Aduhai..penatnya..asyik ke hulu hilir sejak dari petang semalam sampaikan masuk waktu pagi pun masih sibuk.
Pengetua ni semua punya pasal..program muafakat la konon..yang terlebih muafakatnya aku..sakit pulak hati ini bila tengok si fifi hanya sibuk berlenggang lenggok ke hulu hilir..
nasib baik dia ada pakej sikit..kalau tidak malas nak melayan karenah gedik dia tu.😡Adawiyah dan guru2x yang lain pun turut serta cuma tugas mereka lebih mudah berbanding akp.
Terukla macam ni humaira terduduk sebentar melepaskan rasa kaki yang sengal asyik naik tangga turun tangga tak lama lagi boleh slim kaki ni marah humaira di dalam hati.Sedang humaira asyik mengurut kaki yang sakit.."maaf ye..tumpang bertanya boleh saya tahu kat mana letaknya surau?"soal gadis cantik didepan humaira.
Wow kalau aku sama jantina pun boleh terrrrpikat apatah lagi yang berlainan jantina dalam diam humaira memuji keindahan ciptaan tuhan didepannya saat itu."Ooo..boleh tak ada masalah..awak jalan je strait..dont belok2x yek..kat situ ada signboard menyatakan bilik surau..silakan.."jelas humaira sambil melemparkan senyuman.
Fuhhh jalan pun penuh tertib..anak teruna mana tak jatuh hati. Aku gerenti si akmal tak lepaskan peluang untuk pikat cikgu ni nanti....
sudah pasti cikgu tu akan merasa rimas..😈😈😈"Maira..nanti ada 2 orang guru akan menumpang bermalam dirumah kamu berdua..harap kamu berdua sudi membantu ye..untuk 3 hari ni sahaja sehingga program ni selesai"arah pengetua..
dah berbaur arahan orang mana nak berani membantah huu..
walaupun tak suka tapi tak boleh jugak nak bersuara kuasa veto sudah keluar.😤😣 "baiklah puan nanti saya maklumkan kepada ada..manalah tau boleh kemas apa yang patut..tapi boleh tak saya mohon keluar sebentar cikgu..rasa tak selesa pulak bila mereka pergi ke rumah tengah hari nanti ,rumah masih berselerak.."pohon humaira serba salah harap2x pengetua sudi memberi masa walaupun sekejab sahaja janji bilik tetamu sudah dibersihkan.
"Baikla maira..nak perlu pertolongan ke?kalau iye saya boleh minta pelajar tahap 2 ikut kamu balik sekarang"soal pengetua menunjukkan sikap prihatinnya.
"Isk tak apalah puan..insyaallah saya boleh selesaikan sendiri"
"kalau kamu dah cakap macam itu tak mengapalah jangan nak mengata saya pulak nanti tidak prihatin kepada kamu ye.."ujar pengetua dengan nada tegas yang boleh menusuk kalbu hatiku.Isk pengetua ni main karom la pulak..
"Kamu cari siapa adawiyah?dari tadi saya tengok bayang2x kamu dari celah cermin tadi.."soal pengetua membuatkan adawiyah tersentak ingatkan pengetua tidak perasan kehadiran dia sejak dari tadi rupa2nya nampak la pulak memang sah tak boleh jadi spy ni.
"Ohh..saya cari maira puan nak minta tolong dia bantu saya menyiapkan meja makan"jelas adawiyah berhati2x.
"Ehh..kenapa pulak nak minta tolong maira ajk makanan mana?kenapa mereka tak beri kerjasama?"soal pengetua dengan tegas.
Dia kadang2x kasihankan humaira asyik membantu menyelesaikan tugas yang berat sahaja sedangkan di sekolah tersebut sudah dibahagi sama rata tugas masing2x.
"Tak apa sekejab lagi saya akan ke dewan tahulah saya nak buat apa..awak boleh bergerak sekarang.."penuh ketegasan kata2x yang dikeluarkan oleh pengetua membuatkan adawiyah kecut.
YOU ARE READING
Ye Ke Ustaz
RomanceSiapa sangka dan siapa yang mampu menduga jodohnya tidak seperti yang difikirkan. Jdoh pertemuan itu sudah ditentukan maka tiada siapa yang mampu mengubahnya melainkan dariNya. Humaira dia seorang gadis yang sedikit nakal tapi hatinya baik suka meng...