dia perasan ada yang memberi salam. Rasanya mama dan papa masih keluar hanya tinggal dia dan anaknya sahaja dirumah. Saat pintu dibuka kelihatan di luar gate wajah ummi dan ayah serta..😑fuhh..pak janggut mesti nak buat drama telenovela ni..guna talian hayat. Cepat2x humaira membuka gate. Dan membiarkan keluarga mertuanya masuk serta membiarkan ustaz syukur sendirian di luar membawa bagasi.
"Ummi dan ayah jemputlah makan ye..maira dan anak2x dah makan tadi"pelawa humaira seraya menghidangkan makanan. Ustaz syukur tiba setelah selesai menunaikan solat zohor berjemaah.
Humaira:pak janggut guna taktik kotor
Adawiyah:😱😱dia goda kau ke maira omg..selepas ni aku akan dapat anak sedara lagi la ye..
Khuzairi:aduh rosak 😑akhlak aku
Cikgu fazli:😂😂biasa2xkan diri kau dengan lawak bodoh mereka ni zai
"Tengah borak dengan siapa?saya dah di depan mata pun masih sibuk layan orang lain lagi ke?"perli ustaz syukur seraya merenung tajam ke arah humaira yang jarinya ligat menaip. "Hp awak sejak tadi menyala..cepatlah jawab..mungkin panggilan rindu dari benua"jawab humaira seraya bangkit dan meninggalkan ustaz syukur mengeluh..aku pulak yang kena😤 ustaz syukur memerhati gerak geri isterinya yang cukup ligat ke sana sini setiap kali dia ingin mendekati sepantas kilat dia mengelak..fuhhh penat macam ni keluh ustaz syukur
"Jemput minum kak..maaflah sebab tak ada persediaan nak sambut akak dan abang sampai"ujar mama humaira. Hatinya kini kuat menyatakan pasti ada sesuatu yang berlaku. Kalau tidak masakan keluarga mertua anaknya datang. "Tak mengapa...tak usah nak susah payah..syukurlah dengan apa yang ada"jelas ummi ustaz syukur lagi.
Setelah mendengar penjelasan keluarga ustaz syukur mama humaira asyik berulang alik sahaja membuatkan papa humaira terpaksa bersuara agar isterinya tidak terlalu berfikir terlampau jauh. Dia percaya mesti ada sesuatu yang menyebabkan kejadian itu berlaku begitu juga ayah ustaz syukur turut merasakan perasaan yang sama.
"Cuba berterus terang kat kami along..kenapa boleh terjadi sebegini rupa..kami nak dengar"soal ummi ustaz syukur. "Sebenarnya masa kami bersama dah kurang ummi..along sibuk dengan urusan sekolah..maira pun sibuk dengan kerja pentadbiran. Pendek kata masa untuk keluarga terhad pada waktu malam sahaja"jelas ustaz syukur lagi seraya menjeling humaira dihadapannya seperti tiada perasaan.
"Kamu maira..takkan tak ada apa nak diluahkan?kalau tidak manalah kami nak tahu apa yang tersirat dihati kamu tu"tegas mama humaira sambil mencuit paha anaknya. Humaira memandang sambil lewa ke arah pak janggut dihadapannya.
"Maira tak ada apa2x nak dicakapkan mama..maira serahkan je segala keputusan ditangan ustaz..ustaz lebih mengetahui kehendaknya sendiri..""apa yang sedang maira ingin jelaskan sekarang ni..saya tak faham"sampuk ustaz syukur seraya memandang wajah kosong dihadapannya.
Humaira menghulurkan hp ustaz syukur kepada papa dan menunjukkan ia kepada ayah mertuanya.
"Apa semuanya ini along?along dah berniat nak ..""nauzubillah...ayah..papa..Saya tak pernah berniat ke arah itu..saya sekadar membantu sebagai sesama saudara islam..ummi percayalah hati along hanya untuk maira..cuma kadang2x maira ni suka sangat nak menduga😡tahap kesabaran along..boleh pulak dia melayan yang bukan muhrim dengannya serta memberi layanan mesra lagi..hati siapa tak sakit ummi mama.."eleh mengadu pulak pak janggut ni. Cengeng!!?😜😝dari jauh humaira menjelirkan lidahnya mengejek sikap ustaz syukur seperti budak2x tak padan dengan ada janggut sejemput eee😣
"Maira..elok sangatlah buat lagu tu kat suami..saja nak membazirkan pahala yang ada"tegur ummi ustaz syukur membuatkan humaira cepat2x mengigit bibir. Isk kena sound pulak tunggula kau pak janggut..jangan harap kau boleh lepas😡getus humaira di dalam hati
"Haaa kamu maira..siapa pulak yang kamu dok merenyam sangat tu?"soal mama humaira dengan tegas
"Laaa mamat mata sepet tu laaa..kalau mama tengok ma..sebijik macam Lee Min Ho ma..pelakon pebret mama tu.."dengan tak semena2x paha humaira diketil mamanya menyebabkan humaira meloncat sakit. Bisanya sampai ke tulang sum2x kot. Eee...sadis la mama ni sahaja nak bagi malu..humaira cepat2x melarikan diri ke bilik.
