bab 26

734 37 1
                                    

   Ustaz zack asyik mencuri pandang ke arah teman sejawatnya. Sejak pagi tadi insan yang duduk dihadapannya asyik tersenyum sahaja.
Agaknya sedang dilamun cinta tak henti2x memandang hp.

"Amboi ustaz..lebarnya senyuman ada cerita baik ka?"usik ustaz zack lagi.
"Aik ustaz pun perasan ye...saya ustaz sebelum dan selepas kelas pun asyik jumpa dia macam ni..memang kemaruk cintala ni .."balas cikgu rahim lagi dan disambut ketawa oleh teman sejawat yang lain.

"Maira..lajunya..kaki tu melangkah..tak nak singgah sini dulu ke?"soal ustaz zack.
Humaira menoleh dan terus menjeling tajam ke arah pak janggut di hadapannya yang asyik tersengih jek.

Rasa nak cabut2x semua gigi dia yang tersusun elok tu..geramnya.
😡 "amboi maira..mata tu..seram pulak akak ya tengok..kenapa?"soal cikgu yaya lagi.

"Tak ada apa2x akk..rasa berapi jek sekarang ni..risau pulak kang ada jugak yang kena salai niaya je...maira ke bilik dulu ye.."jawab humaira dan terus berlalu.

Ustaz syukur yang mendengar hanya tersenyum..semakin comel pulak dia rasakan apabila gadis itu buat memek muka macam tu..nasib baik belum sah oleh tok kadi lagi kalau tidak memang puas dia picit2x pipi gebu tu.

Eee gatal punya pak janggut..ni semua mamat sengal itu punya kerja..kalau tidak..pasti dia tidak merasa terhutang budi.

"Maira..boleh aku masuk?"soal cikgu fazli.
"Sejak bila beradap sangat ni faz?ke kau semalam dapat mimpi ngeri?"usik humaira seraya menjemput sahabatnya duduk.

Minggu itu pengetua keluar stesen. Budak kepoh bernama fifi pulak bercuti begitu juga pakcik wan ada urusan keluarga.
Jadi merdekalah humaira seorang diri di pejabat minggu itu bukannya apa sekurang2xnya dia boleh berehat.

"Kenapa muka kau boleh serius sangat ni faz..kau ada masalah putus cinta ke?kalau yang itu aku surender faz..tak reti aku nak memujuk kau..kau pergilah jumpa mal atau ada.."jelas humaira tanpa mengetahui tujuan utama sahabatnya.

"Baik aku berterus terang je maira..apa perasaan kau terhadap mal?"soal cikgu fazli tanpa berdalih.

Humaira yang ketika itu sedang menyusun buku diatas meja terkejut menyebabkan buku2x yang sedang dipegangnya terjatuh bertaburan.

"Hello..kau dah kenapa faz?tiba2x tanya pasal perasaan..cuba kau terus terang..tak payah nak berkias bagai aku tak reti"tegas humaira dan duduk berhadapan dengan humaira.

Cikgu fazli sedikit risau sebelum menjelaskan tujuannya
"mal suka kat kau maira..pendek kata dia cintakan kau..."dengan 1 nafas ayat keramat itu diluahkan.

Humaira yang mendengar hanya mampu tergelak sebab dia merasakan ia lucu.
"Kenapa maira..lawak ke apa yang aku jelaskan tadi"cikgu fazli terasa diperlekehkan oleh sahabatnya😤 sedangkan dia menjelaskan yang sebenar.

"Pertama sekali aku minta maaf banyak2x faz..aku tak berniat nak perli kau..cuma..aku tak faham..kenapa kau masih belum kenal aku lagi sedangkan kita classmate dulu..
rapat..kau dah faham aku macam mana kan?jadi untuk apa kau tetap ajukan soalan seperti itu.

Terus terang faz..aku tak pernah ada perasaan selain dari seorang sahabat saja kepada mal.
Aku takkan semudah itu mengisi kekosongan dan kesakitan yang pernah hadir dalam hati aku.
Aku faham..kau memang seorang sahabat yang baik..sanggup buat apa saja untuk membantu..
tetapi
jika berkaitan dengan perasaan..ia😔 tak semudah itu faz..pintu hati aku belum terbuka lagi..kesakitannya masih terasa.."nada sayu humaira membuatkan cikgu fazli merasa bersalah sebab mendesak untuk kepentingannya.

