Keadaan di papan kenyataan pagi itu kelihatan agak sibuk. Entah apa yang sedang berlaku..ustaz syukur dan cikgu jali menghampiri kawasan tersebut kerana didorong dengan perasaan ingin tahu apa yang sedang berlaku ketika itu.
Pelajar2x yang menyedari kehadiran ustaz syukur menjerit kerana begitu teruja apabila melihat kedatangan ustaz baby face yang boleh dikategori sebagai pujaan para pelajar disitu .
"Amboi ustaz nampak macam terlebih glamour je saya tengok mengalahkan artis nampaknya.."usik cikgu jali. Selepas menyaksikan gambar2x yang dipamerkan di papan kenyataan saat itu membuatkan cikgu jali turut menjerit...isk dah kenapa dengan cikgu jali ni dah buat perangai seperti pelajar juga..keluh ustaz syukur yang masih belum mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.
Setelah dirinya sendiri menyaksikan gambar yang dipamerkan
😲😲😷😷😷wajah ustaz syukur berubah secara mendadak
kelihatan rona2x kemerahan nampak jelas diwajahnya sebab dia berkulit cerah.Kenapa gambar itu?..bila agaknya?persoalan demi persoalan muncul dibenaknya saat itu beberapa minit kemudian dia mula menyedari..ooo..saat dia asyik merenung gadis itu..ya....tak sangka pulak kejadian itu boleh menjadi bahan untuk dipamer..nasib baik bukan saat dia meniup pasir dimata gadis itu dia pasti gambar itu boleh mengundang banyak salah faham.
"Sejak bila ustaz berkawan rapat dengan maira?dalam diam ye ustaz?.."soal cikgu jali ingin tahu sambil melemparkan senyuman ustaz syukur menjawab persoalan daripada sahabat seperjuangan
"jangan salah sangka cikgu..kami sekadar teman 1 sekolah je..lagi pun semalam kebetulan kita sibuk dengan majlis sukan persahabatan..tak sangka pulak kerjasama kami diviralkan..
alhamdulillah..sekurang2xnya gambar yang dipamer sekarang ni tidak mengundang syak wasangka teman2x betul tak cikgu" mereka terus bergerak ke bilik guru.Setibanya mereka di bilik guru pula kecoh gara2x gambar yang dipamerkan oleh ustaz zack yang menimbulkan hasrat ingin tahu teman sepejabat penatlah ustaz zack menjelaskan semua itu hanya pemilihan untuk dicetak di dalam majalah sekolah sahaja.
"Kau suka tak gambar yang aku send semalam?"soal cikgu akmal sambil membelek gambar di dalam laptopnya.
"Isk kau ni mal..suka sangat timbulkan kontroversi..tak habis2x..nasib baik budak maira tu tak mengamuk.."getus adawiyah lagi."Alah ustaz zack yang pilih..aku serahkan je..kalau kau tengok gambar ni mungkin kau akan fikir seperti yang aku fikirkan.."ujar cikgu akmal seraya menunjukkan gambar yang dimaksudkannya. Kelihatan ustaz syukur begitu tekun membantu humaira..seperti meniup mata humaira lagaknya.
"Faz dan aku sebulat suara yang ustaz ada feel kat maira...kau macam mana?"soal cikgu akmal seraya merenung wajah adawiyah dihadapannya.
"Ehm..entahlah semalam aku pun ada merisik khabar tapi kau tahu kan apa jawapan dia?..ustazah liza dekat smk seberang tu..dia kata dia tak hingin nak bermimpi...jika sudah kita ketahui sudah terang lagi nyata..mereka berdua sedang menjalinkan hubungan..so wait and see je la mal..."jelas adawiyah panjang lebar.
😞 ni dah kenapa budak2x ni asyik menjeling aku jek sejak pagi tadi..eee...muka aku ada sesuatu ke?humaira meraba pipinya manalah tahu risau jika ada bekas mee goreng pagi tadi.
"Memang pelikkan..kenapa setiap kali ustaz yang mengajar kat sekolah kita mesti rapat dengan akak maira..korang perasan tak?"soal salah seorang pelajar tingkatan 5
YOU ARE READING
Ye Ke Ustaz
RomanceSiapa sangka dan siapa yang mampu menduga jodohnya tidak seperti yang difikirkan. Jdoh pertemuan itu sudah ditentukan maka tiada siapa yang mampu mengubahnya melainkan dariNya. Humaira dia seorang gadis yang sedikit nakal tapi hatinya baik suka meng...