Bebirat ni haaa..sampai hati mama..dah la cukup pakej..siku ada parut paha pulak dah lebam eeee..mama sengaja bikin spoilll😢😢
Sedang humaira leka membilik luka di badannya dia tidak perasan kelakuannya menjadi perhatian ustaz syukur yang sedang menyembunyikan senyuman nakal. Dengan perlahan pinggang ramping itu dipeluk dari belakang menyebabkan kain batik yang dipakai humaira terlondeh😵😨
Oleh sebab geram teramat sangat humaira memukul badan ustaz syukur sepuas hati..saja nak cari nahas. Ustaz syukur hanya tergelak sambil menahan kesakitan akibat dipukul isterinya. Demi memujuk hati yang terluka itu biarlah dia sakit kena pukul dari berjauhan dari isteri tersayang 1 minggu ditinggalkan rasa seperti puluh tahun ditinggalkan.
"Apa pandang2x..nak kena korek biji mata tu?tarik lagi kang jangut sejemput tu..mengada2x jek trim bagai janggut tu..sajalah tu nak mengorat..eee..perasan..macamlah dia tu hensem sangat hen...😨😨"puas hati ustaz syukur dapat membuatkan mulut murai itu berhenti buat seketika seraya memandang wajah comel itu kemerah2xan menahan rasa geram. "Eeee...tak suka..suka main paksa..keluarlah..keluar sekarang...""sampai hati sayang suruh abi keluar...abi nak tidur kat mana malam ni"rengek ustaz syukur manja. "Eee..kita tak ada mood nak melayan poyo..jek..piraah..jangan mengadu kat mama dan ummi pulak kalau tidak jangan harap saya nak balik"ugut humaira dan cepat2x dia menutup pintu biliknya.
Macam mana dia boleh tewas..hampeh punya pak janggut. Plan tak berjaya la pulak.😢😢
Selesai menghantar ummi dan ayah ke airport humaira dan ustaz syukur kembali ke sekolah. Tak terasa anak2x kini sudah mencapai usia 5 bulan. Usia kandungan adawiyah pula sudah mencapai usia 2 bulan.
Khuzairi perlahan2x menghampiri humaira yang tengah sibuk menaip sesuatu. Amboi tekun betul dia ni buat kerja sehinggakan aku masuk pun dia tak perasan. Kalau ada orang yang berniat jahat memang sah dia ni kena..nauzubillah..kyusuk sangat pun tak memberi kesan yang baik pada dirinya sendiri langsung tiada sikal berhati2x biasalah hati manusia tidak boleh diramal bila ingin melakukan kesalahan.
"Sibuk ke awak?sejak tadi saya berada di dalam bilik ni memerhati awak..tapi awak langsung tak perasan"jelas khuzairi sambil melemparkan senyumannya yang manis kalah manis madu lebah kot. Kalau jual di supermarket gerenti larisss😀 . "Awak tak payahlah jual senyuman awak kat sini. Saya tak berniat nak membeli pun..ada apa masalah ke yang perlu saya bantu?"soal humaira sambil lewa. Amboi bahasa boleh tahan"boring duduk kat bilik sebelah hanya ada saya dan sumaiyah jek. Macamlah awak tak tahu yang sumaiyah tu jarang nak berbual dengan kaum adam..diakan pemalu"jelas khuzairi sambil jarinya ligat membilik diari tugasan humaira. "Tangan tu boleh tak duduk diam.jangan nak menyibuk...isk.."dengan geram humaira memukul jari khuzairi menggunakan pembaris menyebabkan khuzairi mengaduh..kedekut la dia ni bukan ada rahsia besar pun keluh khuzairi di dalam hati. "Bagi awak memang la tak ada rahsia ..tapi bagi pentadbiran ia boleh dikategori kan rahsia tau maklumat...tak boleh dikongsi dengan orang lain kecuali orang tertentu sahaja. Eee..takkan benda pun kena jelas panjang2x..apa ingat air liur saya ni tak berbayar ke..banyak cakap kena cass bayaran tunai sahaja diterima ada faham?"😒ejek humaira membuatkan khuzairi hanya tersenyum suging. Eee kedekutnya..
YOU ARE READING
Ye Ke Ustaz
RomanceSiapa sangka dan siapa yang mampu menduga jodohnya tidak seperti yang difikirkan. Jdoh pertemuan itu sudah ditentukan maka tiada siapa yang mampu mengubahnya melainkan dariNya. Humaira dia seorang gadis yang sedikit nakal tapi hatinya baik suka meng...