Fifi semakin gelisah semenjak pagi tadi. Masih terngiang2x ditelinganya soalan yang diajukan oleh pak cik wan.
"Fifi..kenapa semenjak kebelakangan ni wajah fifi semakin lesu..penat sangat ke?berat badan fifi pun semakin susut..fifi ada sembunyikan sesuatu ke?"soal pak cik wan seraya merenung jauh ke dasar hati anak gadis di hadapannya. "Pak cik cakap pasal apa ni.?.sudahlah jangan nak main serkap jarang..saya tak ada masa nak melayan...suka nak fikir yang bukan2x"marah fifi dan keluar dark bilik pentadbiran tergesa2x.
Laaa...siapa pulak yang buat benda tak senonoh ni. Bekas tisu melambak di atas singki. Isk..seperti ..sayup kedengaran bunyi tanggisan di sebalik pintu tandas. Aik..takkan la siang2x macam ni ada penunggu gua😨. Humaira yang serba salah mendekati pintu bilik tandas itu dan menolak perlahan namun berkunci. Tak lama selepas itu pintu itu terbuka dan tersembul muka budak fifi yang begitu pucat lesi. Isk kenapa pulak budak ni seperti zombi ..eee nasib baik muka tu ada lawa sikit jek..tak banyak perli humaira hanya di dalam hati. "Eh..kejab..kau ni dah kenapa fifi melalak di dalam toilet tadi..kau ada masalah ke?"soal humaira cuba bersikap prihatin namun dijeling tajam oleh fifi. "Kenapa nak busy body pasal orang lain?. Lebih baik kau jaga je diri sendiri. Aku tak ada masa...tolong ke tepi sedikit aku nak lalu. Nanti kalau aku terlanggar perut kau..kau melenting pulak nanti"amboi2x..mengebu2x budak tu mengata aku ye..nasib baik pokok cili padi tak ditanam di dalam toilet ni kalau tidak aku lunyaikan mulut busuk tu guna cili padi tu. 😡 protes humaira didalam hati.
Isk kenapa sibuk pulak bilik rehat ni. Kelihatan dari jauh bilik rehat itu dipenuhi oleh guru2x dan termasuk aik..tu fifi kenapa ustaz zack dan khuzairi tergesa2x pulak.
Humaira mendekati adawiyah yang begitu sarat ketika itu pun masih nak sibuk menyelit dikawasan sibuk itu. "Apa yang sedang berlaku ni akk ya?"soal humaira sambil matanya masih sibuk memerhati fifi yang dikendong itu sehingga hilang dari pandangan matanya. "Dia pengsan tadi semasa sedang membawa beberapa naskah novel dari library""aaa maira wajah dia memang pucat seperti tak cukup rehat je akk tengok"jelas cikgu amirah lagi sambil mengamit yang lain untuk beredar dari bliik rehat itu. Selepas keluar dari bilik rehat humaira dan yang lain menunggu keputusan pemeriksaan fifi dari ustaz zack.
"Ada cuti kau pengetua dah aproved..bila suami kau nak datang ambil?"soal humaira seraya menghirup minuman coklat. "Petang nanti dia sampai. Kenapa😟kau nak halau aku pulak dah..tengok maira ni akk ya..dia memang tak suka ada kat sini lebih lama..cepat2x nak halau ada balik..kau memang kejam la maira!"rengek adawiyah kemudian. "Isk ada ni..maira sekadar bertanya..ke situ pulak dia ni..haaa maira kau pulak dari mana tadi ustaz cari kau tak jumpa"soal cikgu maria lagi. "Tadi maira terserempak budak tu kat dalam toilet. Melalak bagai nak rak..tapi bila maira tanya..dia marahkan maira balik sebab suka nak menyibuk hal dia"jelas humaira dengan nada selamba. "Aku rasa something la kat fifi tu..kau macam mana ya..?"soal cikgu amirah sambil memandang ke arah cikgu maria. "Nauzubillah la amy..aku tak nak cakap apa..kita tunggu keputusan dari ustaz nanti..""assalammualaikum..maaf menganggu boleh saya masuk tak ni?almaklumla semua penghuni kat bilik ni kaum hawa"sapa ustaz syukur seraya melemparkan senyuman semanis madu kepada isterinya. "Sudah terang lagi bersuluh..sudah tahu lagi nak bertanya..dah memang sah kat dalam ni semuanya..isk..!"cepat2x pipi comel itu dicium kejab membuatkan yang lain tersipu malu. Ustaz syukur mohon maaf diatas keterlanjurannya...dia memang hilang kawalan jika berhadapan dengan humaira perangainya memang mengundang rasa terujanya sebagai seorang suami. "Ustaz...ustaz nak tanya sikit..macam mana ustaz boleh tahan melayan perangai tak semenggah budak maira ni..memang kurang tahap sivik..😜😝"perli adawiyah lagi. "Isk nasib baikla kau duduk jauh ada kalau dekat aku memang cili2xkan mulut becok kau tu..""mengata orang dia pun 2x 5 je akak tengok"usik cikgu maria lagi membuatkan yang lain turut tergelak.