"Maaf maira..aku tak berniat walaupun sekelumit untuk membuat kau bersedih..sorry yek..plezzz aku belanja kau ice cream
🍦🍦🍦🍫🍫🍫"
wajah humaira saat itu terus berseri2x bila diumpan coklat.

Saat itu juga ustaz syukur lalu di kawasan tersebut turut menyaksikan adegan pujuk memujuk cikgu fazli.

Wajah yang tadinya sayu kini berubah gembira tapi dia kurang jelas apa yang sedang berlaku ketika itu.
Cuma hatinya sedikit terguris melihat kemesraan yang ditunjukkan ketika itu..kenapa gadis itu melayan sesiapa saja..bukan setakat cikgu akmal tapi cikgu fazli?

😠😠😖😖aduhhh!!!

sakitnya hati...hanya Dia yang tahu perasaan dia saat itu.
Petang itu maira sibuk dengan tugasannya.

Dia memerhati kenapa saat itu hp nya tidak menyala. Sibuk pulak pak janggut tu hari ini.
Ke sibuk nak buat aqiqah 😈😈mesti tengah kumpul kambing gurun yang lain.
Dia melihat di atas mejanya masih ada sebungkus coklat yang dibelikan oleh fazli tadi.

Erhm..sedang enak dia kunyah ustaz syukur muncul tanpa menegurnya. Aik..kenapa pulak pak janggut ni..monyok jek muka.

"Kak maira...kak sedang tengok siapa tu?,mesti akak maira sibuk merenung ustaz kan?!"usik pelajar tahap 1.

Isk..budak2x ni belum setahun jagung pandai pulak nak mengusik kita.

"Eh..kecil2x cili padi..pandai pulak korang usik akk ye..nanti akak bagi makan cili percuma nak tak?"usik humaira lagi membuatkan mereka terus berlari meninggalkan humaira yang seronok tergelak lucu.

Dari jauh kelihatan pak janggut sibuk bermain futsal dengan pelajar tingkatan 6.
Amboi..ramainya peminat pak janggut..ye lah..kan pak janggut memiliki wajah yang comel tak hairanlah ramai yang suka.

Sedang humaira sibuk membebel seorang diri bola hampir je terkena muka humaira. Kuss semangat...eee budak2x ni.

"Ops sorry akk..kena ke tadi?"tanya salah seorang pelajar.

"Ehm..sorry yek..sorry naik lori la dik...lain kali kalau nak tendang tu..pastikan kiri kanan tu tak ada manusia lalu..barulah tendang laju2x.
Nasib baik tak kena muka akak tau...kalau tidak tentu kurang hantaran akak nanti..dahlah muka akak ni kira cukup2x budjet jek.."seloroh humaira membuatkan pelajar itu tergelak sakan.

Lucu pulak akak humaira ni..sampai ke situ pulak dah dia fikir.

Ustaz syukur yang dari jauh melihat humaira seronok bergelak ketawa terasa sedikit geram kenapa dengan budak2x pun dia dok layan...memang tak boleh nak jual mahal sikit ke? mesra rakyat gadis itu.
😡 ustaz syukur protes didalam hati.

"Apa yang seronok sangat tu faizal..ustaz tengok macam ada cerita menarik je tadi..siap gelak ketawa lagi"soal ustaz syukur berbaur cemburu.
"Ustaz..akak maira tu memang lawak la..ada ke tadi dia kata..nasib baik bola yang kelvin tendang tu tak terkena muka dia. Ustaz tahu apa lagi dia kata..."ustaz syukur tidak sabar untuk mendengar ayat yang seterusnya.

"kalau terkena kat muka akk ni kuranglah hantarannya..dahlah muka akak ni cukup2x budjet jek...makin lah tipis hantarannya.."yang lain mendengar turut tergelak.

Ustaz syukur yang mendengar turut terhibur rasanya dia tak akan kurangkan hantaran tapi makin rela hantar hantaran lebih jika gadis itu sudi menerima dia sebagai teman hidup.

Jauh didasar hati ustaz syukur ingin mengikat ikatan yang sah biarlah mereka bercinta selepas bernikah itu yang terbaik.
😊 wajah yang monyok tadi kini berubah ceria.

Jangan lupa vote..ye..🙆🙆🙆

Ye Ke UstazWhere stories live. Discover now