1 jam berlalu ustaz zack dan khuzairi pun sampai namun fifi tidak kelihatan. "Macam mana ustaz?"soal pak cik wan yang mendahului yang lain. "Dia masih di hospital..badan dia terlampau lemah jadi dia kena bermalam tak pasti untuk berapa hari. Oh ye maira ni sicklip fifi untuk hari ini dan esok bergantung tahap kesihatan dia nanti "jelas ustaz zack dan duduk. Kelihatan semua staf memerhati ke arahnya membuatkan ustaz zack tergelak kecil "isk kamu semua ni dah kenapa?saya ni dah terasa nak buat penguman hari raya puasa pulak dah bila melihat keprihatinan kamu semua ni .."seloroh ustaz zack menyebabkan bilik guru itu meriah dengan bunyi gelak ketawa.
Setelah mendengar penjelasan dari ustaz zack beberapa minit tadi pak cik wan dan humaira berpandangan sesama sendiri.
"Tak sangka fifi jauh terpesong kan maira. Kenapalah dia berfikiran cetek sangat"keluh pak cik wan. "Entahlah pak cik wan..budak kampung masuk bandar..dia kena kejutan budaya agaknya..bila merasa diri sudah bebas dari kawalan ibubapa..sudah mampu memiliki kerjaya..mampu berbelanja apa saja..entahlah..maira malas nak mengulas panjang..benda dah terjadi"luah humaira lagi. "Budak zaman sekarang maira..mampu memiliki serba serbi dengan begitu mudah..tak pernah merasa perit lelah..betapa sukarnya nak mendapatkan sesuatu jika tidak berusaha keras.."keluh pak cik wan untuk sekian kalinya. "Nasib baik budak tu bukan adik maira kalau tidak..""erhmm..kalau tidak😊?kenapa sayang ehmm?"soal ustaz syukur tetiba muncul. "Memang sah kena kerate dooo la..murah sangat kenapa?lelaki memang tak boleh dibuat baik sangat..banyak yang jahat tersembunyi...bukannya kita tahu..bila dah berlaku baru nak menyesal..eee...kalau dah teringin sangat kenapa tak ikut jalan yang lurus..ni tidak...ikutkan sangat perangai hantu.!!".mmm😵😶eeee pak janggut ni tau..tak teragak2x nak buat adegan tak suka. Aku punyala semangat membara tadi..terbantut pulak. Isk pak cik wan ni boleh pulak nak gelak.."mohon dijauhkan dari perkara yang tak elok sayang..kita ni manusia biasa tak lari dari melakukan kesalahan. Insyaallah..mudah2xan selepas ini dia akan berubah menjadi lebih baik belajar dari kesilapan. Mudah2xan dia insaf kan sayang...jangan jadi ummi yang nakal lagi"usik ustaz😀syukur lagi. "Alhamdulillah ustaz..budak nakal yang ustaz maksudkan ni tak lama lagi menimang cahaya mata yang kedua.."ujar pak cik wan sambil diiyakan oleh ustaz syukur.😊☺
YOU ARE READING
Ye Ke Ustaz
RomanceSiapa sangka dan siapa yang mampu menduga jodohnya tidak seperti yang difikirkan. Jdoh pertemuan itu sudah ditentukan maka tiada siapa yang mampu mengubahnya melainkan dariNya. Humaira dia seorang gadis yang sedikit nakal tapi hatinya baik suka meng...